12/04/2015(AHAD): Aku, Juan dan Shafie bergerak dari rumah
seawal jam 5:30 am. Singgah sekejap di Petronas Bengawan untuk membeli minyak.
Sampai di jeti, aku segera membersihkan bot sebelum memunggah peralatan ke dalam bot.
Tanpa berlengah, bot dipacu ke bagang untuk mendapatkan umpan. Trip ini lebih
kepada jigging dan bottom.
|
Membersihkan bot dulu sebelum beraksi ke bagang..awal lagi ni bhaaa.. |
Selepas mendapatkan umpan Pusu di bagang bawah, kami
membottom untuk mencari lauk seminggu. Ikan sekarang mahal bro. Kadang-kadang harganya mengarut. Dalam beberapa minit itu, hanya spesis Kerisi sahaja yang mencuri umpan kami. Laut agak teduh berbanding kelmarin apabila kami meninggalkan
bagang tersebut untuk bergerak ke bagang roboh untuk jigging.
|
Awal pagi lagi ikan putih ku kena Cukai 50 %..setakat GST 6 % saja bro..aduiii |
Setelah beberapa minit jigging, hanya 2 ekor Kerapu sahaja
yang berminat dengan jig kami. Setelah hampir setengah jam jigging, kami
berpindah lagi ke lokasi seterusnya. Jigging tanpa sebarang sambutan
menyebabkan set bottom diturunkan.
|
Sejurus ikan putih dicukai, jig segera diturunkan untuk mengetahui siapa yang bertanggungjawab mencukai hampir 50 % ini. |
Entah kenapa
dasar laut terlalu sunyi tanpa penghuni. Kami rajin berpindah randah
namun hasil tetap kosong. Mula dari bagang Membakut, Bengawan, Mandahan hingga
Kimanis, atas dan bawah..kosong bro!..sangsara laa ni kali..hehehehe. Dasar laut Bengawan ini seakan-akan kemarau tanpa sebarang penghuni.
|
Kerapu adalah spesis tetap di jerumun bagang roboh |
Bestnya, bukan kami sahaja yang mengalami
situasi sebegini. Kelihatan bot para pemancing lain juga ‘rajin’ berpindah
randah ke sana ke mari mencari rezeki..hehehe..Memang begini la bro..suhu laut
sejuk, arus tidak menentu mungkin adalah faktornya. Apalagi bro..pulang laa…tapi
sebelum tu jigging dulu..hehehe
|
Lesen Kerapu awal pagi yang menyebabkan keadaan huru-hara seketika. |
Bungalapang semakin besar apabila kami meninggalkan lokasi
terakhir. Muara sungai yang melintang jauh menyebabkan keadaan aluh dimasuki
ombak dan menyebabkan situasi merbahaya jika tidak mahir dengan aluh muara
Sungai Bengawan. Syukurlah kami selamat memasuki sistem muara…nasib baik laa aku ada kerja TATAP!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan