Isnin, 31 Mei 2010

Jarang Gigi angin selatan

Trip ini disertai oleh Faizal aka panjang dari Membakut.Rakan seperjuangan yang telah lama aku kenali ini agak bersemangat dan banyak bernostalgia. Kami telah memancing bersama sejak tahun 1997.Banyak pengalaman pahit dan manis telah kami tempuhi.Kisah-kisah lama menjadi bualan sepanjang sessi memancing ini.

seawal pagi,angin mula bertiup agak kencang. Kelihatan awan hitam disebelah Kuala Penyu dengan tirai anginnya yang sedang menuju ke lokasi pancingan kami. Tidak lama kemudian, laut mula kucah dan bot beroleng semahu-mahunya. Memang agak cemas, namun aku yakin dapat bertahan.Lagipun, kelihatan beberapa buah bot lain juga sedang bertahan.Malangnya,rakan karibku ini menyerah dengan kerancakkan liukkan Bot. Akhirnya, beliau tumbang, mabuk peringkat pertama. Pancing diletakkan ke sisi bot dan dia mula baring sambil bercerita.Ketika itu,sambutan ikan di dasar amat menggalakkan. Pelbagai spesis berjaya ku daratkan termasuklah Jarang Gigi bersaiz boleh tahan.Keadaan berombak itu seiring dengan kerancakkan ikan menjamah umpan.Adakalanya, kedua-dua joranku tunduk menyelam ke dalam air.

Acara makan-makan di bawah pokok bakau yang redup, memang nyaman dan selesa.Bekal yang dibawa dari rumah menjadi hidangan tengahari yang bertambah lazat dalam keadaan perut lapar.

Jarang Gigi atau di semenanjung digelar Selewak (kalau silap sila betulkan)digelar kerana tiga taringnya di mulut hadapan.Daya juangnya memang boleh tahan.mengejutkan dengan junamannya.Namun tenaganya tidak lama dan hanya mengikut karauan jika telah letih.

Isinya tawar dan tidak sedap dimasak rebus atau ampap. Ianya hanya sesuai dikeringkan sehari dan digoreng.

Angin selatan yang agak kencang dan permukaan laut yang bertambah kucah tidak mengizinkan kami untuk berada lama di laut.Akhirnya,kami menongkah ombak menuju muara untuk berlindung dan menamatkan trip.Apa-apapun,keselamatan diutamakan.Jangan jara panjang!

Sabtu, 29 Mei 2010

Pesta Kerisi Bagang

Trip bagang ini disertai oleh Ali dari Membakut.Seorang rakan yang sepatutnya ikut, menarik diri di saat-saat akhir.Oleh itu, hanya kami berdua meneruskan perjuangan. Pukul 6:10, kami tiba di Bagang danAli pertama kali memanjat bagang kelihatan agak gayat..hehehe.Nasib baik semangatnya kuat, jika tidak..alamat bergayut lah di tiang bagang sampai petang.hehehe. Beruntungnya kami pada masa itu, temanung baru diperolehi sebagai umpan.Umpan segar ini pastinya menarik selera ikan.

Bagang kedua meninggalkan kenangan pahit kepada kami berdua. Aku kehilangan satu set kekili dan rod apabila ia diterjunkan oleh ikan bagak yang tidak diketahui spesisnya ketika aku tengah meleraikan tali jaulku yang berpintal..Yeppppeyyy!!!..aku hanya mampu memandangnya semakin menghilang ke dasar laut. Tidak lama kemudian, kesilapan Ali yang mengangkat joran hampir 90 degree ketika sangkut menyebabkan jorannya menjadi 3 piece..hehehe..sabar Li..Hanya di bagang ke tiga, pesta Kerisi kami bermula. Keadaan taruk makan,taruk makan berlangsung selama 30 minit..perrgghhh!!!memang ho liau!Saiz Kerisi yang ditangkap amat memuaskan hati. aku dapati, Kerisi bagak rancak menyerang di awal pagi hingga pukul 9:00 am kemudian ia akan senyap dan kembali selepas pukul 11:00 am. Selang masanya, anak-anak Kerisi menjadi pelanggan setia. Dalam trip ini, sebanyak 44 ekor kerisi pelbagai saiz berjaya didaratkan. Puas lah ini kali makan ikan goreng..hehehe

Hasil yang agak memuaskan dari bagang bermula pukul 6.00 am hingga 12:20 pm.Ikan Putih, Temanung,kirung2 dan Rumahan adalah tangkapan konsisten di Bagang. Bahagian ini di hantar ke rumah Mama untuk di ampap.selera orang tua...hehehe..ikan segar ma.Cuma aku masih tertanya-tanya,bila gerangan gerombolan Kirung-Kirung Kadal akan menyerang Bagang?tak sabar aku menanti.sekian.

Jumaat, 28 Mei 2010

Trip bagang air pasang besar

Wesak day, bertolak lewat dari jeti kira-kira pukul 6:15 am agak meresahkan dengan ketiadaan umpan. Namun, syukur dengan RahmatNya, umpan anak Rumahan di perolehi dari bagang Mandahan.Labuhan di bagang pertama langsung tidak memberikan hasil.Kami berpindah ke bagang kedua yang kelihatan tidak beroperasi semalam.Namun, fuyooooo..sambutan di bagang ini amat hebat dengan penghuninya yang bersaiz agak kasar seperti ikan Putih dan Kerisi.Todak aka Bruce Lee juga kembali menghiburkan kami.Namun, jumlahnya tidak sebanyak dalam bulan Mac.Sudah lama tidak menggoreng Bruce lee nih.

Tay terlebih dahulu melayan kehadiran Berusak dengan aksi pelampungnya. Dengan umpan anak Rumahan seekor, tidak perlu lama menunggu sambarannya. Saiz yang besar mampu menyeksa kudrat kekili aksi ringan.Apapun, yang penting adalah..best woooooo!!!

Saiz yang mengujakan dengan aksi melawannya yang agak degil. Melayannya dengan peralatan aksi ringan amat menyeronokkan.

Ikan putih yang bersaiz sedap amat ligat mematuk umpan hirisan anak ikan Rumahan.

Kerisi bersaiz besar dan sedarhana memang sedap digoreng dan Kirung2 Kadal yang sekian lama diimpikan tiada cara lain selain ampap!hehehe

Air pasang besar dan pergerakkan arus yang agak laju menyebabkan ikan aktif di awal pagi. Getuan ikan berkurangan selepas jam 9:00 am namun kembali galak apabila menghampiri jam 11:00 am. Namun trip terpaksa ditamatkan lebih awal memandangkan alunan suara mengaji dari Masjid mula bergema hingga ke tengah laut.Ketika itu, ikan Putih bertambah galak mematuk umpan..ujian nih..hehehe..tinggalkan aje..Insyaalah ada rezeki di lain trip.sekian

Selasa, 25 Mei 2010

gamitan nostalgia

Baru-baru ini,hujan lebat yang turun sekian petang telah menyebabkan parit suak di belakang rumah dilimpahi oleh air. Pagi itu, Mama ku yang mengambil lemiding di tepi terusan yang melalui sawah padi ternampak kelibat spesis ini. Tanpa bertangguh dia kembali dengan joran yang dipinjam dari jiran sebelah. Dengan berumpankan cebisan udang kertas, satu persatu spesis ini di daratkannya. Darah pengail yang sekian lama mengalir dalam urat sarafnya, kini rancak mengelegak seiring dengan setiap sentapan yang dilakukan. Matahari yang mula meninggi, menyebabkannya berhenti.Petang itu aku bergegas ke rumah di kampung untuk sama-sama menikmati saat nostalgia itu. Selepas hujan lebat berhenti, kami adik-beradik melabuhkan joran dan berjaya mendaratkan karuk satu-persatu. Petang itu saja, lebih 30 ekor karuk berjaya ditangkap. Namun semuanya dilepaskan kembali kerana saiznya yang agak kecil.
Karuk @ Puyu

Spesis ini pernah menjadi hiburanku semasa kecil. Spesis ini juga yang memberikan aku pengalaman bersama makhluk akuatik. Dengan berjorankan sum-sum sepanjang 7 hingga 8 kaki, bertangsikan fisherman 8 lb dan matakail saiz 4 atau 6, aku sering mengikut sifuku ( Mamaku ) meneroka paya, lopak dan suak yang terdapat di persekitaran. Antara lokasi yang pernah aku kunjungi termasuklah Penapak, Parit Si Bagul, Regesen, Gentua dan yang paling popular adalah Durian Kuning. Tiada jalan mudah untuk ke lokasi ini selain berjalan kaki.
parit yang digenangi air menjadi kawasan permainan karuk

Sewaktu itu, emakku masih lagi gagah dan tega berjalan kaki, aktiviti mengail karuk biasanya disertai oleh rakan-rakannya seperti Tangah Dumil, Tangah Banun, Mama si Campa, Arwah bini Hj. Pani, bini hj Parali, bini Hj Chali dan lain-lain. Sambil menjinjit joran dan belatak(bakul anyam), aku yang setia membuntutinya sering tertinggal di belakang kerana merasa terhibur dengan suasana alam semulajadi di awal pagi.Suasana yang sejuk,berkabus dan nyaman serta rumput yang masih basah dek embun semalam masih segar dalam ingatan.sesekali, kumpulan burung Punai melintas atas kepala menuju lubuk rezeki mereka.Perjalanan dihiburkan dengan kicauan burung dan sesekali kuakkan kerbau.Tambahan lagi, lastik dan batu menjadi senjataku. Perjalanan pulang pula biasanya akan menjadi sedikit lambat untuk mengutip sayur pucuk paku atau lunggah,lemiding dan pucuk ubi yang banyak terdapat di sepanjang perjalanan. Ianya sudah pasti akan menjadi sebahagian juadah tengahari.
generasi yang tidak sempat merasai pengalaman mengail karuk dalam trip yang jauh

Bekalan minuman yang pastinya kopi pekat dan sedikit kuih muih menjadi alas perut untuk sessi pancingan karuk yang biasanya akan berakhir sebelum tengahari. Kebiasaannya, lokasi seperti Durian Kuning memberikan hasil tangkapan yang amat lumayan.Karuk, Keli dan Jalak memenuhi belatak malah ada yang terpaksa dikendong dalam kain sarung Mama ku. Oleh itu, sessi akan berakhir awal kerana tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu mengkehendakinya berada di rumah sebelum tengahari untuk menyiang karuk dan menyediakan makanan tengahari untuk keluarga. Saat menghadapi juadah yang terdiri dari karuk dimasak pipisan, lunggah rabus piasau campur ikan masin dan nasi dari beras kampung atau padi 6 bulan yang berasap menjadi kenangan yang amat berharga. Kini, Mamaku sudah semakin tua dan tidak sekuat dulu untuk berjalan jauh mengail karuk.Hujan yang amat rahmat itu telah menghantarkan sekumpulan karuk berhampiran rumah untuk menjadi hiburannya. Syukur Alhamdulillah. Malangnya, generasi kini ramai yang tidak berminat dengan pancingan karuk. Malahan rata-rata tidak pandai makan apatah lagi memasak spesis ini. Biarlah semua itu menjadi kenangan yang amat berharga antara aku dan mamaku.salam dari Lempayun.

Ahad, 23 Mei 2010

bagang lagi

Trip ke bagang ini berlainan dari kebiasaan kerana kami telah berada di pangkalan sekitar jam 5.40 am. Sinar matahari sudah mulai timbul di sebelah banjaran Crocker. Tanpa membuang masa, enjin dan segala peralatan dipindahkan ke dalam bot. Selanjutnya, bot dipacu laju menuju bagang terdekat untuk mendapatkan umpan.Umpan Bilis yang diperolehi bersaiz kecil dan agak lembut. Saiz begini adalah yang paling bernilai di pasaran.

Sambutan di bagang pertama agak dingin di awal pagi. Setelah berpindah ke bagang ke 4, umpan bilis kami mula mendapat sambutan pelbagai spesis. Kerapu dan Kerisi mendominasi tangkapan di awal pagi. Kelibat Temanung, Rumahan dan Putih belum kelihatan sehinggalah kami berpindah ke bagang yang agak jauh ke tengah.

Seekor ikan Selidai yang sudah lama tidak muncul menjadi habuan joranku. Sentapan dan lariannya agak kuat dan meliar. Spesis ini banyak dikaut oleh pengusaha bagang awal tahun 2000.Kini, jumlahnya amat jauh berkurang.

Juan mendahului acara di bagang laut dengan seekor anak Menokok aka GT. Memandangkan dasar berhampiran bagang dipenuhi dengan tinggalan bagang yang telah roboh, aku mula menurunkan jig ringan. Setelah beberapa kali, jig sangkut dan menjadi tukun..alahai...

Harga ikan Rumahan di Pasar Papar hanya RM 5 sahaja manakala harga Kerisi pula RM 10.hehehe..Kerisi yang ku perolehi dalam trip ini melebihi 2 kg..boleh tahan..tapi dimakan lagi sedap wooo. Belah, sumbat kunyit..pastu goreng.Memang Ho Liau!!

Tangkapan diasingkan mengikut spesis agar dapat memudahkan giliran untuk dimasak.

Hanya seekor Kerapu table size berjaya diperolehi.

Kesimpulannya, pergerakkan arus masih tidak menentu. Bot hanyut ke laut lepas tetapi tali pancing mengarah ke darat. Namun begitu, sambutan minggu ini lebih bagus berbanding minggu lepas.Kami bertolak kembali dari bagang pada pukul 1:45 pm. Memang agak lewat, namun agak berbaloi. Jika patukan ikan semakin rancak, ada kemungkinan perjalanan kembali ditangguhkan hingga pukul 5 pm.hehehehe

Isnin, 17 Mei 2010

peralatan dan teknik pancingan bagang


Untuk menduga penghuni bagang, peralatan pancing yang digunakan adalah bergantung kepada jenis ikan yang diburu. Untuk melayan ikan-ikan kecil seperti Temanung, Kirung-Kirung, Kerisi, Rumahan, anak-anak ikan putih, Gerunggung dan lain-lain lagi, set pancing tidak perlu sasa. Penggunaan kekili tugas ringan yang dimuatkan dengan tali sulam bersaiz 20 lb dan joran berkekuatan 10lb hingga 25 lb sudah cukup memadai untuk menikmati perlawanan. Panjang joran sebaik-baiknya jangan melebihi 5 kaki. Joran yang panjang akan cepat melenguhkan tangan dan bahu ketika bertarung dengan ikan bagak. Penggunaan joran yang terlalu ‘karau’, menyebabkan perlawanan dengan ikan tidak dapat dinikmati sepenuhnya. Kaedah pancingan menggunakan appolo lazimnya dipraktikkan oleh semua pemancing. Appolo buatan sendiri kepada yang rajin dan kreatif dan appolo dari kedai yang bersaiz 10, 12 dan 14 dari jenama Sabiki, Samurai, fire eagle dan Figo amat popular digunakan. Ianya amat sesuai untuk kebanyakan jenis ikan. Saya akan menggunakan appolo bersaiz 14 jika musim Gerunggung menyerang. Manakala saiz 12 amat sesuai untuk ikan Temanung, Rumahan dan lain-lain lagi. Jangan risau akan kekuatannya kerana jika kena semua matakail, ikan besar pun boleh naik. Cuma perlawanan akan lebih panjang dengan teknik meletihkannya terlebih dahulu. Seperkara lagi, semua jenis appolo tadi adalah dari jenis pakai dan buang. Sebabnya, ia mudah berkarat dan mudah patah.selamat membagang..hehehe

Trip bagang yang sepi

Seperti biasa, Ahad digunakan untuk beriadah di bagang. Seawal pukul 6:ooam, kami dah pun bertolak. Malangnya ikan bilis yang diharapkan untuk menjadi umpan tidak diperolehi. Nasib baiklah anak-anak tamban menjadi pengganti.Kami terus meneroka bagang-bagang di sebelah mandahan.Keadaan laut amat teduh, begitu juga arusnya.alahai..sah ikan kurang mematuk nih.
Juan dengan Kerapu cantiknya berhampiran tiang bagang.

Banyak ruang kosong ketika tiada patukan ikan, masa dihabiskan dengan nyanyian-nyanyian sumbang semata-mata untuk menghiburkan hati. Memang bosan wooo.Aku pula,gigih dengan aksi light jigging tanpa sebarang sambaran.
Tay dengan Lapih aka sweetlip yang berjaya menghilangkan batu ladungnya.Apapun, berbaloi dengan tangkapan sebegini

Kami mengakhiri trip selewat 1 pm,disebabkan tangkapan yang masih belum memadai.Faktor pergerakkan arus yang kurang dan kejernihan air mempengaruhi keaktifan ikan menyambar umpan. Aku hanya berjaya membawa pulang Kerisi, Rumahan, Temanung dan Lumading berbanding rakan-rakan yang agak hampa dengan hasil tangkapan.Kali ini, acara makan-makan dilangsungkan dibawah garaj perahu kerana risau keadaan awan gelap yang boleh memuntahkan hujan bila-bila masa. Jika makan dibawah rimbunan pokok bakau, abislah nasi berkuahkan air hujan.

Ahad, 9 Mei 2010

Trip Tanggulian yang sepi

Seawal 6:00 am, aku dah menanti Tay di Pekan Membakut. Kami ke lokasi dengan menaiki sebuah kereta. Sebelum itu, bekalan makanan dibeli secukupnya di Tamu Membakut.Di Kg Purun, survivorcaster menanti kehadiran kami.
Ungah yang berminat dengan gewang selaman dalam Tay

Acara casting dimulakan dengan penuh semangat. Lubuk-lubuk yang kelihatan berpotensi diserang bertalu-talu. Akhirnya, Tay mendapat lesen Tangguliannya.Atas keputusan bersama, Ianya dilepaskan kembali ke habitat asal. Semoga ia membentuk koloni yang lebih besar di masa hadapan.

Tak percaya?tengok lah ia berlalu pergi.Tahniah kepada Tay dan teamlempayun.

Kesimpulan, keadaan air yang agak keruh menjejaskan selera Ungah dan ikan lain. Ianya berpunca dari hujan lebat dari sebelah Nukahan.Dah lah keruh, sejuk pulak tu. Sementelah, air yang tidak bergerak selama beberapa jam, mendorong kami untuk berehat di pondok kerana tidak tahan cuaca yang terlalu panas. Agaknya hari ni mau hujan.Oleh itu, kami menjamah makanan tengah hari sambil santai. Dalam masa yang sama, Tay yang mula bergiat dengan baitcaster, gigih berlatih untuk memperbaiki lontarannya. Memang berbakat mamat nih, hanya beberapa jam, dia mula menguasai teknik-teknik asas penggunaan baitcaster.

Akibatnya, spinning reel mula diletak ke tepi..hehehe...pasni mau cari rod la nih.Kami mengakhiri trip kira-kira pukul 3.30 pm. Awan yang mula gelap pekat menyebabkan kami bergegas kembali ke jeti Kg Purun. Walaupun hasil tak seberapa, namun kerinduan melihat renangan gewang terubat sudah. Thank u survivorcaster.Lain kali atur lagi.hehehe

Sabtu, 8 Mei 2010

Gempuran Selungsung Membakut: Kembara Kail Mei

Trip mengilat singkat yang berjaya telah disiarkan dalam majalah Kembara kail bulan Mei.

Trip yang dilakukan dari atas bot dan dari tebing menghasilkan banyak keputusan menarik.

Juan juga lah yang paling glamour.Banyak betul mukanya di dada majalah.

Lim Tat dengan kerapu sedapnya.

Memang mantap woo..

Terkini:Menara Pisa sudah tidak wujud. Mungkin ia telah dipotong oleh mat rentang. Nampak gaya, selepas ni, kena mencari lubuk baru selungsung di Membakut. Seperkara lagi, lokasi-lokasi mengilat ini khabarnya telah dipagar oleh pihak pengurusan Borneo Golf Country. Tidak pasti apakah tujuannya,agaknya untuk menyembunyikan sampah-sarap. Oh ya, jangan lupa dapatkan majalah Kembara Kail bulan Mei untuk mengikuti cerita keseluruhan Gempuran Selungsung Membakut.salam dari Lempayun

penyeri dunia


f5.6, Iso 200 dan shutter 1/40 menyerlahkan tumbuhan ini.

setelah sekian lama

Komitmen lain menyebabkan set pancingan bagang lama diperap di belakang almari. Akibatnya,garam semakin keras kehijauan melekat di ring guide. Kekili semakin berat dikarau.Braided semakin rapuh.Appolo tidak kesedaran habis dalam peti.
Ikan putih yang banyak menjadi habuan peti ais nya yang telah lama tidak mencium bau ikan.

Akhirnya,pagi sabtu tadi, aku dan bradah bertolak ke bagang. Beliau bernasib baik kerana laut teduh.Malangnya, kami tidak sempat mendapat bilis untuk dijadikan umpan. Apalagi, acara menjigging anak-anak Temanung dan rumahan pun bermula dengan gigih.
Ikan putih yang bersaiz sedap menjadi habuan utama kali ini.

disamping itu, ikan kerisi,temanung dan rumahan juga menjadi pelanggan setia yang agak banyak.sayangnya,ikan rumahan agak buntu akibat kekurangan ais yang di bawa.sebaik-baiknya terus dimasinkan oleh beliau bini..heheheh

Pukul 11.00 am, acara bagang ditamatkan memandangkan keadaan umpan yang agak kronik.sayang juga temanung besar dijadikan umpan.goreng sedap nihh..

Selasa, 4 Mei 2010

Bagang episod 1


Bagang adalah struktur binaan di tengah laut , bertiang empat dan berbentuk empat segi. Keluasannya yang lazim adalah 20x20 kaki. Bagang berfungsi sebagai alat yang dibina untuk menangkap ikan bilis semasa bulan gelap. Terdapat banyak bagang dibina di beberapa lokasi di Sabah. Contohnya, Teluk Kimanis, Kota marudu, Pitas, Tawau, Sandakan dan banyak tempat lagi. Sehingga selepas hujung tahun 1990 an, bagang mula wujud di Teluk Kimanis. Dianggarkan terdapat lebih 200 buah bagang pada ketika itu. Semenjak itu, tangkapan utama iaitu ikan bilis telah menjadi bahan komoditi utama diperdagangkan di sekitar Membakut, Bongawan, Mandahan, Kimanis dan Andus.
Di antara bahan yang diperlukan untuk membuat bagang adalah pokok nibung, bakau, buluh, tali dan guni plastik. Nibung dipilih kerana batangnya yang lurus dan panjang hingga melebihi 15 kaki. Jika dasar terlalu dalam, nibung akan disambung 2 menggunakan nat besi. Kebiasaannya, bakau dan buluh digunakan sebagai lantai. Untuk memacakkan tiang bagang, karung diisi dengan pasir dan diikat dengan tiang nibung untuk menenggelamkannya. Semakin banyak tiang, semakin kukuh ia.Nantikan teknik dan kaedah pancingan bagang dalam artikel akan datang.

Sabtu, 1 Mei 2010

Anak Tenggiri aka Lumading

Seperti biasa, perjalanan dimulakan seawal 6 am. Sebelum terlupa, happy labour day..hehehe..ulangtahun selungsung 7.9 kg ku. Kami menyambut cuti ini di bagang memandangkan keadaan sungai yang keruh teruk dan pasang besar, memang langsung tidak sesuai untuk aktiviti casting.
2 ekor anak Tenggiri aka Lumading yang tewas di bagang. 2 kali sambaran rabut disyaki Lumading menyebabkan aku kehilangan 2 matakail Owner.

Selain dari anak Tenggiri yang amat banyak berkeliaran, Temanung dan kerisi serta anak ikan putih mendominasi tangkapan. Juan juga mendapat dua kali sambaran rabut manakala Tay mendapat sekali sambaran rabut yang disyaki perbuatan Lumading. Sebenarnya, Lumading yang dimaksudkan adalah Tenggiri yang masih muda. Di perairan Sabah, terdapat dua jenis Tenggiri iaitu, Tenggiri batang dan Tenggiri Papan.Saya perhatikan Lumading lebih kepada Tenggiri papan yang masih muda.Memang ia banyak sekarang di Bagang.Mungkin musimnya.Tetapi, kenapa bapak-bapaknya tak kunjung tiba?Lain-lain spesis yang berjaya didaratkan adalah Berusak dan Kerapu.

Hasil pancingan sehingga 12.30 pm ini boleh lah memberi sumber protein selama seminggu. Layan siku di Bagang memang menyeronokkan jika tiada sebarang aktiviti boleh dilakukan. Walaupun begitu, casting sentiasa di hati...alahai...rindu betul sudah karan Ungah dan Selungsung ni.hehehe