Sabtu 23.10.10: Satu sessi casting bersama Otai Purun telah diadakan di Tanggulian. Trip ini disertai oleh Nyapentos yang baru pertama kali menjejak kaki di lokasi.Awal pagi lagi kami mendapat sambaran dari Kerapu namun Hujan yang turun memaksa kami berteduh di pondok.Kira-kira pukul 8:00 am, kami kembali ke lubuk.
Hujan kesan ribut yang melanda di laut lepas.Pandangan syahdu ini mengembalikan nostalgia dengan kisah silam seperti ini.
Kali ini beberapa ekor Ungah berjaya ditewaskan. Hujan kembali lebat apabila kami semakin menghulu. Akhirnya, kami kembali berteduh. Pukul 10:00 am, kami kembali beraksi dalam keadaan hujan renyai. Namun sambutan dari penghuni dasar agak dingin.
Pose menarik dari Otai Purun ketika berteduh di pondok Bundu yang menanti dengan penuh kesabaran.
Kami ke sungai Bundu untu menduga lubuk-lubuk yang terdapat di sana. Namun tiada sebarang sambaran di terima. Kami kembali ke Pondok untuk berehat, memandangkan air mulai pasang maksima.
Ungah hujan renyai di lubuk Curi
Jam melebih pukul 2:00 pm, kami kembali ke lubuk-lubuk Tanggulian. Kami menghulu sungai namun tidak terdapat sebarang sambaran. Jam menghampiri pukul 4:30 pm, kami berpindah ke sungai Bundu.
Bersaiz cilik, namun tenaganya mantap!
Beberapa lubuk yang di duga di muaranya, mendatangkan beberapa sambaran Ungah dan juga Sesumpit.
Saiz yang hampir sama dengan gewang!memang samseng giler!
Kami mengakhiri trip kami di lubuk Rambang.Namun, keadaan air mulai pasang dan didapati Ungah dan pelbagai spesis lain mula meninggalakan lubuk dan kembali mencari makan ke dalam Bakau.
Selungkang yang ganas menyambar Rapala TDD
Ungah petang yang menyukai Rapala hot iger
Ikan Sesumpit juga teritorial dan pantang melihat penceroboh
Kira-kira pukul 6:05 pm, kami tiba di jeti dengan tekad untuk kembali lagi.salam
Selasa, 26 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan