Khamis, 18 September 2014

KILLAR ANGLERS 2nd trip Pt 2: Episod malang

Kerajinan Jiboy berpindah lubuk mejadi pujian team ini. Apabila ikan mula kurang mematuk, sauh dinaikan dan kapal akan berpindah ke lubuk baru. Memang tindakan sebegini yang sepatutnya dilakukan oleh tekong dalam sesebuah trip memancing. Ketika itu, hampir semua lubuk yang disinggahi memberikan hasil kepada segelintir pemancing..seolah-olah bergilir mendaratkan ikan.
Hehehe..korbankan masa petang untuk charging mata buat persediaan final countdown malam nanti..hehehe..nyenyak tidur dengan dengkur yang menyaingi bunyi enjin kapal..hehehe..beliau hanya terjaga dalam perjalanan pulang.Nyesal charge mata awal.hehehe
Selepas makan tengahari, Nedijra berpindah lagi ke takat seterusnya berhampiran 'drilling rig' yang sedang giat beroperasi. Bunyi drill agak nyaring sehingga kami boleh mendengarnya. Sambutan masih agak hambar dari penghuni dasar. Labuhan sauh juga agak bermasalah apabila sauh kapal kurang melekat di dasar laut.


Agak malang apabila hose hidraulik winch bocor menyebabkan sauh tidak lagi boleh digunakan. Kami bernasib baik hose itu bocor ketika sauh yang ditarik naik hanya beberapa meter dari kepala Kapal. Jika sauh masih di dasar laut, pasti semua pemancing akan bergotong royong menarik tali sauh. Ummmmm, masih boleh pancing bha itu..cara berhanyut.Arus bukannya deras sangat...hehehe
Kapal dipindah lagi ngam-ngam di atas takat yang agak padat. Memang sahih di atas takat apabila batu ladung yang turun tidak terbenam ke dalam lumpur. Hanya kerapu sahaja yang melayan umpan kami. Apabila suasana kembali suram sesuram wajah Olan, Jiboy memberi isyarat agar pancing diangkat untuk perpindahan takat yang seterusnya.


Kedua-dua mamat seksi ni masih bengang dengan apa yang terjadi..hehehe..Nasib baik bukan Demian, kalau tak nampak la tatu Spider yang semakin bulat di belakangnya..hehehe
Ketika sauh yang ditarik naik menghampiri permukaan air, tidak semena-mena hose hidraulik untuk winch mengalami kebocoran. Minyak winch motor menyembur keluar dan asap berkepul-kepul memenuhi ruang hadapan. Suasana agak kecoh seketika dan Jiboy segera melakukan pemeriksaan.


Aku rasa la..bunyi dan gegaran yang dijana oleh Drilling rig ini di dasar laut telah menakutkan ikan. Sepatutnya, kita pindah terus meninggalkan kawasan ini.hehehe
Selepas beberapa ketika, kami akhirnya menerima khabar buruk dari Jiboy akan kebocoran hose hidraulik menyebabkan winch untuk sauh tidak berfungsi. Oleh itu, Jiboy memutuskan secara mandatori trip ini berakhir petang ini. Dengan berat hati, kami bersetuju atas dasar keselamatan. Memancing bila-bila bro..tak lari laut tu.hehehe

Awang juga memberi pendapat yang sama dengan Jiboy. Awang sebenarnya adalah seorang mechanical engineer yang berpengalaman berbelas tahun kerja di Waterwork Labuan. Aku rasa secure jika ada beliau ini dalam dalam setiap memancingku. hehehe.. Kini, beliau running company sendiri berkaitan apa sahaja berunsur mekanikal.
Kami bertolak pulang kira-kira pukul 3.30 pm dan dijangka tiba pada pukul 1 pagi ahad. Tanpa membuang masa, peralatan pancing segera disimpan rapi, ais ditambah ke dalam tong ikan, mandi dan bertukar pakaian agar lebih selesa dalam menempuh perjalanan yang panjang.
Saat-saat terdesak untuk mendapat strike..hehehe..Olan trolling dalam perjalanan pulang. Dengar-dengar Killar..ada sapa-sapa yang boleh sah kan?hehehe
Sessi berborak kosong disambung kembali. hehehehe..borak kaw-kaw sehingga makan malam. Ketika itu laut agak teduh dan arus lautan menghala ke daratan membantu kelajuan Nedjira yang hanya bergerak selaju 5 knot..alahai siputnya!..

Penglipur lara dalam sessi borak kosong dan Kapitan dalam sessi borak kosong di awal malam. Jauh lagi perjalanan ni. Baru pukul 7:00 pm bhaaa..
Setelah menempuh perjalanan yang agak panjang dan memenatkan, kami akhirnya tiba di jeti KK dengan selamat kira-kira pukul 11.45 pm. Rasanya, dah berada di stadium Old Trafford England ni kalau naik kapal terbang. Lega rasanya apabila melihat jeti KK yang terang-benderang dengan lampu jalan. Gerai-gerai seafood pun masih lagi beroperasi.
Bakal-bakal otai di masa depan. Kesungguhan memang ada, cuma perlu upgrade saja lagi. Tak lama lagi, memang menggegar la ni Olan's Brothers!
Selesai memunggah peralatan dan tong ikan masing-masing ke jeti, sessi bergambar menjadi tirai penutup trip kami yang penuh suka duka. Dalam apa keadaan pun, semangat berpasukan telah ditunjukkan oleh team Killar Anglers disamping sentiasa mengekalkan hubungan mesra sesama ahli.
Demian kini sah menjadi tukang masak tetap den berpencen  team Killar anglers di dalam trip-trip yang akan datang. Memang sedap Titir goreng mu Mian. Mujur lah ikan putih tu tidak dapat dikeluarkan dari tong ya..hehehe
Rasa agak sedih apabila trip memancing yang sudah dirancang dan dinanti sekian lama berakhir dengan cara begini. Namun, rasa sangat bersyukur apabila kaki menjejak jeti KK dan dapat kembali ke pangkuan keluarga. Walaupun hasil tangkapan agak kurang memberangsangkan, keseronokkan trip ini pasti akan dikenang sampai bila-bila.
Umpan basung yang bertukar secara magik menjadi ikan goreng yang lazat hasil kerja tangan profesional Demian. Aku setuju mengatakan bahawa ini lah Basung goreng paling sedap sejak hujung 2003 aku bergiat dalam pancingan laut dalam.
Untuk itu, ada baiknya team ini memperluaskan trip pancingan ini ke lokasi-lokasi yang lain dengan menggunakan perkhidmatan kapal berbeza. Jauh perjalanan tentu luas pengalaman bro. Aku segera mencadangkan Kuala Penyu sebagai lokasi seterusnya dalam trip awal tahun 2015. 
Aku tetap salute dengan menu berasaskan tomato ini. Memang sedap bro!!akan datang, kasi tukar itu mangkuk kepada besen ya bro..hehehe..ramai-ramai kita bawa tomato nanti.
Hakikatnya, lubuk yang kami lawati baru-baru ini hanya sejauh 3 hingga 4 jam perjalanan dari Jeti Kuala Penyu. Pengalamanku sebelum ini, bertolak dari jeti Kuala Penyu pada pukul 9:00 pagi, pukul 2 pm, ada sudah ikan-ikan berkualiti mengisi tong ais masing-masing. Memang untung menjimatkan masa perjalanan dan melebihkan masa memancing. Setiap minit yang dilalui entah berapa sen agaknya untuk keseluruhan tambang individu..hehehe..ada sapa-sapa yang sudi mengira??
Dari kiri Sham, Demian, Lempayun(duduk), Olan, Dr Juslee(duduk), Dino, Mawie dan Bonte. Awang tengah ambil gambar. Semoga bertemu lagi dalam trip akan datang. Thank you Bros!
Kredit  pujian untuk Olan’s Brothers kerana amat ‘ringan tangan’ membantu ahli team yang lain. Seperkara yang saya amat salute, team ini amat mengutamakan keselamatan dan keseronokkan memancing. Sehingga bertemu dalam trip yang akan datang.roger roger saja saya  ya kapitan Juslee!!hehehe
Salam ikhlas..Lempayun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan