Ahad, 6 Disember 2015

Akhirnya..aku dapat semula

27/11/2015(Jumaat):Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka membuka garaj miliku setelah selesai menyiapkan projek jeti mereka. Itupun setelah aku mendesak berulang kali. Setelah berbulan dijarah dan digunakan untuk menyiapkan projek mereka, komponen garaj ku pindah kan ke Biau dalam keadaan kekurangan beberapa komponen..tak apa lah..halalkan saja dunia dan akhirat.
Awal pagi kerja keras bro
Syukurlah projek memindahkan komponen garaj ini dibantu oleh beberapa orang pemuda kaki pancing yang ringan tangan. 3 orang di Serbang dan 4 orang lagi di Biau. Bantuan mereka ini telah memudahkan kerja-kerja memindahkan tiang belian, kayu bakau, Zink Span Dec dan lain-lain. Kalau bukan bantuan mereka, memang kerja-kerja memindahkan ini memeritkan.
Kami terpaksa melakukan 3 trip ulang alik dari Biau ke Serbang untuk memindahkan komponen tersebut untuk keselamatan. Trip pertama kami hanya mengangkat kayu bakau diikuti dengan Tiang kayu Belian. Manakala, zink Span dec diangkut dalam trip terakhir. Kesemuanya tidak boleh diangkut sekaligus.
Berat kayu-kayu bakau ni bro!
Aku akui memang ada perasaan sebak setelah sekian lama bergaraj di Serbang terpaksa berpindah ke lokasi lain. Apakan daya bro, dagang hamba mengkuang layu.hehehe..tak pun, kera di hutan disusui, anak di rumah kelaparan.hehehehe..dalam makna ni bro..
kumpulan pemuda yang menanti di Biau aka menyusun komponen-komponen tersebut dengan kemas agar tidak menghalang laluan orang lain
Tiang kayu Belian amat mahal di pasaran sekarang. Nasib baik tiang-tiang ini masih kukuh dan boleh digunakan semula
Perlu berhati-hati memegang kayu-kayu ini kerana paku-paku masih lagi berceracakkan. Memang semberono kerja mereka!
Air agak pasang ketika projek pemindahan ini. Bot boleh rapat sehingga ke tebing sungai
Orang kuat dalam projek ini.
Zink Span dec yang terdapat koyakan pada lubang paku. Nampak sangat paku dicabut dengan kasar.
Setelah kesemua komponen-komponen tersebut berjaya dipindahkan, tebingan Seri Serbang hanya tinggal dalam kenangan. Kenangan yang tidak akan dapat diulang kembali. Kenangan manis berjiran garaj dengan beberapa orang nelayan dan pemancing yang telah kembali ke alam Baqa. Kampung ini juga memang tidak akan ada lagi dalam diari masa hadapan teamlempayun. Selamat maju jaya. Salam dari Lempayun





Tiada ulasan:

Catat Ulasan