Khamis, 19 November 2015

Udang/Nanggalah Sungai Bengawan

18/11/2015(Rabu): Sudah terlalu lama tidak menduga udang sungai Bengawan. Sungai ini pernah memiliki reputasi hebat sebagai lokasi memancing udang Galah/Nanggalah. Tahun-tahun 70 hingga 90 an dulu adalah era keemasan pemancingan udang dalam kamus hidupku. Entah mengapa, tiba-tiba terbuka hati untuk menduga populasi udang di sungai ini walaupun tahu populasi udang sebanyak dulu tidak akan kembali.
Hanya beberapa ekor cacing sahaja yang diperolehi setelah agak lama mencangkul.
Tengahari itu aku dan Juan berusaha keras mencari cacing di sepanjang tebingan sungai Biau. Keadaan tanah yang berpasir dan kering di sepanjang sungai tidak mengizinkan spesis ini hidup membiak. Setelah hampir setengah jam mencangkul, kami hanya berjaya memperolehi beberapa ekor cacing untuk dijadikan umpan, memang tidak patut bro!.hehehe
Air cantik dan sedang naik pasang ketika kami memulakan sessi mengail udang
Kami segera berpindah ke kawasan berhampiran rumah penduduk kampung. Tumpuan adalah kawasan bertanah lembab seperti berdekatan tangki air dan lopak-lopak air. Penggalian berhampiran pokok-pokok pisang menghasilkan cacing-cacing besar yang berpelana. Kami hanya memerlukan 20 minit untuk mendapatkan lebih segenggam cacing. Cukup laa sekadar untuk menduga sungai ini.
Hanya udang bersaiz meningkat dewasa yang menerima huluran cacing. 
Aku segera mencari koordinat-koordinat lama lubuk udang galah yang masih berbaki dalam kepala. Lubuk-lubuk hangat yang pernah aku kunjungi dulu segera dilabuhi dengan penuh harapan. Lagipun keadaan air yang agak sesuai memberi sedikit peluang untuk bersua dengan udang galah..seekor pun jadi laaa bro.
Hasil tangkapan sehingga jam 4:20 pm. Cukup laa untuk semangkuk udang rebus
Cuaca yang agak suram dilitupi awan gelap yang sarat tidak bertangguh memuntahkan isinya. Mujurlah aku berbekal payung besar untuk berlindung dari hujan lebat. Dalam keadaan hujan lebat, joran tetap diturunkan agar masa tidak berlalu begitu sahaja. Dalam air tidak laa hujan bro.hehehe
Tekong bot masa hadapan..lesen sungai sudah lulus. Perlu sessi beberapa jam lagi untuk mendapatkan lesen laut pula
Kami menamatkan trip percubaan ini kira-kira jam 4:30 pm. Keadaan cuaca yang mendung pun tidak memberi harapan kerana bila-bila masa ia akan menumpahkan hujan semula. Sessi perjalanan pulang diisi dengan latihan memandu bot oleh Juan. Mana laa tau akan datang boleh jadi tekong, tak kan selama-lamanya jadi anchorman..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan