Sabtu 17,2010:Aku yang sepatutnya berada di Mantabawan sebelum matahari terbit akur dengan masalah yang melanda.Oleh itu, aku tiba di lokasi lebihkurang pukul 8:30 am.Ketika ini, otaipurun sedang giat casting dari awal subuh tanpa ada sambaran. air semakin pasang ketika aku melontarkan gewang ke tengah sungai.hampir sejam casting tanpa sambaran, aku berehat dan melihat kaki bottom tengah layan gelama yang bersilih ganti didaratkan.
Kamal yang datang semata-mata untuk mengisi masa lapangnya.
Kamal yang datang semata-mata untuk mengisi masa lapangnya.
Dengan menggunakan umpan udang hidup, satu persatu gelama didaratkan.Memang menyeronokkan melihat aksi mereka.Ragutan gelama bertambah rancak Ibarat taruk makan taruk makan sesuai dengan arus yang semakin pasang.
Pemancing dari gadong yang membawa banyak udang hidupIsterinya juga berjaya mendaratkan banyak Gelama. Keseronokkan tidak berapa terasa kerana set pancing yang digunakannya agak kasar.
Saiz gelama yang agak besar banyak didaratkan apabila arus pasang sungai bertambah laju.
Lumayan dengan Gelama yang hampir memenuhkan tong ais. Ini baru tangkapan seorang bro.
Ketam yang dianiaya oleh manusia yang tidak waras dan bertanggungjawab. Ketam jenis ini memang bukan untuk dimakan. Tetapi, apalah salahnya jika ia dikembalikan ke habitatnya.Perlu diingat, setiap spesis di sungai ini saling sokong-menyokong untuk mengekalkan sistem ekologi muara.
Kepada rakan-rakan, jika ada kesempatan, rasanya masih tidak terlambat untuk bergembira dengan spesis Gelama di Mantabawan.Jika boleh, bawalah keluarga anda atau sesiapa yang baru berjinak dengan dunia pancingan. selain dari mudah ditangkap, Gelama juga sedap dimakan.Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan