Rabu, 9 Jun 2010

Trip 360 bahagian 2 (penutup)

Ahad, kira-kira pukul 8:00 am selepas sarapan pagi, kami berpindah lebih jauh ke laut lepas. Perjalanan memakan masa selama sejam setengah dengan lubuk berkedalaman melebihi 200 meter. Lubuk yang dalam ini sebenarnya telah diterokai sejak tahun lepas lagi dimana ikan-ikan bersaiz bapak seperti Kerisi Bali, Ruby Snapper, Flame Snapper, Keratang dan pelbagai spesis lagi mendominasi tangkapan pemancing. Kemahsyurannya begitu gah dan pernah menjadi berita utama dalam majalah Kembara Kail. Kira-kira Pukul 9:00 am, kami tiba, Skrin sonar jelas menunjukkan angka 220 meter.Alamak! dalam giler lubuk nih. Umpan basung seekor dijadikan taruhan dan diturunkan dengan batu ladung bersaiz 400 gram. Perjalanannya ke dasar terlalu lama meninggalkan hanya sedikit tali sulam dalam gelendung kekili ku.Dah ler kehilangan lebih belasan meter sebelum ini.. Aku rasa cuak, jika umpan disambar pemangsa belasan kilo..pasti aku akan kehabisan tali sulam..hehehehe..mintak-mintak la jangan!.
Subuh pagi ahad yang damai di serikan dengan laut yang teduh. Hati berbunga untuk beraksi dalam suasana sedamai ini.
Sebenarnya, aku kurang berminat dengan lubuk yang terlalu dalam ini. Masalah tali bersilang dan berserabut dengan tali pancing rakan pasti akan terjadi. Ini disebabkan saiz batu ladung dan tali sulam yang berbeza digunakan setiap pemancing pasti akan menpengaruhi kelajuan jatuhan batu ladung dan hanyutan tali sulam sedalam 200 meter ini.
Zulkhairi dengan ikan Durian- Durian yang kami sebut Duran-Duran. Selain susuk yang sama dengan pemancingnya, warna yang kontrast antara keduanya menyerikan gambar ini..hehehehe...
Apatah lagi jika ikan yang memakan umpan di dasar melakukan larian litar Sepang yang merangkul kesemua tali sulam pemancing..hehehehe..akibatnya..masa banyak terbuang untuk membuka simpulan.Bayangkan tali sulam sehalus 50 lb berimpul dengan pelbagai saiz tali sulam lain.Boleh kusut kepala nih!Namun, ambil yang positif.Seperti kata kapten Din, meleraikan tali yang berselirat dan bersimpul sesama sendiri adalah acara mengeratkan tali silaturrahim..hehehe
Kerisi Bali yang berjaya ditewaskan selepas berulangkali meludahkan rokok yang separuh dihisap.Akan datang, aku pastikan cukup stamina untuk sesi laut dalam.
sebelum tengahari, kami meninggalkan lubuk 200 meter untuk kembali ke takat berkedalaman di bawah 100 meter yang mengambil masa perjalanan 2 jam lebih. Di sini, barulah aksi mengepam ikan ke permukaan air kembali rancak. Rakan-rakan lain ceria dengan pelbagai jenis spesis ikan berjaya didaratkan..namun aku lempayun agak sepi kali ini..hehehe..memang itu giliran mereka. Syukur kepada Allah kerana rakan-rakan mula menikmati detik perlawanan dengan ikan.
Kes jari dikepit insang Kerisi..hehehe..berbaloi bro kata pemilik ikan ini..Ustaz Mus dari Buang Sayang Papar.

Kerapu yang tertewas setelah pemilik joran melakukan larian aksi kan menampar selepas di ‘sliding’ untuk mendapatkan joran..hehehe.Pendatang baru, Tuan Ikhbal dengan spesis Kerapu Bara.Cantiknya ikan ini jika diletak di dalam kuali.Menurut Tuan Jais, kerapu yang berbelang liat rasanya manakala yang berbintik berisi lembut.Perpindahan lubuk berlaku lagi, adakalanya sambutan yang diterima agak meriah, adakalanya sepi tanpa berita. Akhirnya kami bermalam di takat 360 dengan kedalaman 84 meter. Ketika senja mula melabuh tirai, kami diserang oleh kumpulan Rosy jobfish atau disini dikenali sebagai ikan Insang Rumahan. Suasana seperti pesta dimana setiap pemancing mendapat sambaran.
Aksiku ketika menerima pukulan-pukulan ikan Insang Rumahan...daya umpil Joranku banyak membantu melemahkan tenaga ikan dan mempercepatkannya untuk di pam ke permukaan.
Sejak dahulu lagi aku menyedari suasana ini tidak akan kekal melebih 30 minit.Oleh itu, setiap saat digunakan semaksima mungkin. Kepantasan, kecepatan,ketepatan dan persediaan rapi adalah ramuan terbaik dalam menghadapi suasana begini.
PK Sk Kinarut dengan ikan Insang Rumahan aka Rosy Jobfish yang pertama menyerang kapal kami.Selepas itu,peerrrgghhh!!!semua pemancing merasai daya juang ikan ini.Tak lama, setengah jam saja.
Tali yang bersimpul atau berkulut dengan tali rakan adalah satu bencana ( cara untuk mengelakkannya akan dibincangkan dimasa hadapan ) yang akan membantutkan peluang anda untuk meraih tangkapan sebanyak mungkin…hehehehe…sabar brooo..hehehe…memancing menguji kesabaran dan mengeratkan silaturrahim…hehehehe
Lagi Kerisi Bali yang ditewaskan. "Setakat ini, kerisi ini adalah ikan terbesar yang aku perolehi di laut dalam",kata Zul.
Laut teduh dimalam hari memberi peluang kepada kami untuk meneruskan aktiviti pancingan. Sebelum itu, kami berpindah lagi ke takat 350 kira-kira 2 jam perjalanan didalam keadaan gelap. Memang aku risau, takut-takut kapal melanggar kayu balak yang tidak dapat dilihat dalam kepekatan malam.Syukurlah kami tiba akhirnya di lokasi.Aku dan Tuan Ikhbal lebih selesa lepak di luar kabin di bahagian hadapan kapal. Selain suasana yang lebih nyaman dan berangin untuk rehat dan tidur, joran dibenarkan beraksi di bawah pengawasan kami berdua. Aku cuba mencari tenggiri dengan teknik pertengahan air, manakala Tuan Ikhbal memilih teknik pancingan dasar untuk menjerat Keratang.
Antara Kerisi Bali yang akan mengikuti aku pulang ke Pitas. Tentu isi ikan ini manis semanis senyumanku..hehehe
Sambil minum panas, berborak dan berbaring, mata yang terlelap dikejutkan oleh jeritan kekili Tuan Ikhbal seawal 3:00 am. Sekelip mata sahaja Tuan Ikhbal mendapatkan jorannya yang tengah membongkok tersengguk-sengguk menahan asakan. Perlawanan hebat berlaku dengan deruan nafas yang semakin kencang melalui lubang hidungnya..hehehe..oksigen berlumba-lumba masuk ke dalam peparunya..kali ini, beliau diberi ujian mantap oleh ikan.masalah pengayuh kekilinya yang longgar kadang-kadang mencacatkan aksi karauannya..cepattt brooo…besaar nihhhh!!..tidak lama kemudian, seekor ikan Yu tewas dan memerlukan tenaga 3 orang pengail untuk menaikkannya..hehehe..bukan besar pun,tetapi cangkuk asyik miss dan sauk pula tidak mampu memuatkan kepalanya pun..Apapun, kata Tuan Ikhbal, merasa fight ikan itu pun sudah cukup memuaskan hatinya.
Satu-satunya Tenggiri yang mencium lantai bot. Heran juga, ke mana perginya kumpulan Tenggiri ini..apa kata kapten Din?

Man in Black. Baniamin aka Bung dengan Bapak Belais atau gelaran Pulau Gaya nya Tumai. Menurut khabar, isinya jauh lebih lazat berbanding ikan ayam-ayam aka Jebung aka Babakkan.
Awal pagi Isnin, selepas sarapan maggi, kami berpindah berhampiran pelantar minyak dengan takat berkedalaman 70 meter lebih. Sebaik sauh melekat di dasar, aku orang pertama yang menurunkan joran pantas mendapat sambaran. Kali ini, kami diserang kumpulan ikan putih Melabua berat hampir sekilogram dan Kerisi Bali pelbagai saiz.Acara taruk makan taruk makan ku berlangsung hingga ikan yang ke tujuh apabila terhenti seketika akibat berkulut dengan rakan sebelah yang mendapat Kerisi Bali…hehehe…mesyuarat lah
Di antara Ikan-ikan Sulit, Sulit Papan ini adalah yang paling sedap berbanding Sulit Tanah. Beruntungnya Bung dengan tangkapan ini.Jika di rebus, ia akan mengeluarkan minyak sendiri untuk melazatkan masakan isteri anda..hehehehe
Acara berlangsung sehingga pukul 9:00 am sehingga sambutan ikan semakin berkurang. Ketika ini, kelihatan hujan lebat di sebelah laut. Namun tidak membimbangkan kami kerana, sekarang bukan musimnya untuk ribut di tengah lautan.
Jika musim ribut dengan alun yang besar, angin seperti begini sudah pasti mencetuskan gelora yang kasar dan menghuru-harakan (bungalapang)..nasib baik musim teduh, sejuk dan nyaman aje anginnya. Syukur Alhamdulillah

Viewer discretion is advised..hehehehe..jangan salah sangka.Ini bukan mabuk, tetapi berehat selepas kepenatan berentap dengan ikan.Siapalah agaknya ni ye..
Kami berpindah lagi ke takat yang lebih cetek. Takat yang berkedalaman di bawah 50 meter menjadi pilihan untuk mencari ikan kerapu dan pelbagai spesis takat yang lain. Hasilnya, pelbagai jenis kerapu dinaikkan olehku dan rakan-rakan. Kira-kira pukul 9:50 am, kami berpindah lagi, namun enjin kapal mengalami masalah over heat.
Aksiku dengan ikan Yu pinjam yangberjaya mengembang kempiskan hidung Tuan Ikhbal ke tahap Urko dalam Planet of the Apes..hehehe..."puas hati aku dengan daya juangnya".
Oleh itu, tekong dan awak-awaknya berkerja keras memulihkan keadaan enjin. Kira-kira pukul 11 lebih , enjin berjaya dihidupkan dan tidak mahu menanggung sebarang risiko, kami meneruskan perjalanan kembali ke jeti tanpa singgah dimana-mana lubuk. Kira-kira pukul 3:45 pm, kami selamat tiba di jeti Kota Kinabalu.
Gambar kenangan.Jauh di mata, dekat di hati.Semoga kita berjumpa lagi. Jangan lupa guru dengan rancangan besar kita nanti.inform saja keadaan di sana..hehehe
Sebaik kami tiba, kami dikhabarkan dengan hujan lebat dan angin kencang yang melanda daratan sepanjang kami berada di lautan. Di Saga-saga Pimping, Membakut, beberapa buah rumah diterbangkan atapnya. Memang sungguh kencang.Kampung ku pula dilanda banjir. Kami bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati suasana tenang dan teduh lautan. Agaknya, tuah pemancing baru tak??
Cukuplah untuk ku dan famili.Sebahagian besarnya telah pun ku hantar kepada Mama, keluarga dan kaum kerabat.
Kesimpulanku,
Trip ini benar-benar telah mencapai objektif terutamanya kepada pemancing baru bergiat ke laut dalam. Boleh dikatakan, suasana memancing yang meriah, harmoni dan ikatan persahabatan semakin terjalin erat. Semua pemancing juga mengakui kepuasan memancing dalam trip ini. Semua pemancing juga berjaya memenuhkan dan hampir memenuhkan tong ais masing-masing dengan pelbagai jenis dan saiz ikan. Perkara yang paling mengembirakan, pertukaran dan perkongsian ilmu memancing juga sering menjadi topik perbualan.
Syukur dengan Rezeki yang dianugerahkanNYA.
Bagi diri saya, objektif tercapai apabila melihat kedua rakan saya iaitu Tuan Ikhbal dan Tuan Jais merasai keseronokkan memancing selama 3 hari 2 malam di tengah lautan luas. Kedua-duanya dirasakan telah mencapai target peribadi..hehehe..agaknya laa…hehehe..bagi komen ye brooo!!.Jangan risau, selepas ini ada banyak lagi tips dan teknik yang akan dikongsi. Salam ikhlas dari Lempayun

8 ulasan:

  1. Teknik apollo atau tanduk/spreader yang digunakan dalam trip ini?

    BalasPadam
  2. Salam sahabat, Din mana ni tekongnya? Din Pulau Gaya ka? Macam berminat juga nak try try ni hehehe

    BalasPadam
  3. salam juga sahabat. kalau tidak silap aku, din sepanggar. aku kenal dia ni lama sejak dia bawa kapal aloha.dia ni antara yang senior di jeti kk tu.banyak lubuk2 terbaiknya.rajin berkomunikasi dan rajin pindah lubuk.kalau tiada sambutan, angkat sauh..hehehe..

    BalasPadam
  4. salam rodney, aku guna teknik pasternoster dan spreader. pasternoster utk pancingan siang,manakala spreader untuk pancingan malam.ada tujuan dan manafaat kedua-dua teknik ini.akan saya bincangkan di masa hadapan tu.tq

    BalasPadam
  5. terima kasih sahabat, dia la tu Din Sepanggar salah pula aku cakap Pulau Gaya, dengar captian ni ada takat rahsia dia tersendiri hehehe. Apa pun 1st time aku dengar pasternoster dan spreader tu, apa barang tu? yang guna jaul ka tu? hehehe budak baru balajar ba ni

    BalasPadam
  6. Tq bro..rencanamu sungguh menarik hatiku.inilah trip yng sangat berjaya..kerna targetku tercapai 2 ekor rubby snaper dan 1 ekor anak kertang dpt aku tewaskan selain kersi bali.insyallah projek casting sg.bengkoka akan kita buat sekiranya ada masa yng sesuai.tahniah bro next trip kita kelaut dalam lagi memburu speses ikan lain.wasallam.

    BalasPadam
  7. salam ct ba.maaf lambat reply.saya akan bincangkan juga nanti teknik2 tersebut.sabar ya.

    BalasPadam
  8. salam guru jamlee.maaf lambat reply.bah makasih tah.kita tingu air pasang maksimum pada 1.4 dan surut pada 0.9.maksudnya air atu naik dari minimum ke maksimum secara berkala.paling cun pada 1.0,1.1,1.2 dan 1.3.dan kemarau lah.kasi tahu saja nanti ye.salam.makasih

    BalasPadam