Pemilihan tarikh sememangnya tidak boleh diabaikan jika hendak menduga laut dalam.Ianya penting dalam mencerahkan peluang untuk mendapatkan sesebuah trip yang berjaya dari segi tangkapan dan kepuasan berada di lautan.
kita sedia maklum, keadaan laut bergelora sudah pasti menyukarkan dan menghadkan jumlah masa pancingan anda. Sebaliknya, masa banyak dihabiskan dengan bantal akibat pening, mabuk dan kepenatan.Oleh itu, teliti dulu tarikh dan keadaan cuaca sebelum mengadakan sesebuah trip.>Sebaik-baiknya, pilihlah awal bulan melayu bermula dari 03 hingga 07 dan hujung bulan melayu dari 21 hingga 27 kerana arus tidak terlalu lemah dan tidak terlalu deras. Ketika itu, batu ladung bersaiz 250 gram cukup memadai untuk membawa umpan ke dasar (bergantung kepada kedalaman). Ikan juga dikatakan amat aktif dan galak memakan umpan terutamanya jenis pelagic seperti Tenggiri.
Pilihlah musim-musim laut teduh yang kebiasaannya bermula dalam bulan April hingga jun. Cuma, dalam era pemanasan global ini, cuaca sekarang amat sukar di ramal. Bulan teduh pundibadai ribut. Contohnya , trip kami 5,6 dan 7 june tempohari. Laut amat teduh dan membahagiakan.Semua pemancing merasa seronok dan puas memancing. Namun, Isnin petang kami sampai ke jeti, satu trip rakan dari Papar bertolak ke 360. 2 hari 2 malam mereka dilambung badai.Cuma hari ke 3 saja laut agak teduh. Rezeki masing-masing lah kan. So, berkenaan cuaca, no komen dan bedoa lah banyak2 agar laut teduh ketika anda berada di laut.
Khamis, 24 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan