Rabu 19.10.10: Cerita Selungsung yang terlepas masih lagi menghantui Shafie.Tengahari itu, hujan turun amat lebat di Bongawan. Ianya seolah-olah merencatkan rancangan mengilat hari ini. Namun, kira-kira pukul 2:30 pm, hujan semakin kurang.
Dalam keadaan hujan renyai, aku dan Shafie mula trolling ke muara. Gewang Shafie mendapat sambaran sejurus melepasi tebing berbatu sekaligus menjadi lesen reel dan joran barunya. Kami terus trolling dan sekali lagi gewang Shafie mendaratkan seekor Ungah berhampiran muara sungai.
Ungah pertama untuk joran kekili baru
Acara casting menjadi agenda utama dan lubuk Kerapu menjadi sasaran. Keadaan air memang cantik ketika itu, jernih dan bergerak turun dengan perlahan. Sayangnya, suhunya agak sejuk. Tidak lama kemudian, gewang Storm ku mendapat sambaran padu, namun rabut. Gewang di hantar kembali dan selepas beberapa kali cast, seekor Kerapu table size berjaya didaratkan.
Sudah lama tidak ketemu...akhirnya bersua juga.
Acara mengilat seterusnya menyaksikan banyak lubuk di cuba, namun keputusan agak menghampakan. Oleh itu, kami kembali ke lubuk Kerapu. Berkira-kira mahu menamatkan sessi, seekor lagi Kerapu berjaya ditewaskan. Cukuplah untuk hari itu, kami menamatkan sessi mengilat dan hujan renyai juga berhenti dalam perjalanan kami kembali ke jeti. Keputusannya, 2 ekor Ungah dan 2 ekor Kerapu.
Rabu, 20 Oktober 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan