Ada banyak kapal yang menawarkan perkhidmatan memancing laut dalam di Kota Kinabalu. Sebaik-baiknya anda mencuba semua kapal yang ada untuk mengalami sendiri perkhidmatan yang ditawarkan. Selepas itu, pilihlah yang terbaik untuk group anda. Pastikan kapal tersebut mengutamakan aspek keselamatan dengan menampilkan ciri-ciri yang dikehendaki. Contohnya, jaket keselamatan hendaklah diletakkan di tempat yang mudah dicapai jika berlaku kecemasan. Saya sering terjumpa jaket keselamatan yang dibungkus dan diikat oleh pemilik kapal dan jaket keselamatan yang sudah terlalu uzur serta lunyai. Badan kapal juga hendaklah kukuh dan boleh menahan hempasan ombak kuat. Ditakuti, kapal akan terlanggar balak ketika berpindah lubuk di waktu malam. Elakkan kapal yang selalu mengalami masalah enjin, generator, sauh dan pam air. Ianya membuat anda sentiasa resah ketika berada di tengah lautan dengan enjin kapal yang tidak steady. Kejadian enjin mati atau sukar dihidupkan ketika dibadai ribut adalah satu scenario buruk yang membuatkan anda cemas.Keyakinan juga akan menurun.
Kebersihan penyediaan makanan oleh tekong dan awak-awak juga perlulah dititik beratkan. Saya sering menyaksikan awak-awak menyiang ikan atau ayam dilantai kapal. Dah lah tempat orang lalu lalang, air yang melimpah dari tandas lagi..alahai, sepatutnya hormatilah bakal makanan yang hendak memasuki perut. sampai sekarang saya banyak bawa bekal makanan dalam tin. Dan lagi, awak-awak yang tengah menyediakan makanan tanpa baju dan tangan yang kotor juga boleh merencatkan selera makan. Memang aku tabik habis kepada rakan-rakan pancing yang berselera makan..hehehe..tabik bro!!.
Elakkan mengikuti kapal yang bukan beroperasi untuk memancing semata-mata. Jika tidak, group anda hanya akan membayar kapal untuk mereka mencari lubuk semata-mata untuk diulangi mereka di masa lain. Selain itu, kelengkapan asas untuk meletak joran juga tiada. Group kami pernah kena di Kuala Penyu. Kapal yang diikuti adalah milik tauke yang kerjanya mencari ikan untuk dijual. So, kami sewa dengan andaian tekong tentu membawa kami ke lubuk baik. No way bro! dia tak akan bawa kami ke lubuk cari makannya, malahan kami dibawa meneroka lubuk baru.Yang bikin marah, kapal hanya dilabuhkan sekejap sahaja di lubuk yang memberi sambutan meriah.Lepas tu chow.alasan, sauh susah mau lekat!Nak marah, kami hanya 5 orang berbanding 7 orang mereka.bangsa asing lagi tu..diam-diam aje lah. Duit kami hanya untuk bayar kapal dan minyak untuk mereka. Itu lah kali pertama dan terakhir kami menaiki kapal itu.
Tekong yang bagus digabungkan dengan kapal yang bagus dalam pelbagai aspek adalah yang terbaik untuk anda. Pilihlah Tekong yang prihatin dan rajin berpindah lubuk jika tiada sambutan. Tekong juga harus mendengar permintaan pemancing bukannya ikut suka hatinya sahaja. Tekong juga seharusnya rajin membantu pemancing menaikkan ikan ke dalam kapal dan membuka tali pancing yang berkulut. Tekong yang baik juga boleh memberi cadangan lokasi yang sesuai. Elakkan tekong yang panas baran, tidak ramah, pemalas, banyak tidur, suka membebel dan pelbagai lagi. Malangnya, hampir semua tekong dan awak-awak di kk ini memancing ketika pemancing tengah beraksi. Tu yang tidak sepatutnya. Awak-awak boleh memancing jika tiada pemancing beraksi atau tidak menganggu pemancing lain. Apa yang berlaku, ada dikalangan awak-awak menggunakan tali tangsi dengan batu ladung yang agak ringan. Akibatnya, tangsi mereka akan mengganggu tali pemancing lain. Banyak masa terbuang disini untuk meleraikan simpulan. Siapa yang rugi?pemancing jugak lah yang rugi.Ikan tengah frenzy, kawan pulak sibuk meleraikan kulut dengan tangsi awak-awak.Alahai, merana badan.hehehehe..ada lagi bro.
Khamis, 24 Jun 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
moral of da story....,pakat ler ramai2 beli@buat kapal pancing sendiri,....satu pelaburan yang menguntungkan kepada pemancing dan rakan serta kaum kerabat pemancing,...latih nakhoda orang kitani sendiri,.,.,.,kitani kan 1 malaisiya....laut kita hak kita,....jangan biar dibom@racun hasil laut kita..
BalasPadam