Isnin, 14 Disember 2015

Ngudang Nanggalah Membakut


07/12/15(Isnin): Sungai Membakut adalah sungai yang paling sensitif dan mudah kabut apabila dilanda hujan lebat di sebelah hulu. Penebangan hutan dan aktiviti menggondol bukit bukau untuk tanaman kelapa sawit di bahagian hulunya menjadikan sungai ini sering dilanda banjir lumpur atau keruh sekian lama. Tidak seperti sungai Bengawan yang hanya perlu beberapa hari untuk kembali jernih, sungai Membakut perlukan berminggu-minggu untuk memendapkan lumpur liatnya.
Kalau mau makan udang, rajin sahaja memancing. Tidak perlu meracun yang hanya untuk makan sekali.
Memang ada kebaikan dan keburukannya apabila sungai kerap dilanda banjir dengan lumpur dari sebelah hulunya. Selain menyuburkan tanah ditebingnya yang amat sesuai untuk pertanian, masa banjir dan kabut ini memberi peluang kepada spesis udang untuk membiak. Ketika itu, tiada aktiviti mengail, merambat mahupun memukat dilakukan.
Ngam lubuknya, pasti ada udang menjamah umpan
Oleh itu, mengail di sungai Membakut tidak perlu menantikan kondisi airnya sejernih kristal. Cukuplah apabila air agak kelam kuning dan pergerakkan air mengikut kelaziman pasang surut lautan, boleh laa menurunkan joran. Sungai yang masih panjang dan berliku ini masih menyimpan banyak spot mengail udang galah. Apa yang penting adalah rajin mencari spot-spot ini.
Mengail udang adalah satu seni yang hanya boleh dinikmati ketika bertarung dengannya. Nikmatnya tidak mampu diceritakan...rasa laa sendiri bro..baru la tau.
Mengail udang bersama pengail-pengail muda memang banyak kelebihan. Selain dari kesungguhan dan minat, mereka ini juga amat rajin dalam semua perkara terutamanya dalam aspek persediaan bot di air dan paling kritikal adalah persediaan umpan. Penggunaan umpan anak udang beras/Tanjipun amat digemari kerana biasa mengundang kehadiran udang-udang bersaiz bagak. Kekurangannya pula, ia mudah tertanggal dari matakail apabila digutis oleh anak-anak udang dan ikan.
Udang remaja amat banyak merayap di dasar sungai
Cacing adalah umpan paling digemari setakat ini. Selain dari mudah diperolehi, ia juga amat tahan apabila berada di dasar sungai. Lagipun, penggunaan cacing memudahkan matakail tercangkuk di dalam mulut udang. Walaupun agak lecah ketika sessi makan tengahari apabila bau cacing masih melekat di jari jemari walaupun setelah dibasuh berulang-kali. Tapi, kalau dah kebulur, usah peduli bro...belasah saja!hehehe
suasana redup memancing udang dibawah rimbunan daun-daun pokok nipah amat menyelesakan.
Pergerakkan arus mempengaruhi keaktifan udang menjamah umpan. Arus perlu bergerak perlahan untuk merangsang keaktifan udang menjamah umpan. Ketika air mati tidak bergerak langsung, kelibat udang juga akan menghilang walau dilubuk mana pun.Keika itu, sessi makan bekal sebaiknya dilangsungkan kerana ketika udang sedang frenzy, rokok pun tidak sempat dinyalakan.
Amat segar untuk santapan keluarga
Sungai Membakut masih berpotensi menjadi lokasi stok simpanan udang galah yang memberangsangkan jika ia dijaga sebaiknya. Malangnya, kegiatan meracun sungai agak lumrah di sungai itu terutamanya ketika air jernih dan surut besar. Para penjenayah ini selain dari menzalimi makhluk Allah yang lain, mereka juga tidak menyedari bahawa mereka menzalimi diri dan keluarga sendiri. Nanti jumpa dengan pencipta mu, tanggung laaa kau bro!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan