Ahad, 4 April 2010

Tay versus Bruce Lee

Ahad 04,04.2010. teamlempayun memulakan aski April di bagang. Seawal pagi,kami bertolak ke bagang. Keadaan bulan besar ketika kami menjayakan trip ini.Bagang masih tidak beroperasi dan kami terpaksa mencari umpan sendiri. Malangnya, kumpulan anak-anak rumahan enggan menghampiri bagang. Oleh itu, kami terpaksa mengejar anak-anak rumahan tersebut secara berhanyut.Memang sengsara wooo!

Bruce lee yang tewas ditangan kungfu master


Walaupun umpan sukar diperolehi, namun strike TATAP strike wooo..bak kata Tay, ini betul-betul hor liau!!!hehehe.memang karan gilerr!Pagi tu saja, 11 ekor Bruce lee ditewaskan.
Acara kemuncak

Acara yang dinanti-nantikan.Acara makan-makan sambil berteduh dan berborak pasal trip yang baru aja selesai. Post mortem juga dibuat agar trip akan datang lebih berjaya.Makan dilokasi begini memang syok walaupun menu tidak seberapa. Suasana yang nyaman,bayu laut yang segar,bunyi aliran air sungai,flora dan fauna hutan bakau memberikan kelazatan spiritual kepada kami.
Biasalah bro..buli-buli tu memang dah lumrah.gosok bro gosok!hehehe

Acara membersihkan bot dan peralatan adalah wajib kepada komplot agar bot tidak berbau busuk untuk trip yang akan datang. Gosok bro..hehehe...berendam lagi tu.hehehe..Biasalah, junior memang selalu kena begini.
Mandur Kabun gatah zaman British.Bersigup-sigup lagi wooo

Mandur pula jadi tukang tengok saja.hehehe..sebenarnya, dia bersedia mau angkat enjin ke belakang pick up.Eksyen betul laaa! Trip kami berakhir pada pukul 11.40 am. Kelihatan awan gelap disebelah Kuala Penyu menyebabkan kami bergegas balik. Tepat seperti apa yang diduga, angin kencang dan hujan lebat datang selepas kami berkemas.hehehe..Penting tu kena perhatikan cuaca.Kepada Tay, jadikan pengalaman pertama sebagai pengajaran. Lengkapkan diri sebelum turun ke laut dengan peralatan yang dirasakan perlu.Barulah mentor kau tidak marah.hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan