Ungah Rekod seberat 2.2 kg ini menyebabkan tanganku sedikit mengeletar..hehehe..akhirnya kekili baruku mendapat lesen bagak!
11.10.10 Selasa: Hujan yang tidak turun beberapa hari ini memberi sinar harapan kepada para pengilat khasnya teamlempayun. Oleh itu, setelah memastikan petang itu kami free dari sebarang kerja sekolah, sessi casting sewajibnya menjadi alas minda. Tujuan sebenar adalah untuk melihat sambutan para penghuni sungai Bongawan selepas beberapa hari dilanda keruh.Agak-agak, apa la ikan nya ye?
Pengubat rindu kepada karan...Selungkang pun jadilah.Janji ada strike!
Aku dan shafie tiba di jeti kira-kira pukul 2:45 pm ketika air naik pasang. Malangnya, suhu air amat sejuk dari dasar hingga ke permukaan. Menurut pengalaman, ikan akan kurang aktif dan lebih suka memeram diri di bawah bangkar kayu. Namun, perahu sudah terlajak, susah mau diundur lagi.apa lagi..jom..kumpau tu perkara biasa..yang penting, gewang mesti berenang..hehehehe
Saiz begini cukup ganas apabila menyambar berhampiran bot.Nasib baik, joran dan kekili berada dalam keadaan tip top.Lagi gewang Storm menjadi pilihan.
Kira-kira pukul 3:15 pm, Juan datang lewat dengan alasan melayan perut yang memulas sejak pagi tadi. Perjalanan ke lubuk di isi dengan aktiviti trolling. Hanya selepas 60 meter dari jeti, gewang Juan disambar oleh seekor Selungkang.hehehehe...Kumpau karan berakhir dengan Selungkang…syukur laaaaaa.Perjalanan diteruskan tanpa sebarang sambaran.
Teknik tundaan muara dipraktikkan sepenuhnya.Berhampiran tebing dan enjin yang berkuasa rendah.Ngantuk juga lah mata, tapi jika berlaku sambaran..perrggghhh!!
Tiada harapan diberikan untuk strike dalam keadaan suhu air sungai yang sejuk, namun gian untuk casting memang sudah meluap-luap. Akhirnya kami melabuhkan bot di lokasi pilihan. Gewang yang dilontar bertali arus akhirnya mendapat perhatian apabila gewang Storm Thundercrank ku ditekan ganas.Joran melentur dan kekili baru beraksi dengan amat baik.Akhirnya, seekor Ungah berjaya mengubat kerinduan di hati. Di lubuk yang sama, aku mendapat sekali lagi strike yang tidak berjaya dikawal. Ianya berjaya menyelinap ke dalam reba.
Bila la aku mau strike ni??Apakah dosaku?
Mujurlah gewang kesayangan dapat diselamatkan. Seterusnya, sesi casting diteruskan di tiga buah lubuk lagi, namun tiada sambaran diterima. Kami akur, kerana memang suhu air sejuk mempengaruhi keaktifan Ungah.
Kami mengakhiri acara mengilat dengan sessi tundaan gewang. Memandangkan masa ada 20 minit lagi, kami bersetuju untuk mengulangi tundaan buat kali terakhir sebelum benar-benar kembali ke jeti.
Hanya bulan sahaja yang mengubat kerinduanku.
Kami bertiga menurunkan gewang Bakau Minnow untuk acara tundaan dengan pergerakkan bot diperlahankan. Ketika melintasi lubuk shortcut, tidak semena-mena gewangku dirampas rakus. Sambaran memang amat mengejutkan dengan joran Abu Garciaku membongkok maksimum menahan asakan sambil tersengguk-sengguk menandakan tali yang diperas keluar.Beberapa kali, pemangsa melakukan junaman padu hingga berjaya membuatkan separuh joranku menyelam ke dalam air.
Memang ganas!
Setelah beberapa ketika, kelibat perampas mula kelihatan dan akhirnya berjaya disauk oleh Shafiee..Ianya adalah Ungah rekod yang benar-benar rekod. Selepas sessi bergambar, kami kembali ke jeti dengan acara tundaan tanpa sebarang sambaran. Ungah itu ditimbang oleh Juan dan angka 2.2 kg tercatat pada penimbang.Sungguh tidak disangka, sungai Bongawan masih ada Ungah sebagak ini..
Once in a life time!
Kesimpulannya, rezeki tu ditentukan olehNYA.Kita tidak mampu merancang, hanya Dia yang merancang dan menentukan. Begitulah trip kami, walau tiada sebarang harapan diberikan terhadap strike, namun rezeki tetap memihak kepada kami. Indahnya karan…heheheh..sehingga setakat aku menghantar post pagi rabu ini, diluar hujan masih lebat.emmmm..
Rabu, 13 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan