Setelah sekian lama memeram joran-joran bagang,akhirnya aku turun beraksi ditemankan oleh rakan yang baru mengenali bagang sebagai lokasi memancing.Berikutan hujan yang kerap melanda dalam beberapa minggu ini, air sungai Bongawan, Membakut, Mandahan dan Kimanis keruh semahu-mahunya.Memang agak kecewa sedikit, namun kita perlu redha dengan kehendakNYA kerana tentu ada hikmah disebaliknya.
Antara tangkapan dari pemancing yang baru beraksi di bagang.
Sabtu 09.10.10: aku, Ali dan Ilham bertolak seawal jam 6:00 ke bagang berdekatan.Keadaan air surut ketika itu membantu kewujudan ombak di muara sungai yang tidak kelihatan aluhnya. Bahagian muara yang cetek membantu menjana ombak yang boleh menyebabkan bot terbalik jika salah kemudi.Mujurlah, Otai Bongsu Manan mendahului kami dan menunjukkan aluh tersembunyi yang terletak selari dengan pantai.Dengan sedikit keyakinan dan kesabaran, bot berjaya melepasi muara dan menuju ke bagang pertama dalam keadaan laut beralun.
Manyong yang berjaya melenguhkan lengan dan bahu ku.Walaupun bot beroleng kuat akibat angin kencang, namun, layan tetap layan
Syukurlah, kami memperolehi bekalan umpan pusu di bagang pertama. Di situ jugalah labuhan pertama kami dengan pelbagai spesis ikan. Keadaan arus yang agak laju dari Mandahan menyebabkan ikan kurang galak. Kami berpindah ke bagang seterusnya dan bergandingan bot dengan Jais dan rakan. Kami menerima sambutan dari ikan Gerunggung, anak GT, Jarang Gigi, Umpak dan Kapas.Setelah getuan ikan semakin berkurang, kami berpindah dari bagang ke bagang sehingga di sebuah bagang di laut Bongawan, kami menerima sambutan sekumpulan Gerunggung. Keadaan agak kalut seketika dengan Gerunggung yang bersilih ganti melarikan joran.Apabila sambutan semakin kurang, kira-kira pukul 10:00 am, kami berpindah ke bagang paling dekat dengan pantai Bongawan.
Satu untuk kau, satu untuk aku...hehehehe..akibat cuaca yang tidak mengizinkan, kami masuk ke muara awal dari sepatutnya dan hasil pun seadanya.hehehe
Di sini, joran ku ditekan hebat dan braided putus tanpa diketahui sebabnya.Angin mula bertiup dari selatan apabila Joranku diasak hebat. Aku tetap melayannya dengan penuh berhati-hati.Setelah lebih 15 minit, aku berjaya mendaratkan kereta kebal bagang..alahai..hehehe.
Tidak lama kemudian, joran Ilham ditekan hebat namun matakail appolo bersaiz 12 tidak mampu bertahan.Perbuatan disyaki ikan putih kerana tidak terdapat sebarang tanda lendir pada appolo.Sambaran pula berlaku dengan amat pantas.
Angin mula bertiup kencang dan Laut mula kucah apabila angin dan arus bertembung. Kelihatan sebuah demi sebuah bot lari memasuki muara. Untuk keselamatan, kami juga angkat kaki seawal 11.15 am...hehehehe..safety first. Tidak lama kemudian, Jais dan kawannya menyusuli di belakang...tidak tahan bah!!kepada Ali dan Ilham, jan jara. Begitulah resam pemancing.salam
Ahad, 10 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan