18 sept 2014: Kami berdua memulakan aksi agak lewat disebabkan beberapa perkara yang diuruskan. Bot mula dipacu keluar dari garaj kira-kira pukul 4:45 pm. Keadaan air sungai ketika itu bergerak surut pada 0.8 m. Oleh itu, kaedah casting hanya akan bertumpu ke kawasan lubuk dengan jangkaan ketika itu, semua ikan selesa berkumpul di kawasan yang lebih dalam.
hehehehe…mesti mau test trolling juga. Mana la tau, ada sambaran Selungsung putus cinta! |
Keadaan air sungai agak jernih dengan suhu yang suam kuku. Hati berbunga-bunga apabila melihat kawanan ikan Kembura sesekali lari bertempiaran seolah-olah dihambat sesuatu. Ketika itu, air surut turun dengan agak perlahan. Tidak lama lagi arus akan mati dan arus pula menyongsong pasang.
Saat itu lah yang amat dinanti-nanti oleh para pemancing. Arus pasang biasanya akan membawa kawanan anak-anak ikan memasuki sistem muara. Ikan-ikan pemangsa juga akan bergerak masuk ke dalam sistem muara untuk menghambat kawanan anak-anak ikan ini. Malahan, spesis-spesis tertentu seperti Selungsung dan gelama juga akan berada di muara untuk melepaskan telur dalam musimnya.
Selungsung penyeri sessi casting petang itu. Table size brooo..hehehehe. |
Warna air sungai yang amat menyerupai bulu monyet bakau adalah petunjuk kepada kesesuaian memancing dengan menggunakan apa saja kaedah. Oleh itu kami bergegas ke lubuk simpang. Tidak banyak pilihan lubuk di sungai Bengawan kerana ia agak pendek apabila dipotong oleh para nelayan dalam tahun 1988.
Biasa la bro. tumpang gambar.hehehe |
Hanya dua kali cast apabila Nangnak zerek disentap sesuatu yang agak lincah. Sambaran rabut itu menaikan semangat untuk lebih rajin menghantar Nangnak. Kali ini, Shafie pula strike di tempat yang sama, namun rabut. Arus pasang mula bergerak masuk ketika itu. Kedengaran di setiap penjuru sungai para pemangsa sedang galak menghambat anak-anak Kembura dan udang.
Lubuk Kerapu, Ungah dan Selungsung yang sering dilawat. Kalau laa ada 20 buah lagi lokasi sebegini di sungai Bengawan..alangkah indahnya dunia ini.hehehe |
Kami meneruskan aksi casting dengan meminimumkan pergerakan tubuh badan yang boleh mengoyangkan bot. Goyangan bot itu boleh menghasilkan riak yang tidak semulajadi dan boleh menyebakan Ikan mengelak jauh. Tiba-tiba Zerek Nangnak ku ditekan sesuatu. Aku hanya bertahan tanpa memberikan sedikit tali. Akhirnya aku berjaya menghela keluar dari lubuk dan serta merta pemangsa menghambur keluar dari permukaan air..Selungsung!!
Selungsung yang tidak mencapai berat sekilo ini akhirnya berjaya didaratkan setelah penat berjuang menentang rod Nemesis 4lb-10lb. 5 minit kemudian, Shafie strike di spot yang sama. Kali ini, jorannya tersengguk-sengguk ditekan sesuatu yang berat. Setelah beberapa kali sangkut di dalam bangkar, akhirnya seekor Kerapu sungai menjadi lesen BC shimano Scorpion miliknya.
Lubuk simpang di lokasi yang sama. |
Menarik. Saya sangat tertarik dengan nangnak tu. Saya ada mencuba nangnak yang di cadangkan. Belum sampai dasar sudah di pinjam tanpa dipulangkan. Agak mengecewakan.. Hihi.. Tetapi terbukti sudah. ;)
BalasPadamtq bro!keep it up
BalasPadamsalam tuan..ko pnya bot tu brapa panjang × lebar?? tpi pa2 pun mantaplh!!
BalasPadam