Isnin, 13 April 2015

TAMBONG REKOD PERIBADI 2015

11/04/2015(SABTU): Trip solo yang singkat dengan kaedah micro light jigging tanpa disangka membuahkan hasil tangkapan yang mengujakan. Seawal jam 6:30 am, aku sudah memunggah peralatan ke dalam bot Grukul bersaiz 15 kaki. Aku hanya membawa 2 set micro jigging sahaja untuk trip dijangka berakhir hingga pukul 10:00 am ini. Sekejap pun jadilah!
Awal pagi lagi mood ku rosak apabila melihat keadaan bot yang kotor angkara perbuatan Individu yang tidak berotak dan tidak bertanggungjawab apabila membersihkan rambat/jala dan merambat/menjala dari atas bot. Memang sah otak orang ini ada masalah!
Sebaik sahaja melepasi muara sungai Bengawan, aku disambut dengan alun bagak dari laut dan angin kencang dari Selatan. Akibatnya, permukaan laut menjadi kucah dan agak bungalapang. Apa kan daya, perjalanan ke bagang roboh diteruskan juga demi untuk memenuhi permintaan otot yang rindukan karan.
Kerapu 'table size' menggubat  sedikit emosi bad mood di awal pagi. 
Kesukaran mengendali bot dihadapi dalam keadaan berombak apabila merapati tiang bagang untuk mengikat bot. Aku segera mematikan enjin Tohatsu 8 hp dan hanya berkayuh ke tiang bagang secara senyap agar tidak mengejutkan penghuni bagang roboh. Sejurus selepas itu, aku mula rancak mengunjun jig seringan 20 hingga 28 gram tanpa henti. Arus juga agak perlahan meskipun permukaan laut agak kucah akibat pertembungan angin Selatan dan alun bagak dari laut.
Seekor GT yang hampir memadamkan emosi bad mood ku!
 Aku bertahan di bagang itu lebih dari sejam dan berjaya mendaratkan 2 ekor Kerapu dan seekor Languran/GT. Selepas itu, ketika permukaan laut semakin teduh apabila angin Selatan mula berkurang, aku berpindah lagi ke bagang roboh berikutnya. Setelah 30 mengunjun minit tanpa strike,aku berpindah lagi.
Strike yang langsung menghilangkan bad mood ku. Strike tidak terduga ini menyebabkan aku berhempas pulas bertarung di bagang roboh. Setelah beberapa kali menyelit ke dalam jerumun, ia berjaya dibawa ke permukaan air dengan keadaan perambut DM 40lb yang calar balar..pergghhh!
Di lokasi kedua terakhir, aku mencuba nasib ketika jarum jam menunjukkan angka 9 lebih. Selesai mengikat bot ke tiang, jig yang ku labuhkan pertama kali serta merta bersambut padu. Tahan saja bro dan sesekali mengarau tali. Sesekali pemangsa menyelinap ke dalam jerumun nibung tenggelam, aku hanya membiarkan sahaja dan apabila Ia memecut keluar, tali segera dikarau. Apa lah agaknya ikan ini, ganas dan degil..tanpa disangka-sangka timbul seekor Bantal Emas/Tambong/Jenahak/Golden Snapper sedang mengerkah jig milik ku..hehehe..satu lagi rekod peribadi bro..
Ini saja lah hasil untuk dijadikan lauk dalam musim harga barangan mahal dan GST ini. Jangan berani tanya harga Tambong ni di pasar jika tidak berniat untuk membelinya..mahal bro!

Aku berpindah lagi ke lokasi terakhir dan setelah sunyi tanpa sebarang strike, aku menamatkan sessi microlight jigging kira-kira pukul 9:30 am..hehe..pulang dulu bro..dah janji mau pegi KK dulu. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan