28/12/15(Isnin): Trip mengudang diteruskan bersama Bajin dan Piee. Keadaan air surut besar pada 0.4m menyebabkan air sungai bergerak turun dengan amat deras. Akibatnya, kelodak dasar sungai digodak oleh arus yang turun dan menyebabkan keruh di permukaan air. Kami terpaksa bergerak hingga menghampiri zon muara sungai untuk mencari lubuk yang kurang pergerakkan arus.
|
awal lagi Bajin berjaya mendaratkan 2 ekor udang sekaligus |
8:30 am, kami jauh ke muara sungai untuk mencari sang perayap. Namun, setelah 2 kali berpindah lubuk tanpa sebarang tangkapan, kami kembali ke lubuk Pasir Panjang. Di sini, beberapa ekor udang dewasa berjaya didaratkan. Ini menyebabkan kami bertahan lebih lama sementara menantikan air naik pasang.
|
Udang lesen Piee yang dilepaskan semula |
Air mulai naik pasang perlahan pada pukul 10:00 am,Namun, pergerakan air yang terlalu perlahan mengurangkan keaktifan udang.Nampaknya, udang yang menggutis umpan tidaklah serancak mana. Apabila jam menghampiri angka 11:00 am, air lebih stagnant dengan pergerakkan arus yang amat lemah. Sambutan udang pun kurang bro!
|
Sado di bawah rimbunan daun nipah..tidak sangka, bawah kolong saja bro.hehehe |
Sinar matahari yang semakin terik menyebabkan kami beralih ke bawah teduhan daun-daun pokok nipah..Perghhh..nyaman bro. Ketika ini, pergerakan udang lebih menghimpit tebing sungai. Umpan yang dilabuh berhampiran pohon-pohon bakau dengan mudah menjerat beberapa ekor udang galah dewasa bersaiz sado.
|
Berehat seketika untuk menambah bekalan umpan |
Bajin terpaksa menamatkan trip lebih awal disebabkan shift kerja pada jam 2. Beliau wajib pulang awal untuk berehat dan bersedia. Kesempatan ini kami ambil untuk menambahkan jumlah umpan yang sedia ada. Kerancakan anak-anak udang menggutis umpan menyebabkan kami kehabisan umpan agak awal.
|
Hasil ku sorang bro..hehehe..segar dari ladang untuk famili |
Kira-kira pukul 12:45 pm, sessi ngudang kami bersambung kembali. Kali ini hanya aku dan Piee sahaja yang meneruskan perjuangan. Kami kembali ke hilir sungai untuk mencuba nasib. Keadaan air yang mulai besar menyebabkan kami mula mencuba lubuk-lubuk di hulu sungai. Di lubuk selekoh sungai sahaja kami berjaya mendaratkan beberapa ekor sado. Nampaknya, kebanyakan udang sudah mula menghilir ke hulu sungai disebabkan tahap kemasinan air sungai di hilir semakin tinggi.
|
Hasil tangkapan Pie juga tidak mengecewakan |
Angin petang bertiup agak kencang apabila jam melepas angka 4:00. Kedudukan bot yang mudah bergerak ditiup oleh angin menyebabkan kesukaran memerhatikan hujung joran. Setelah hanya beberapa ekor berjaya didaratkan, kami menamatkan trip pada jam 4:30 pm. Kalau lah udang semakin rancak, pasti trip ini akan delay lagi sampai malam.heheheeh..lusa lagi turun bro.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan