Aksi longlai
Kami tidak menunggu lama apabila ikan di dasar mula
menyedari kehadiran kami..hehehe..Kerisi-Kerisi saja bro.alahai..purata
kedalaman laut dari 20 hingga 35 meter tidak menjanjikan sebarang strike kasar. Dasar laut
agak rata tanpa sebarang struktur. Nampak gaya, aksi bottom mau tahan hati laa ni.hehehe..
Pucung laut yang gemar mendiami dasar laut berpasir agak rakus mengejar jig dan memang tidak padan dengan saiznya. Apalagi bro, catch and release laaa.. |
Aku tidak membuang masa dan menyiapkan peralatan storm
microlight jigging pe 04-pe1. Jig seberat 40 gm dimainkan di dasar dan
pertengahan air. Sesekali jig bersambut dengan spesis ikan yang tidak
dikehendaki. Namun begitu, jigging tetap jigging. Sesekali joran bottom ditekan
oleh ikan-ikan Kerisi di dasar. Layan saja laa bro. Selepas tu sunyi memanjang.
Anak Tenggiri atau Lumading mengejar jig di pertengahan air adalah turning point untuk aku beralih kepada teknik jigcast. |
Apabila keadaan sunyi tanpa sebarang patukkan,
kami segera berpindah ke lokasi baru, juga pelantar yang berhampiran. Aksi
bottom diteruskan dan aku mengundur diri dari aksi ini apabila spesis ikan
Buntal bermaharaja lela di dasar laut. Kerakusan Buntal memagut umpan
menyebabkan ikan-ikan lain tewas dan tidak sempat merebut makanan.
Saiz begini agak ramai mengerumuni gewang yang dikarau laju. Mana laa bapak kamu semua ni? |
Aku segera meletakkan joran
bottom dan mula giat berjigging. Jigging juga tidak mendatangkan hasil
apabila aksi bottom juga memberikan keputusan yang sama. Bot berpindah lagi ke
pelantar lain untuk mencuba nasib. Kali ini aku hanya berjigging dan
mengabaikan sepenuhnya aksi bottom. Permukaan laut agak kucah dan tidak
menyelesakan. Tanpa disangka, aku strike anak Tenggiri. Ini sudah bagus!
Buntal berbondong-bondong di dasar menanti makanan percuma dari pemancing.hehehehe |
Setelah mengetahui kehadiran anak-anak Tenggiri
ini, aku segera menukar taktik dari jigging kepada jigcast. Mujurlah aku ada
membawa seketul gewang sinking untuk aksi jigcast. Tidak lama kemudian, aku
strike lagi seekor anak Tenggiri. Aksi jigcast ini amat mengujakan apabila
gewang yang dikarau laju tiba-tiba
di'checkmate' di tengah jalan! Memang best bro
Saiz peligan gewang semakin kasar apabila permukaan laut semakin kucah. |
Teknik
Kami berpindah lagi ke pelantar lain apabila aksi bottom,
jigging dan jigcast sunyi tanpa sebarang strike. Di spot baru, aku mula memberi
tumpuan kepada teknik jigcast dan langkah ini diikuti oleh adik aku sendiri.
Kami bergilir melontar gewang sejauh mungkin dan mengarau serentak supaya
larian gewang-gewang ini kelihatan kalut ketakutan dikejar pemangsa ganas. Kaedah ini
berjaya apabila Rod Tsuri Jigu Pe 1.5 Shafie ditekan hebat dipertengahan jalan.
Tali sulam dari kekili Penn Conflict mencurah-curah keluar. Strike power bro!
Tenggiri terbesar dalam trip ini dan 2 ekor lagi berjaya meloloskan diri.Ketar lutut melayan larian-larian padu meliar Tenggiri ini. |
Aku segera menaikkan gewang dan memberi peluang kepadanya
bertarung satu lawan satu. Tenggiri bertempur agak garang dan memecut ke belakang
bot. Aku bertindak segera dengan memindahkan perlawanan ke haluan bot. Selepas itu, joran dikembalikan ke tangan empunya. Perlawanan
di belakang bot lebih selesa dan menyakinkan. Setelah beberapa kali melakukan
junaman, akhirnya Tenggiri ini tumpas juga ditangannya. Bergegar lutut bro!
Pecal berharga rm 3.50 dari Mbak yang bergerai di Tamu Membakut ini memang sedap dan menyelerakan. Padat dengan sayuran yang disalut kuah kacang. |
Tenggiri frenzy!
Aksi jigcast diteruskan dan kali ini Tenggiri betul-betul
frenzy. Tenggiri bersaiz kecil atau kami
kenali sebagai Lumading sangat ligat mengejar gewang. Kami bersilih ganti
strike Lumading. Selepas itu, aku terlucut 2 ekor Tenggiri yang bersaiz agak
kasar. Sambaran berhampiran bot memang amat mengejutkan. Pecutan pertama
Tenggiri menyebabkan kekili menjerit nyaring…inilah yang sering diimpikan oleh
para pemancing.
Makan dulu untuk mengganti tenaga yang hilang dikerah oleh Tenggiri yang frenzy |
Setelah hampir sejam sunyi tanpa strike dan aksi bottom juga
memberikan keputusan yang sama, kami pindah lagi ke ‘bagang raksaksa’ yang
lain. Keadaan permukaan laut kembali tenang dan memudahkan kami merapati rantai penambat ‘bagang’. Aku hanya melakukan simpulan hidup apabila menambat bot ke rantai.
Teknik bottom dan jigcast kembali
mengambil tempat.
Newbie yang amat rajin, bersemangat dan tahan lasak. Ni kalau ilmu memancing sudah penuh di dada nanti..memang jadi pemancing yang hebat..teruskan berusaha. |
Bottom yang malang
Jam menghampiri angka 3:00 pm apabila kaedah bottom
benar-benar mengecewakan penggemarnya. Hanya beberapa ekor Kerisi, Temenung,
anak Rumahan menjadi penghibur. Buntal dan ‘Pucung Laut’ masih lagi menganggu
umpan yang diletak di dasar. Walaupun begitu, aku tetap respect dengan ahli trip
ini apabila tetap setia menanti patukkan ikan. Teruskan ye bro.
hehehe..saat-saat yang dgemari dan dinanti adalah lunch! |
Aku tetap setia dengan microlight jigging dan
jigcast. Sesekali anak Tenggiri kelihatan mengejar gewang yang dikarau
laju. Dalam masa yang sama, Shafie
berjaya hooked up 2 ekor lagi anak Tenggiri. Menjadi pula pukulannya kali ini.
Peneraju trip agak malu-malu ketika menjamah makanan tengah hari.Sengsara kali ni aksi bottom bro.Mesti dipelbagai lagi teknik dalam trip akan datang. |
Kira-kira pukul 3.30 pm, tekong mengajak pulang dalam
keadaan permukaan laut yang agak kasar. Mujurlah bot ini tinggi dan berkuasa tinggi
meredah ombak bungalapang. Kelihatan awan tebal dan hujan lebat di daratan.
Perjalanan pulang memperlihatkan kami jarak yang diteroka agak jauh melepasi
laut Sipitang…rasanya menghampiri laut Lawas.
Tekong berusaha melepaskan gewang yang tersangkut di rantai penambat 'bagang raksaksa'. |
Kira-kira pukul 4:15pm, kami selamat tiba di jeti Pekan
Weston dan agak sesak dengan para pelancong yang menanti kehadiran bot yang
akan membawa mereka menyaksikan Proboscis Monkey. Lawa-lawa pula pelancong ni ye bro..sempat lagi cuci mata..hehehe
Tenggiri yang berjaya ditewaskan dengan teknik jigcast dan jigging |
Kesimpulan dari trip ini adalah, kita perlu sentiasa sedia
dengan pelbagai teknik apabila meneroka lokasi baru. Apabila teknik bottom amat
mengecewakan, jigging juga agak hambar, tanpa disangka teknik jigcast berjaya
menyelamatkan keadaan. Lokasi pancingan ini agak kurang sesuai untuk teknik
bottom kecuali pengusaha bot pancing ini melakukan inisiatif dengan membuat
tukun tiruan di dasar laut..ataupun membuat unjam/Lawa-lawa agar kemeriahan
strike ikan sentiasa memanggil para pemancing untuk kembali…bisnes pun panjang
bro..salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan