Isnin 18.10.10: Memandangkan air sungai Bongawan mulai jernih (namun masih sejuk), trip telah diadakan. Kali ini, Ali menyertai sessi untuk mendapatkan lesen MJ. Kami berempat telah berada di jeti kira-kira pukul 3:30 pm. Dalam masa yang tinggal hanya beberapa jam ini, kami terus ke lubuk biasa.
Acara casting dilakukan dengan giat,namun kurang sambutan. Kami beralih ke sungai Padas untuk sessi mengilat seterusnya. Di sini, gewang Rapala Tail Dancer ku berkubur setelah tidak berjaya mengekang tenaga Ungah yang saya rasa agak luar biasa kuatnya.
Ketika senja semakin dekat, kami beralih ke lubuk terakhir untuk menutup sessi mengilat. Tidak lama kemudian, gewang Storm Juan telah disambar berhampiran bot. Ungah ini juga adalah penutup era Kumpau nya sejak zaman Dinasti Ching lagi..hehehehe
Kami melakukan aktiviti trolling dalam perjalanan kembali ke jeti. Air naik pasang ketika itu. Tiba-tiba berlaku hamburan kuat beberapa meter di belakang bot. Gewang Bakau Shafie telah hook up seekor Selungsung. Keadaan kelam kabut dan semua gewang dinaikkan untuk memberinya peluang bertarung. Selungsung seolah-olah telah tewas apabila diheret berhampiran bot. Namun, Selungsung skala 6-7 kg ini telah melakukan pecutan terakhirnya dan berjaya meluruskan ke enam-enam matakail gewang menyebabkan pemilik gewang terduduk lesu..hehehehe.
Rabu, 20 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan