Jumaat, 25 Jun 2010
perkongsian laut dalam 4:Keperluan Peribadi
Seelok-eloknya anda membawa barangan yang dirasakan perlu sahaja. Antaranya, pakaian persalinan mengikut tempoh berapa lama trip anda akan berlangsung. Sediakan sepasang outfit yang sesuai untuk memancing. Sebaik-baiknya baju berlengan panjang dan seluar panjang untuk menangkis selaran matahari di tengah laut. Selebihnya adalah mengikut keperluan anda. Elakkan membawa pakaian seolah-olah anda hendak duduk sebulan di tengah lautan. Dilarang juga membawa sebarang benda yang ada kaitan dengan pornografi, bahan memabukkan,bahan letupan dan lain-lain.sebenarnya makanan dan minuman disediakan oleh Tekong Kapal kerana ini sudah termasuk dalam bayaran sewa kapal. Namun, suka aku mengingatkan, bekalan minuman bersih amat penting untuk kesihatan anda. Aku mendapati kebanyakan kapal menyimpan bekalan air tawar mereka di dalam tong fiberglass yang diketahui memang tidak selamat untuk penyimpanan air minum. Oleh itu, jika trip anda 3 hari 2 malam, aku cadangkan bawalah mineral water sekurang-kurangnya 3 botol besar, 2 botol isotonic dan 2 kotak besar minuman manis. Memang cukup jika tidak dikongsi. Jika anda tidak berselera dengan juadah di kapal, bawalah bekalan makanan dalam tin. Cuma, risiko mabuk amat tinggi jika makanan tin anda adalah sardine. Ianya hanyir dan berminyak dan tidak sesuai kepada pemancing yang mudah mabuk. Bawlah roti, biskut dan yang penting,buah-buahan seperti buah epal dan pic. Buah ini dapat meneutralkan kandungan asid di dalam usus anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan