26/04/2015(Ahad): Trip julung kali diketuai oleh Nano@Steben Segall tidak disertai oleh Juan kerana urusan keluarga. Beliau juga yang menempah bot pancing dan memilih tarikh yang sesuai. Aku harap kemampuan beiau mengurus trip pancing ini diikuti oleh penambaikkan ilmu memancing.
Tamu Membakut di awal pagi. Parkir kereta masih banyak dan gerai juga masih banyak yang sedang dibuka. |
Trip Jigging dan bottom ini sememangnya pernah menjadi
bualan kami namun tidak disangka trip
terlaksana ngam dengan tarikh yang disebut-sebut dahulu. Lokasi pelantar
docking kapal kontena dan pelantar menggerudi ‘drilling rig’ yang dibaik pulih
dijadikan pilihan. Tidak seorang pun di antara kami yang pernah beraksi di
lokasi yang disebutkan. So, first come as first experience.
Umpan Basung segar yang amat mengujakan. Harga RM 7 sekilo bukan halangan jika berniat untuk mendapatkan hasil terbaik. Anggap sebagai pelaburan bro. |
Seperti biasa penyertaanku dalam trip ini disertai oleh 2
set microlight jigging dan satu set bottom. Jika dilihat gambar-gambar
pemancing sebelum ini..macam ok-ok saja ikan tu. Kalau gitu, 30 % bottom dan 70
% jigging dan jigcast. Apapun, tunggu tiba di lokasi, baru la boleh putuskan.
Kira-kira jam 6:15 am, aku dan Shafie singgah di Tamu
Membaku untuk mendapatkan umpan segar Basung dan Sotong. Memang segar betul
basung yang dijual rm 7 sekilo. Dapat umpan, pusing pula cari makanan
tapau..dapatlah Pecal dan nasi lemak bro..untuk alas perut.
Sungguh selesa..kalau laa ada sebiji ni..perghhh..silap-silap sendiri bawa pegi Pulau Mengalum ni.hehehe |
Kami berkumpul di stesen Petronas Beaufort kira-kira jam
6:50 am seperti yang telah dijanjikan. Sebelum kami berttolak, sempat lagi
mencari ais untuk menyegarkan umpan. Ini amat kritikal bro, pastikan umpan
sentiasa segar. Pukul 7:15 am, 4 buah kereta berkonvoi menuju ke Weston.
Weston dengan pemandangan tipikalnya |
Kami tiba di Pekan Weston dan selepas parkir
kereta, kami terpaksa menapak kira-kira 40 meter ke jeti bot tempah sedang
menanti. Wow..bot fiber beratap sepanjang kira-kira 27 kaki, lebar 7 kaki
dijana oleh enjin Yamaha 4 stroke 115hp..pergghh mantap bro..memang best nih.
Kapal tunda sedang giat beroperasi menangkap udang |
Setelah semua barang dan peralatan dipunggah ke dalam bot,
kami segera bergerak meninggalkan jeti. Memang terasa kuasa G apabila bot ini
dipecut laju. Laju bro!susah mau siapkan peralatan mancing ni. Terasa pula hendak memiliki bot
sebesar dan selaju ini.hehehe..akan datang lah bro.hehe
Rasa tidak sabar mau beraksi ni.. |
Mendapatkan bekalan umpan udang hidup |
Angin laut bertiup awal ketika kami bergerak menghampiri bot tunda udang yang sedang giat beroperasi. Tujuan kami adalah untuk membeli sedikit udang hidup sebagai aksi bottom nanti. Dengarnya ikan Kurau menggilai udang hidup. Udang segera dihidupkan di belakang bot oleh tekong dan tanpa berlengah, bot memecut ke lokasi.
Selamba saja mamat ni mengalihkan ular laut yang terperangkap sama di dalam pukat udang. Beli saja RM 30..puas dah pakai umpan hidup ni bro. |
Udang hidup adalah umpan kegemaran hampir semua pemancing di kawasan ini. Ia boleh memperdaya pelbagai jenis spesis ikan dan kebiasannya ikan Selungsung, GT, Kurau, Pari dan sebagainya amat meminati umpan ini. Lagipun, ia tidak sukar diperolehi kerana delta Padas ini adalah habitatnya yang paling sesuai.
Perjalanan bot melewati kapal-kapal kontena yang sedang berlabuh. Dikatakan ada kapal kontena yang telah berlabuh di sini sejak 3 tahun lepas. |
Tekong memecut bot terus ke lokasi. Larian bot agak 'gravel' apabila angin laut awal bertiup. Bot laju yang juga digunakan untuk membawa pelancong menyaksikan Bayou ini mudah melepasi alun permukaan laut yang agak kasar..problemnya bro..mau pecah buntut ni..hehehe
Teruja dengan pemandangan pagi yang amat indah |
Perjalanan tidak sampai 30 minit setelah melepasi beberapa buah kapal kontena yang sedang berlabuh. Dalam kekalutan hentakan bot akibat kelajuannya, sempat juga aku menyiapkan perambut untuk aksi bottom sebagai pembuka acara. Aku sengaja berbuat demikian untuk mengetahui apa spesis yang menghuni dasar laut. Jika ikan Kerapu, pasti ada struktur seperti takat di dasar tetap jika ikan Kerisi..alahai..faham saja laa..confirm pasir landai ni.
Bagang besar!?hehehe..lokasi pertama kami berlabuh dengan raksaksa nih..kami masih kabur akan fungsinya. Menurut tekong, ianya adalah pelantar menggerudi minyak yang sedang diservis. |
Kami perlahan-lahan menghampiri pelantar dan menambat tali
bot ke rantai yang menambat pelantar ke dasar laut. Permukaan laut agak kasar
ketika itu tetapi itu tidak menghalang kami untuk memulakan aksi bottom dan
jigging. Umpan udang hidup dan hirisan basung dipertaruhkan…bersambung..
Ada info bot d weston yg tn sewa ni ka,mcm mau try jga tn
BalasPadamPakej Memancing Pekan Weston Beaufort.Sebarang Pertanyaan Terus berhubung di talian 0146552897(En.Mohd Ali)
BalasPadamPakej Memancing Pekan Weston Beaufort.Sebarang Pertanyaan Terus berhubung di talian 0146552897(En.Mohd Ali)
BalasPadamcanteeek bro..kita atur lagi trip khas untuk jigcast!
BalasPadamThanks tn
BalasPadamno problem bro.sharing is champion
BalasPadam