Kirung yang menyambar di lewat pagi
Hanya kami berdua sahaja untuk trip terkejut tanpa perancangan ini.Selepas membeli petrol secukupnya, menukar pakaian kami memacu ke jeti dan memunggah barangan. Selanjutnya, bagang berhampiran menjadi destinasi.Kali ini, laut agak teduh dengan alun kecil. Namun, arus agak deras dan umpan agak daif.Oleh itu,sessi pancingan memang tidak akan lama. Lagipun, sambutan dari penghuni dasar juga agak sepi.
Kira-kira pukul 1.00 pm, acara pancingan ditamatkan. Kami berdua kembali ke muara untuk acaran selingan.Ikan Bebaji dan Kerisi menjadi pilihan untuk diletakkan di atas para.Hehehehe..lapar sungguh.
Pondok yang disediakan untuk para Nelayan menjadi tempat teduhan kami dalam acara menyalai ikan. Tempat penyalaian telahpun tersedia.Baguslah, sama-sama kita menjaga kemudahan ini, agar dapat terus digunakan di masa hadapan.
Bebaji dan Kerisi yang sedang menghangatkan diri.hehehehe
Air asam limau menjadi pasangan ikan bakar kali ini. Rupa-rupanya partner memang sudah bersedia dengan kemungkinan ini.Memang kau hebat broooo!!Tak sangka dalam bab melantak, kau memang detail sungguh!!hehehehe
Hah!..apa tunggu lagi. Sila lah.Jangan malu-malu. Segar-segar ikan nih.hehehe. Jamuan seadanya yang bertaraf 2 bintang. Namun ini jauh lebih baik daripada tiada apa-apa yang disediakan di majlis sambutan hari guru. Alasannya, kerajaan tarak duit wooo!!!tarak duit jangan buat lah bro!!
Nampaknya, acara sebegini akan menjadi acara wajib di masa hadapan..Ummmm..Surui dan Berusak paling baik dibakar..hehehe..salam selingan dari Lempayun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan