24/12/2015(Khamis): Hujan yang tidak turun selama beberapa hari sedikit sebanyak membantu memulihkan keadaan sungai Membakut. Air sungai tidak terlalu jernih dan tidak juga kabut mengizinkan aktiviti mengudang dilakukan.
![]() |
Nanggalah dewasa yang sentiasa menjadi idaman |
![]() |
Hasil tangkapan tidam sampai setengah hari..memang puas hati! |
![]() |
Juadah segar untuk seisi keluarga. |
Kami hanya berpindah lubuk sebanyak 2 kali. Arus sungai mulai tidak bergerak ketika jarum jam menghampiri angka 11:00 am. Ketika itu, aktiviti udang di dasar sungai juga mulai berkurang. Agak lama menanti, kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip ngudang ini..tapi..esok turun lagi.hehehe..sebelum jam 6:00 am, terpacak di tebing sungai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan