30/12/15(Rabu):Setelah selesai semua urusan peribadi, kami bergerak ke sungai Membakut kira-kira jam 10.40 am.Strategi kali ini adalah serampang dua mata iaitu casting Ungah dan memancing udang galah.Sementara menantikan air naik pasang agak tinggi, kami mengempur sebarang ranggas yang berkubur di dasar sepanjang sungai hingga ke muara sungai Membakut. Untuk itu, Nangnak tetap menjadi pilihan kerana sifat kalis sangkutnya.
Ungah Sado yang menjadi lesen penutup Ungah tahun 2015 kepada empunya Bleeding Nangnak ini |
Keadaan air sungai yang cantik, jernih yang sesuai, suhu yang agak suam cuma arus yang lemah tidak menghalang kami dari melakukan strike. Menggempur ranggas dan lubuk di muara sungai ketika air agak rendah memberi kelebihan atas andaian ikan akan berkumpul di sekitar ranggas dan lubuk. Kerja casting pun agak mudah ketika ini kerana tidak perlu blind cast.
Kerapu Lumpur untuk stim malam tahun baru...memang saiz yang amat cantik |
Gerakan senyap ketika menghampiri lubuk atau ranggas amat penting untuk tidak mengejutkan lena penghuninya. 30 meter sebelum sampai ke spot casting, aku telah mematikan enjin Tohatsu 8 hp. Pergerakan bot menghampiri spot kini diambil alih oleh enjin 2 kuasa kuda. Apalagi bro..berkayuh laaa..hehehehe..
Memang nikmat memancing udang di bawah rimbunan pokok nipah. Sejuk dan berangin. apa l;agi yang lebih enjoy ketika memancing dalam cuaca panas ini? |
Kami tidak perlu menunggu lama apabila Nangnak yang dihantar oleh Pie ditekan hebat sejurus melepasi kayu tenggelam. Perlawanan hebat seketika hampir berakhir apabila Ungah berjaya menyelit ke dalam ranggas. Mujurlah, matakail telah melekat kukuh disudut mulutnya. Ungah berjaya diheret keluar dari ranggas secara paksa. Kalau dah rezeki, memang tidak ke mana.
Ikan ada, udang pun ada..perghhh..memang hasil trip ini amat lumayan |
Kami meneruskan sessi casting Nangnak di bangkar berikutnya. Tanpa dijangka, sekali lagi bleeding Nangnak Pie di rembat rakus di bawah teduhan nipah yang memayungi ranggas dan bangkar tenggelam. Kali ini teknik keras lawan keras menjadi pilihan. Joran sentiasa ditegakkan dan drag kekili diketatkan untuk tidak memberi peluang kepada pemangsa menyelinap.Sejurus kemudian, seekor Kerapu Lumpur menjadi trofi hari itu.
Udang terakhir di lubuk terakhir sebelum bergerak pulang |
Apabila penghuni bangkar tidak lagi memberi sebarang respon, kami mula bergerak ke hulu sungai untuk sessi seterusnya iaiatu memancing udang. Lagipun, hari pun amat panas terik. Tidak tahan berjemur bro. Perlu berteduh dibawah rimbunan pokok nipah sambil itu melabuh pancing mensasarkan sang perayap dasar.
Joran dihenjut kuat oleh udang ketika berposing dengan udang ini.hehehe..sabar bro..gambar dulu |
Udang sado penutup tahun 2015 |