Tengahari hujung minggu merupakan saat ideal untuk anda dan keluarga menikmati juadah hasil dari tangkapan sendiri. Selain mengeratkan hubungan kekeluargaan, anda juga akan rasa dihargai apabila hasil hobi anda menjadi pilihan juadah hujung minggu. Selain itu, orang rumah anda juga berpeluang untuk meningkatkan kemahiran memasak ikan bernilai ini. Beruntung para isteri yang mempunyai suami berhobikan aktiviti hanyir ini.hehehe
Kedua-dua ekor ikan ini adalah warga sungai Bengawan dan sungai Mandahan. Kedua-dua sungai ini amat dekat dengan kediaman. Sungai Mandahan masih menyimpan stok Ungah yang banyak dan menjadi tumpuan pemancing apabila keadaan sungai mengizinkan. Peluang untuk mendaratkan Ungah di sungai Mandahan lebih cerah walau dengan hanya landbase casting..apatah lagi jika menggunakan bot.
ready untuk steam tanpa perencah yang dijual di pasaran. Rasa lebih lazat dengan resepi sendiri. |
Selain itu, Sungai Binsulok/Mantabawan, sungai Membakut, sungai Kimanis dan sungai Benoni juga adalah habitat untuk spesis lutjanidae ini. Bagi saya, sungai-sungai ini adalah 'sangkar ikan' yang sentiasa menyediakan ikan-ikan segar.hehehe..kena rajin laaa bro!
Maksud 'Table size' yang sebenarnya. Siap untuk dijamah..hehehehe..agak-agak berapa la charge untuk hidangan ini di restoran Oceanfood KK, atau Gayang dan Salut di Sulaman sana? |
Terbaik...haha
BalasPadam