Jumaat, 11 Disember 2015

Tanggulian dan Bundu revisited edisi cuti sekolah 2015

09/12/15(Rabu): Setelah lebih setahun, akhirnya aku datang kembali ke Tanggulian Kuala Penyu. Aku agak teruja apabila melihat keadaan jernih air Si sungai Sitompok. Begitu juga dengan keadaan air pasang surut yang sedarhana. Cuma pergerakkan air alan/banir mungkin boleh mempengaruhi keaktifan ikan terutamanya disebelah petang ketika air mati. Apapun, turun dulu aksi bro!


Cikgu Sulaiman selaku pemilik bot sewa amat mesra dan sentiasa memudahkan penyewa bot. Terimakasih cikgu!Semoga sentiasa dikurnia kesihatan yang baik dan murah rezeki

Kami singgah sekejap di Tamu Membakut untuk membeli bekal makanan. Wajib bro..nanti kebulur.Casting pun tidak bertenaga tu.hehehe..Selepas itu kami segera memecut ke Kg Kitang Kuala Penyu. Air sungai menyongsong pasang ketika kami tiba. Tanpa berlengah, kami segera memunggah peralatan ke dalam bot sewa. Sungai masih cetek lagi bro..terpaksalah berusaha keras sikit...
Nasib baik air mula menyongsong pasang. Ketika surut besar, bot terpaksa ditolak lebih kurang 80 meter ke tebing sungai Sitompok.
Destinasi pertama adalah takat-takat di sungai besar yang memang telah ditanda dalam GPS original kami.hehehe. Air masih lagi kecil ketika itu dan selekoh-selekoh dalam sungai Sitompok perlu diuji terlebih dahulu. Aku terlepas seekor Selungsung anggaran 2.5 kg hingga  3 kg di lubuk pertama. Selungsung tersebut sempat memecutkan Nangnak dan hanya sekali melakukan lompatan akrobatik sebelum melontar Nangnak kembali kepada ku..perghhh..Seekor sahaja Kerapu bunga di sini bro..hehehe
Memecut ke sungai Tanggulian untuk aksi casting sepenuhnya
Setelah hampir 30 minit beraksi di lubuk luar, kami segera pindah ke Sungai Tanggulian dan Bundu yang merupakan anak-anak sungai dalam sistem sungai Sitompok yang besar. Anak-anak sungai ini adalah saliran air dalam hutan bakau yang amat luas berhulukan lembangan Klias. Sungai ini juga mempunyai banyak spot casting yang nampak 'cantik'.
Ungah di selekoh sungai Sitompok
Kami casting secara berhanyut di sepanjang tebingan sungai Tangguian dan Bundu yang dipenuhi dengan bangkar-bangkar pokok bakau yang telah lama tumbang menyelur ke dalam air. Sauh hanya diturunkan jika berada di lubuk kegemaran untuk casting statik. Lebih setengah hari bermain di sungai-sungai ini, kami hanya strike Ungah-Ungah kecil dan Kerapu. Beberapa kali Selungsung berjaya melepaskan diri dan sesekali strike misteri yang agak kasar.
Ungah lagi broo.Mana laa agaknya Ungah-Ungah Bagak ni yaa..
Kami menutup trip casting ini di lubuk-lubuk luar ketika jam menghampiri angka 3 petang. Sambutan dari penghuni akuatik juga suram memandangkan keadaan air sungai yang langsung tidak bergerak. Air pasang mati biasanya akan menyebabkan ikan dan udang menjadi pasif. Setelah berulangkali menguap ketika casting dan trolling, trip ditamatkan ketika langit agak gelap. Menurut cikgu Sulaiman, hujan turun lebat seketika semalam..alahai..patut pun kurang strike. Hujan turun dengan lebat ketika kami dalam perjalanan pulang. Jelasnya,tuaian melampau oleh penduduk tempatan menyebabkan Sungai Tanggulian dan Bundu ketandusan stok ikan angkara aktiviti agresif mengepung lubuk dan bangkar dengan menggunakan pukat dan apa sahaja saiz ikan akan dibawa pulang.Janji ada sirip...tanggung laa bro!!Salam ikhlas dari Lempayun.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan