Apa kriteria kekili yang anda mahukan?
Nasihatku, Janganlah terlalu terpengaruh dengan pemancing yang menampilkan kekili mewah mereka seperti yang selalu ditonjolkan dalam DVD. Mereka adalah pemancing yang loaded dan berada sehingga mampu melakukan trip memancing ke luar Negara. Selayaknya mereka menggunakan kekili dan joran mahal sebegitu bersesuaian dengan spesis sasaran bersaiz bagak yang kebanyakannya terdapat di luar Negara.Kalau sekadar ke luar Negara untuk ngail sembilang…apa hal nye brooo!hehehe.. Lagipun mereka adalah pemancing jenis sukan. Lebih kepada sport fishing dengan amalan CNR.
Bagiku, peralatan yang sesuai perlu digunakan mengikut kawasan memancing anda. Tidak perlu memiliki kekili terlalu mahal yang selalu dan akhirnya menjadi tujuan untuk bermegah-megah. Alih-alih, kekili cap ayam juga yang menang jackpot..hehehhehehe..Apapun, Itu pun sebenarnya masih bergantung kepada kemahuan anda. Jika anda mahu sesuatu yang extreme dan ada duit berlebih-lebihlah pulak, tidak salah memiliki kekili yang mahal dan mengikuti trip memancing ke luar Negara….asalkan ada cash bahhhh…kalau credit card, ada kan dibayar bulan-bulan tu.
Oleh itu, menitikberatkan kesesuaian kekili dan joran dengan persekitaran memancing anda adalah yang sewajarnya.
Di sini, perairan Kuala Penyu, Kota Kinabalu, Kota Belud, Kudat dan Pitas masih memberikan hiburan yang baik dari segi tangkapan kepada pemancing seperti kita. Asalkan kita tahu cara, bila dan dimana, pasti berbaloi. Purata kedalaman laut di lokasi yang ku sebutkan tadi selalunya di antara 40 meter hingga 120 meter. Lubuk melebihi 200 meter hanya baru diterokai sejak tahun lepas dan kena betul-betul ngam timing untuk menuai hasil. Rata-rata lubuk ini dihuni oleh pelbagai spesis ikan sasaran. Oleh itu, penggunaan kekili dan joran yang sesuai akan memberikan kelebihan kepada anda sama ada dari segi tangkapan, mahupun kepuasan.
Kekili 2 speed pertamaku. Shimano TLD 20 II speed yang hangus dalam kebakaran 2007
Dewasa ini, tedapat pelbagai jenis kekili sama ada dari jenis mendatar(spinning) ataupun menegak(multiplier) di pasaran yang boleh diharap. Jika anda seorang beginner, pembelian kekili dan joran sewajarnya mengikut budget atau kemampuan anda berbelanja. Sememangnya kos persediaan memancing ke laut dalam agak tinggi berbanding pancingan pantai ataupun muara. Namun, jika hendak mencebur diri, kena bersedia untuk melabur wang ringgit anda. Cuma, jangan sampai bergolok gadai dan mengenepikan perbelanjaan rumahtangga. Untuk itu, sebaik-baiknya, belilah secara perlahan-lahan dengan bimbingan serta panduan dari rakan anda yang berpengalaman ke laut dalam dan boleh memberi nasihat yang betul.Ingat!..nasihat yang betul. Target kekili yang menjadi pilihan, runding tauke untuk simpankannya contohnya selama 3 bulan tengkujuh dengan cuaca yang tidak sesuai untuk memancing,, bayar deposit dan dalam tempoh 3 bulan selanjutnya (Tak guna beli terus jika hanya untuk disimpan di rumah anda selama 3 bulan), anda berjaya memiliki sebuah set laut dalam yang boleh diharap, melainkan anda ada duit lebih dan jenis membeli tutup mata..hehehehe.
Kekili pertamaku ke laut dalam hujung 2002. Shimano TLD star drag 40.Single speed saja.
Kekili sebaik-baiknya dari jenis mutiplier 2 kelajuan yang boleh memuatkan lebih dari 300 meter tali sulam bersaiz antara 50 lb hingga 80 lb bergantung kepada kedalaman spool kekili anda. Aku pernah terserempak dengan seorang kaki pancing yang agak ‘berlagak’ di salah sebuah kedai pancing di KK yang membawa seorang kaki pancing baru untuk membeli peralatan laut dalam. Dengan confidentnya, dia memilihkan Shimano Torium (memang sesuai) tetapi di isi dengan tali sulam power pro bersaiz 30 lb!!alamak..hehehe...agaknya kalau kena amberjack belasan kilo, apalah cerita. Aku tak berani dan segan nak mencelah.Maklumlah, ‘otai’ tersebut bercakap penuh sekedai mendengar akan kehebatannya di laut dalam. Lebih malang dan lawak, dia pilihkan kaki baru tu joran untuk spinning sedangkan kekili adalah multiplier. Biar betul..Ni yang aku tak tahan nih, kaki baru tu blur dan innocence…kesian dia.Mujurlah tauke kedai berani memberi pendapat.Ada-ada saja manusia ni.
Daiwa saltistku yang telah hangus dalam kebakaran 2007. Penggantinya juga kekili yang sama dengan saiz yang sama.
Oleh itu, membeli set baru perlu berteman yang boleh memberi pendapat betul dan jangan malu untuk bertanya. Fahami setiap ciri-ciri kekili yang ditampilkan dan paling penting, apa kesesuaiannya dengan anda!Sebagai permulaan yang tidak merugikan anda, pilihlah kekili dari jenama Shimano dan Daiwa berharga di antara rm 400 hingga rm 700. Itu sudah cukup menyakinkan anda untuk bertempur dilaut dalam. Contohnya Shimano Torium dan Daiwa Saltist.Pilihan terhadap jenama lain adalah bergantung kepada diri anda, namun sejak dahulu lagi, aku tetap menaruh kepercayaan penuh terhadap dua jenama ini. Ianya tahan lama selagi anda tahu menjaga dan rajin untuk servisnya. Selepas itu, aku percaya, kekili pertama anda akan menjadi yang kedua setelah anda mula tahu keinginan sebenar anda dalam dunia pancingan laut dalam.
Torium memang pilihan sesuai untuk begginer.Harganya berpatutan dan spool yang dalam boleh memuatkan banyak tali sulam.
Dewasa ini, kekili generasi baru menampilkan aspek dua kelajuan yang amat berguna dalam pelbagai situasi. Kelajuan pun semakin bertambah sehingga ada yang boleh melakukan putaran 7:2:1…memang hebat! Sebagai permulaan, tidak perlu membeli kekili yang terlalu mahal. Ikutlah kemampuan anda. Kekili pertamaku dalam tahun 2002 dari jenis Shimano TLDstar 40, single speed dan hanya berharga rm 245 sahaja ketika itu, pun masih mampu menewaskan banyak kerisi bali, amberjack dan tenggiri. Manakala Shimano TLD20 2 speed merupakan kekili 2 kelajuan pertamaku.Itupun hanya mampu dmiliki kalau tidak silap hujung tahun 2003 ketika itu baru berharga rm 825. Oleh kerana terdapat banyak pilihan bagus dalam pasaran sekarang, aku sarankan sekali lagi, belilah mengikut kemampuan dan kemahuan anda.Mungkin kita hanya akan turun ke laut dalam beberapa kali sahaja dalam setahun mengikut cuaca dan musim. Dalam tempoh itu, kelahiran banyak kekili baru dengan ciri-ciri yang lebih mantap, terkini dan reka bentuk yang menarik pasti akan sentiasa menggoda anda. Kekili juga seperti kereta, akan ada inovasi dalam pembikinannya.
Baru 2 kali turun ke laut dalam, prestasinya memang mempersonakan.
Setelah beberapa tahun berehat dari laut dalam dan kembalinya aku ke laut dalam lebih ke arah untuk mencapai kepuasan maksima dalam pertarungan dengan ikan bersaiz sederhana berat. Jika sebelum ini, saiz belasan kilo, malah pernah puluhan kilo menjadi impian yang berjaya dicapai, kini aku lebih suka ikan bersaiz di bawah 10 kg. Sedap dimakan dan perlawanan tidak terlalu lama serta kurang memenatkan. Namun, kalau terkena yang bagak..hehehe..apa boleh buat.Layan aje laaaa!
Mungkin ini juga akan menjadi kekili kedua..hehehehe.
Untuk itu, aku lebih suka kekili multiplier bersaiz compact/kompak. Daiwa saltist generasi baru menjadi pilihan.Ianya ringan namun amat berkuasa. Ianya seimbang dan solid.Kecil tetapi laju dan pantas berbanding kekili dalam kelasnya. Ia juga mempunyai dua kelajuan dan drag tolakkan yang lebih mudah dikendalikan. Saiznya yang kompak dan ringan membenarkannya sentiasa berada di dalam gengamanku ketika beraksi agar lengan dapat refleksi secara langsung dengan sentapan ikan. Nisbah putaran gelendung yang tinggi membantu menewaskan ikan santapan dengan lebih pantas dan berhemah. Dan apabila terkena yang bagak, lagi syok perlawanan!hehehehe. Memang ini lah yang ku kehendaki.Setakat ini, kekili ini adalah yang terbaik dalam budgetku.Akan datang, Braided atau Mono?
Selasa, 29 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
lu mmg terbaik bro..bookmark la page nih..
BalasPadamteruskan dengan mengarang dan memberikan info2 yg lain2 lagi..tq
mantop bro...
BalasPadam