Todak yang dikenali disini sebagai Berusak aka Mr Bruce aka Bruce lee dianggap sebagai penyelamat kumpau jika sesebuah trip ngail dibagang tidak mendapat sambutan dari penghuni dasar. Ia adalah spesis yang mesra pancing.Jangan pandang rendah dengan powernya, pecutannya juga berupaya menggegar pergelangan tangan anda. Musimnya bermula pertengahan bulan mac berlanjutan hingga April dan Mei.
Aku sudah mula mengenali pancingan Berusak menggunakan joran dan kekili sejak tahun 1997. Pada masa tersebut, set pancingan udang digunakan lebih untuk keseronokkan dimana berlakunya kejadian puluhan kali tali putus, beberapa kali joran patah dan kekili jammed. Namun, sejak dari itu, ilmu menewaskan berusak semakin upgrade sedikit demi sedikit seiring dengan pengalaman yang ditimba.
Kini, dengan menggunakan teknik yang diperbaiki dari masa ke semasa, peratus untuk hook up berusak adalah 99 peratus. Memang mudah untuk memperolehi spesis ini.
joran
Semua jenis joran boleh digunakan bergantung kepada kemahuan anda. Guna ambur pun boleh baaaaaa.Cuma aku mengesyorkan, untuk lebih seronok, gunakan set casting berkekuatan 17 lb hingga 20 lb dengan panjang 5.6 hingga 7 kaki. Apa saja jenis kekili boleh digunakan dari jenis cap ayam hingglah shimano stella 20000..hehehehe.Kalau mau mendapat tendangan kaki kiri lempayun, bawalah pengisar kopi atau penggiling getah keping sebagai kekili anda.
Perambut
Saya pernah menyambung steel bersaiz halus sepanjang sejengkal diperambut untuk mengatasi gigitan Bruce lee. Ia memang boleh jika jumlah Bruce lee amat banyak dan tidak ralat dengan umpan.Namun,jika jumlahnya sedikit,paling2 seekor atau 2 ekor sahaja yang berminat.lepas tu, mereka lebih waspada.
Berdasarkan pengalamanku, cara terbaik adalah dengan menggunakan perambut tangsi bersaiz kasar. Aku mengesyorkan penggunaan perambut Okamoto berkekuatan 50 lb. Jangan risau, sebab Bruce lee tidak akan ganjil dan peka dengan perambut tangsi didalam air, apatah lagi jika menggunakan perambut fluorocarbon. Perambut kasar ini dapat bertahan terhadap gigi Bruce lee. Memang perambut akan calar balar, namun ia masih boleh bertahan lama tanpa diragui. So,jangan risau, Bruce lee tidak akan perasan dengan perambut tangsi anda.
Panjang yang disyorkan adalah setengah depa untuk memaksimumkan kesan sentapan anda. Jika telalu panjang, kesan sentapan anda akan mengurang disetiap inci panjang tali perambut anda.Akibatnya, kelajuan tancapan matakail dimulutnya akan berkurang.Perambut setengah depa akan dihubungkan oleh pelampung (apa jenis pun diterima tidak termasuk pelampung kapal kontena,life jacket ataupun tong dram)dengan tali utama. Penggunaan snap swivel adalah perlu untuk menyambung tali utama pelampung dan perambut.
Matakail
Matakail yang sesuai adalah jenis lebar dan long shank/teras panjang sekurang-kurangnya bersaiz 3/0 hingga 5/0.sebaik-baiknya gunakan yang berwarna steel. Yang hitam boleh juga, Cuma aku dapati kepekaan Bruce lee agak kurang jika behadapan dengan matakail berwarna steel. Saiz yang agak besar ini adalah untuk memudahkan tancapan dan pengendalian ikan selepas berjaya didaratkan.
Umpan
Beruntungnya Bruce lee tidak memilih umpan. Apa saja umpan yang dihulurkan, akan dingapnya. Penggunaan anak tamban,rumahan,temanung dan anak titir memang berkesan untuk menjerat Bruce lee. Umpan yang terlalu besar akan mengurangkan peratus peluang tancapan matakail di jungur Bruce lee. Umpan yang terlalu kecil akan mendedahkan susuk matakail anda dan menyebabkannya ia sedikit ragu. Gunakanlah umpan seekor yang sedang-sedang sahaja. Teknik yang terbaik adalah, menghiris umpan anda. Terbaik adalah anak rumahan yang di slice dan matakail akan disisipkan pada umpan.Teknik ini memberikan 99 peratus kadar kejayaan tancapan matakail di Jungur Bruce lee kerana kelembutan umpan tidak menghalang matakail membuat tusukkan padu di jungurnya.
Kaedah mengesan
Bruce lee selalunya berada agak jauh dibawah pertengahan air ketika awal pagi. Biasanya, apabila hari semakin panas dan permukaan laut mula berkocak, barulah mereka akan timbul dipermukaan untuk meronda sebarang cebisan ikan. Untuk mengetahui kehadiran mereka, teknik menabur sisa-sia ikan yang dicincang atau bilis-bilis dipermukaan air akan memanggil dan mendedahkan kehadiran Bruce lee. Ketika ini, umpan boleh dihulurkan. Teknik casting,popping dan jigging juga mungkin akan mendapat sambutan darinya. Nasihatku, jangan tabur sisa ikan terlalu banyak diikhuatiri mereka akan kenyang ataupun lari mengikut sisa-sia tersebut yang dihanyutkan oleh arus. Taburlah sisa-sisa ikan jika mereka kurang kelihatan dipermukaan dan berhenti menabur jika mereka berkeliaran berdekatan bot.
Pengendalian
Jika joran anda mempunyai tulang belakang yang kuat, Bruce lee boleh terus diangkat dari air terus masuk ke dalam bot. Anda perlu berhati-hati dengan jungurnya yang tajam.Oleh itu, anda dilarang menghalakan dan mendaratkan tangkapan anda terlalu dekat dengan rakan. Malang tidak berbau kerana jungurnya yang tajam boleh merosakkan retina mata atau mengoyakkan buah pinggang rakan anda. Gantunglah ikan dan cekik bahagian insangnya. Muncungnya perlu dipotong terlebih dahulu sebelum menanggalkan matakail.
Nasihatku, jika anda tidak pandai makan ikan ini, bawaklah balik secukupnya untuk jiran-jiran dan rakan anda yang pandai makan ikan ini. Dengan itu, semoga trip mengail anda akan lebih berkat. Sekian dari Lempayun dan Selamat mencuba.
Selasa, 6 April 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan