Selasa, 8 Jun 2010

Trip 360 Bahagian 1

05.06.2010 (Sabtu)Seawal pukul 5.00 am, aku mula keluar dari perkarangan rumah.Perjalanan lancar kerana ketiadaan kesesakkan kereta mempercepatkan hentianku seterusnya di perumahan Pengalat Papar untuk mengambil dua rakan yang akan menyertaiku dalam trip ini. Ikhbal yang sememangnya sudah lama bergelumang dengan laut, pertama kali bakal melabuhkan jorannya di laut berkedalaman melebihi 100 meter,malahan sedalam 220 meter manakala seorang lagi rakan iaitu Tuan Jais telah beberapa kali ke laut dalam namun tidak mengkhusus kepada kaedah pancingan dasar sepenuhnya.Oleh itu, kedua-dua rakan saya ini pastinya sudah memiliki pengalaman sedia ada berkenaan situasi pancingan laut dalam ammnya.
Kapal yang dikemudi oleh Tekong berpengalaman luas dengan lubuk terbaiknya dihidupkan dengan suasana meriah oleh pemancing-pemancing ceria serta ramah.Kapal ini akan menjadi kediaman kami selama 3 hari 2 malam

Dari kiri, Zulkhairi, Baniamin, Mohd Nor, Ikhbal,Ijam,PK Sk Kinarut. Tuan Jais dan Guru Jamlee

Lebih kurang pukul 6:10 am, kami tiba di Kota Kinabalu dengan destinasi pertama sudah pastinya SAFMA. Pasar SAFMA adalah tempat wajib untuk mendapatkan bekalan umpan segar. Beruntungnya kami, umpan segar amat banyak di longgok di atas meja. Basung segar yang masih kehijauan dan bermata jernih berharga rm 3.50 sekilogram menjadi pilihan utama kami. Untuk trip 3 hari 2 malam ini, aku telah membeli sebanyak 6 kg Basung dengan andaian, biar berlebih jangan tak cukup. Jika lebih pun, boleh di bawa pulang.Di goreng pun sedap.hehehe.( aspek pemilihan umpan akan dibincangkan di masa akan datang ).
Tuan Ikhbal dengan gaya selambanya namun masih ragu akan kemampuan dirinya untuk berhadapan cabaran yang bakal dihadapi.

Kira-kira pukul 7:45 am,kumpulan Baniamin tiba dari Beaufort bersama dengan protegenya yang terdiri dari Mohd Nor dan Zulhairi yang dikhabarkan baru berjinak dengan pancingan laut dalam. Mereka bergegas membeli umpan di Safma yang akan ditutup pintunya 15 minit lagi.Selain itu, kami juga menantikan rakan komplot Ijam sejauh Pitas dan beberapa tempat lagi. Akhirnya, kami bertolak dari Jeti kira-kira pukul 9: 40 am dan singgah di stesen untuk mendapatkan air tawar. Kapten Din telahpun mengisi minyak diesel awal lagi untuk menjimatkan masa. Oleh kerana ini adalah pertemuan pertama,Perjalanan kami ke destinasi dimeriahkan dengan acara berkenal-kenalan dan beramah mesra. Sepanjang perjalanan itu juga, aku dan rakan-rakan berkongsi teknik dan kaedah disamping menyediakan perambut agar tidak kelam kabut di lubuk pertama nanti.
Reel Daiwa Saltist bertemu jodoh dengan joran Expert Graphite yang menjadi pertaruhan dalam trip ini.

Takat 350 degree menjadi labuhan pertama kapal kami dengan kedalaman melebihi 90 meter. Jelas kelihatan bukit bukau di dasar lautan di skrin sonar dengan bintik berwarna hijau yang padat dan menganjur ke atas menunjukkan kawanan ikan. Warna hijau tersebut adalah warna oksigen yang berada dalam gelembung udara ( bladder ) ikan dan menurut Kapten Din, ianya adalah kawanan Ikan Sulit Tanah atau Merah Soman. Laut yang teduh memberi advantage kepada tekong untuk berlabuh sebaiknya di atas takat. Sebaik sauh melekat di dasar, jeritan Kapten Din KERJA!!!! Bergema menandakan aksi pancingan bermula. Batu ladung seberat 350 gram hingga 450 gram dari atas kapal meluncur laju ke dasar bersama hirisan umpan basung dengan iringan harapan dan doa.
Sulit Tanah atau Merah Suman menjadi habuan pertamaku.


Aku tidak menanti lama untuk mendapat sambaran pertama. Seekor Sulit Tanah sebagai pembuka aksi menjadi pembakar semangat kepada rakan-rakan yang lain. Selepas itu, aku berterusan menaikkan Kerisi Bali seolah-olah petang itu adalah milikku. Strategi karauan pantas dan sedikit memaksa menyebabkan banyak ikan pelbagai saiz jadi mangsa.Memang menjadi peganganku, setiap saat ketika ikan tengah galak tidak boleh dibazirkan begitu sahaja.
Tuan Ikhbal dengan Kerisi Bali pertama untuk aksi laut dalamnya. Usahanya untuk mendapatkan 'feel' sentapan ikan akhirnya berjaya diperolehi.Tahniah untuknya.
Aksi-aksi Tuan Ikhbal bertarung sambil berdiri memperlihatkan semangat dan keseronokkan yang mulai dinikmatinya.

Joran 'stand up' memang sepatutnya diaksikan sambil berdiri. Joran klasik ini amat bersejarah kerana pernah mendaratkan Amberjack seberat 25 KG sekaligus meraih jack pot kapal berjumlah rm 1000

Walaupun begitu,rakan-rakan lain juga, mendapat habuan masing-masing di takat 350. Arus yang agak lemah ketika itu, tidak merangsang ikan agar aktif lebih lama di dasaran. Apabila ia berhenti merampas umpan, suasana kembali sepi. Keadaan ini tidak dibiarkan lama oleh kapten Din.
Kerisi Bali bersaiz sedap menjadi pelanggan tetap kepada pemancing petang itu.Kudrat Kerisi Bali memang tidak dinafikan kekuatannya.

Keindahan saat senja yang melabuh tirai tanpa sebarang halangan vision sentiasa menjadi imbauan setiap pengail agar datang lagi untuk mendekati, mensyukuri dan mengkagumi ciptaan Allah.

Kami berpindah ke lubuk 360 untuk bemalam. Namun,ketiadaan arus menyebabkan suasana malam yang panjang sunyi sepi dengan geletakkan ikan di lantai bot. Hanya suara rakan pancingan yang bergelak ketawa dan bunyi generator menjadi halwa telinga disamping mata sentiasa mengerling joran yang setia bertugas sepanjang masa. Mana la tau, tetiba membongkok maksima!!hehehe.
Guru Jamlee yang rajin berjaga malam dihadiahkan dengan seekor Sulit Tanah.

Anak Keratang yang juga diperolehi malam pertama trip ini menjadi pembakar semangatnya untuk terus bertahan dan berusaha.

Keratang seberat 7 Kg menjadi tuah kepada pemancing baru untuk meraih jack pot rakan-rakan. Semoga ia akan\ menjadi pemangkin agar lebih rajin turun di masa hadapan.Tahniah

Nantikan gambar yang lebih hebat dalam sambungan artikel ini di bahagian 2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan