01/05/2015(Friday):aksi percubaan aku dangan adik dengan langkah kanan apabila cuaca amat mengizinkan dan laut juga teduh. Diharap, suasana begini akan berterusan lagi. Suasana laut teduh begini memang sentiasa diimpikan oleh para pemancing.
|
Pergghhh…memang indah suasana memancing apabila cuaca memberi kerjasama yang bagus. |
Umpan Pusu/Bilis pun banyak dan ikan dasar pun amat galak. Aksi taruk makan taruk makan menjadi penyeri sessi pancingan. Spesis Kerisi mendominasi tangkapan. Laut teduh dan aman.
|
Sabtu pagi, teduh broooo ketika aksi solo sekejap. Penghuni dasar juga memberi kerjasama yang bagus |
Oleh kerana hari Jumaat, pukul 11:00 am, trip ditamatkan untuk memberi laluan kepada Sholat Jumaat..kalau tidak..hehehe..kaaaarrraang pulang bro!
|
Boleh laa dari kumpau |
02/05?2015(Sabtu), aku beraksi secara solo memandangkan permit memancing hanya dibenarkan sehingga jam 10:00 am oleh 'Tuan Tanah'..hehehe..ada urusan di KK bro. Boleh la dari langsung tiada..masa tidak dibazirkan…zuuupppp..peralatan simple dan Tohatsu 8hp memecut bot ke laut.
|
Raksaksa(Manyong bagak) yang mendera kudratku apabila dilayan dengan apollo bersaiz 12..laju nafas bro..hehehe |
10:30 am, terlebih permit..trip ditamatkan setelah berjaya menaikan seekor Manyong bagak. Lama sudah tidak layan spesis ni bro..macam kereta kebal di dasar. Set lampau ringan perlu dimaksimumkan keupayaannya. Langsung tidak boleh gopoh..hanya kesabaran mampu menewaskannya.
|
boleh laa untuk makan beberapa hari..fresh bro..tu yang penting tu. |
Rasa sayang pula meninggalkan suasana memancing yang hebat sebegini. Apakan daya, dah janji bro. Esok lusa masih ada lagi. Sebelum permit memancing digantung buat selamanya, ada baiknya aku pulang..hehehe..salam ikhlas dari Lempayun
Tiada ulasan:
Catat Ulasan