Ahad 24.10.10: Seawal 5:35 am, aku berada di hadapan klinik Membakut untuk membawa 6 orang Jururawat pelatih bersantai sambil memancing di muara Mantabawan.Jangan salah sangka ye...bukannya jururawat pelatih perempuan..hehehe..Kami wajar berada di lokasi seawalnya untuk mengelakkan hot spot dipenuhi oleh pemancing lain.Maklumlah, hari ahad.
Salah seorang dari mereka ini wajar bertanggungjawab jika penyu ni bertelur lagi...hehehehe...kalau tak mengaku,ujian dna perlu dilakukan..hehehe
Keadaan air sedang surut dan memang sesuai untuk memancing dasar. Air dijangka akan kembali pasang sejam kemudian.Malangnya, kesukaran untuk mendapatkan umpan bersesuaian menyebabkan aksi pancingan dasar dilupakan seketika.Untuk menduga muara Mantabawan dengan teknik pancing dasar, umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak dan perumpun...tapi, kami tidak menyediakan satu apa pun..hehehehe
Feri yang sering rosak tidak lama lagi akan diberhentikan perkhidmatan sepenuhnya setelah jambatan baru yang menghubungkan Kg Palu-Palu dan Pekan Kuala Penyu siap.
Nasib baik aku membawa 3 set casting untuk mereka. Akhirnya, masa yang berlalu diisikan dengan acara casting. Setelah beberapa minit, tiada sambaran diterima, beberapa rakan pelatih kembali ke pekan Membakut untuk membeli umpan setelah langsung tiada umpan diperolehi di Pasar Kuala Penyu.Memang ikan amat kurang ketika bulan terang besar.
Pendatang baru teknik casting sedang gigih casting dan merasa teruja apabila gewang dikejar oleh ikan.Mungkin ikan sempat menyambar gewang jika ia dikarau dengan perlahan. Tak apa, pelan-pelan, lama-lama nanti, mahir lah tu.
Akhirnya umpan udang tiba dan acara membottom menjadi pilihan.Aku dan Juan tetap layan casting manakala para pelatih mula beraksi bottom setelah jenuh casting tanpa sebarang strike..hehehe...agaknya bosan apabila asyik melihat gewang aja yang kembali ke darat.
Acara makan-makan di tepi tebing. Ikan tak makan, korang makanlah.Agak-agak, siapalah yang paling berselera ye.
Aksi bottom juga tidak mendatangkan sebarang hasil. Apalah masalahnya ye?suhu air memang sedikit sejuk, pasang pun amat deras. Umpan pula tidak segar...tetapi sebenarnya..memang dah bukan rezeki korang mau tengok ikan..sabar lah ye..hehehe
Otai kunun!!..hehehe...Aksi Juan tengah menyelamatkan gewangnya yang tersangkut di ranting reba. Ini adalah kali pertama alat pelepas gewang milikku digunakan di atas permukaan air..hehehehe...memang pelik tapi benar!
Air pasang semakin deras dan tidak mengizinkan sebarang aksi pancingan dilakukan.hari semakin panas terik untuk membantutkan lagi selera ikan. Akhirnya, kira-kira pukul 11.30 am, kami menamatkan sessi pancingan. Walaupun tiada sebarang makhluk akuatik berjaya ditangkap, namun pengalaman yang berguna ini sewajarnya menjadi satu lagi ilmu di dada.
Tengah aku asyik memerhatikan aksi menyelamat gewang oleh Juan, aku terpandang satu objek berwarna terang di bawah kaki.Apabila aku perhatikan dengan teliti, ternyata ia adalah gewang yang diselaputi oleh anak-anak tiram..hehehe..memang dah rezeki..Halco bro!Oleh kerana sifat apungannya yg bagus, ia mungkin timbul apabila objek tempatnya sangkut mereput di dasar air.Namun, ia akhirnya menjadi milik Juan..bukan rezekiku la.
Kepada para adik jururawat pelatih, jangan serik. Memang dah adat memancing..hehehe..sabar adalah sebahagian daripada aktiviti memancing.Akan datang, satu trip memancing lagi akan diadakan di muara Bongawan.Sabar je ye.hehehe..kali ni, mesti kaw-kaw.Cuma doa saja agar cuaca dan masa berpihak kepada kamu.salam
Selasa, 26 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
sabar saja ku melihat..nanati cuti semester kita try berjuang bersamasama ya
BalasPadam