Seorang Nelayan yang baru pulang dari menyediakan ra'as lawa-lawanya, petang itu mengkahabarkan bahawa seekor Selungsung bagak anggaran saiz 5 k tiba-tiba menghambur keluar dari permukaan sungai berhampiran lubuk simpang, kami mula memasang angan-angan untuk bersua dengan Selungsung bagak itu.
 |
Strike Kerapu berlaku apabila Nangnak menceroboh masuk ke dalam sarangnya |
19:09/14: Awal subuh jumaat, aku dan Shafie mengulang di lubuk yang sama. Arus sungai ketika itu turun agak perlahan. Apalagi, lubuk simpang dihujani oleh serangan Nangnak yang bertalu-talu. Segenap sudut dan ceruk sungai menajadi sasaran Nangnak, tetapi strike tetap hampeh.
 |
berjaya membalas jaringan dan menyamakan kedudukan 1:1..hehehehe..ni pun hampir-hampir mau pulang sudah ni. |
Ketika arus sungai mula bergerak agak laju, baru lah sambaran berlaku. Sayangnya, bukan idaman hati yang terjerat, hanya Kerapu sungai pengubat duka.hehehehe..ikan tetap ikan dan kedua-dua ikan ini sesuai untuk dihidang di atas meja. Pukul 8:40 am, kami berdua segera kembali ke jeti. Mau masak steam tengahari ni bro..hehehe.salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan