Pancingan laut dalam sering menjadi matlamat utama kebanyakan kaki pancing yang bermula dengan pancingan dasar di sekitar paya, sungai,muara dan perairan cetek berhampiran. Lubuk-lubuk di laut dalam menjanjikan tarikan-tarikan padu yang berkali ganda kuatnya berbanding pancingan dilokasi yang disebutkan tadi.
Spesis-spesis gadang selalu menjadi idaman kepada setiap kaki pancing untuk rekod peribadi. Laut dalam juga memberi harapan kepada pemancing untuk menikmati kelazatan penghuninya yang elusif bersama keluarga dan amat mahal jika dinikmati di atas meja restoran seafood.Contohnya, Kerapu Sunuh.
Sebelum menduga laut dalam, setiap pemancing wajib menyiapkan diri dari segi fizikal dan mental. Fizikal perlu berada ditahap yang terbaik kerana mengikuti trip ke laut dalam dengan keadaan yang kurang sihat akan menyusahkan diri sendiri dan rakan-rakan. Oleh itu, kesihatan diri perlu diambilkira terlebih dahulu.Jika tidak sihat,jangan ragu-ragu untuk menyuarakan masalah ini kepada ketua trip anda.
Elakkan kekurangan tidur, makanan yang menyebabkan cirit birit,minuman memabukkan, sakit gigi dan pelbagai lagi. Kekuatan fizikal perlu diperkukuhkan lagi dengan kekuatan mental.
Semangat melawan dan keyakinan tinggi boleh mengatasi mabuk percuma selain bantuan ubat-ubatan kepada kaki pancing mabuk tegar.
Bersikap sentiasa sudi berkongsi pengetahuan, ramah,merendah diri (tawadhu’), saling bertolak ansur dan suka menolong sebenarnya menunjukkan mental anda berada di tahap yang terbaik.Elakkan sikap suka berlagak, sombong, angkuh, pemarah, celupar, kedekut dan lain-lain lagi yang negatif.
Ini akan membantu anda untuk menikmati dan menghayati keseronokkan trip memancing bersama rakan-rakan.
Sesunggguhnya, rezeki kita akan sentiasa murah jika kita ikhlas dan selalu bermurah hati. Amalan sebegini akan menjadikan sesebuah trip berjaya, sentiasa manis untuk dikenang dan dirahmati olehNYA.
Selasa, 22 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan