b.Kaedah menunda gewang perlu dilakukan berhampiran tebing sungai. Gewang anda perlu ditunda lebihkurang 10 kaki dari tebing. Terlalu menghimpit tebing mungkin akan menakutkan ikan dan terlalu jauh pula akan menyebabkan gewang tersasar dari laluan sepatutnya.Kita tahu, reba yang terdiri dari pokok-pokok tumbang selalunya terletak berhampiran tebing sungai, oleh itu sebarang sambaran spesis ikan seperti Kerapu dan Siakap Merah dapat menunjukkan terdapat reba dalam laluan anda.
Ungah Juvenile selalunya mendiami bangkar untuk mengelakkan diri dari dibuli oleh Ungah yang lebih besar
Jika terdapat sambaran dari lokasi itu, anda boleh berpatah balik dari jauh dan mengulangi tempat tersebut kerana dipercayai, reba selalunya dihuni oleh lebih seekor Siakap Merah atau Siakap putih.
Memang benar bangkar selalunya didiami oleh lebih seekor Ungah.
c.Tundaan bot perlu diperlahankan seboleh-bolehnya. Tundaan yang laju hanya akan memerangkap Siakap merah, GT dan Alu-alu namun tundaan yang amat perlahan boleh memerangkap kesemuanya termasuk Siakap Putih ataupun selungsung malahan Bedukang aka Selungkang sekalipun..Selungsung adalah pemangsa yang pasif kecuali ia tengah frenzy mengejar anak-anak ikan.
Tundaan perlahan ketika air naik pasang berjaya memerangkap Selungsung ini walaupun tiada sebarang aktiviti di permukaan air.Tau-tau saja, joran di tekan hebat.
Dalam keadaan biasa, ia bersifat pegun dan lebih suka bermalas-malas yang hanya suka menunggu makanan melintas dihadapan mata. Oleh itu, gewang yang melintas terlalu laju mempunyai peluang yang tipis untuk dikejarnya berbanding gewang yang berenang terlalu perlahan di hadapannya. Justeru itu, saya lebih suka mengamalkan teknik tundaan seperlahan yang boleh bergantung kepada keadaan arus sungai.
Kerapu juga suka pergerakkan gewang yang terlalu perlahan.Tapi, bila dah kena,pastikan drag segera diketatkan untuk mengelakkannya menyelinap ke dalam bangkar!
d.Jarak antara gewang dengan bot sebaik-baiknya sejauh 25 hingga 35 kaki. Gewang yang ditunda terlalu jauh akan mengurangkan kadar selaman gewang minnow anda dan ia akan terlalu hampir di permukaan air disebabkan oleh rintangan air yang agak besar. Jika terlalu dekat pula, ia akan menyelam lebih dari sepatutnya dan menambahkan sensitiviti ikan terhadap gewang.
Tundaan berduet memberi impak besar kepada vision Selungsung yang menganggap mangsa berenang berkumpulan.
Berbeza dengan penggunaan gewang selaman dalam. Walaupun ia ditunda agak jauh melebihi 50 kaki, namun ia masih mampu menyelam dengan baik. Namun, jika ditunda terlalu dekat, ia akan menyelam lebih dari sepatutnya. Kecuali,jika sungai tersebut sememangnya dalam. Untuk sungai yang lebih cetek,saya suka menunda gewang minnow dalam kadar pergerakkan yang amat perlahan sejauh 30 kaki di belakang bot. Apapun boleh sangkut bro!!
Tundaan gewang yang perlahan di muara Kimanis berjaya menarik perhatian Ungah Bagak ini.
Sila ikuti sambungan di bahagian 3
Selasa, 5 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan