Ahad, 18 April 2010

Santai teamlempayun:Bagang Mandahan

Ahad 18.04.2010:Kelewatan Juan dan Tay tidak terlalu meresahkan memandangkan kami tidak perlu berkejar untuk umpan bilis. Fenomena kekurangan bilis berlanjutan sejak beberapa minggu lepas.Dari satu sudut utama, ianya merupakan akibat lampau tuai atau penuaian berlebihan terhadap bilis.Kekurangan bagang yang beroperasi di Teluk Kimanis sebenarnya bagus untuk pemulihan stok perikanannya. Jika boleh, operasi bagang di Teluk Kimanis jika tidak dapat dihapuskan pun, dapat dikurangkan jumlahnya pun cukuplah.
Berumbai (Diamond travelly) aka Sagai(kalau tidak silap) yang menyambar hirisan anak rumahan sedepa dari dasar memberikan tentangan yang sukar digambarkan.

Kami bertiga memecut laju ke destinasi iaitu bagang Mandahan. Saya memilih lokasi ini kerana para pemancing kurang bertumpu dan ianya agak jauh.Kebanyakan mereka lebih berkira terhadap jumlah petrol yang dibakar untuk sesuatu perjalanan.Pada saya, semakin kurang pemancing di lokasi ini, lebih banyak bagang yang berpotensi kerana belum diganggu penghuni dasarnya.
Anak ikan putih(cermin) amat banyak melayan umpan hirisan ikan ketika pagi.Kami mengalami situasi taruk makan,taruk makan.

Keadaan air yang mula bergerak di awal pagi sebenarnya merangsang keaktifan penghuni bagang untuk menyambar umpan. Penggunaan set pancingan ringan meninggikan lagi degree keseronokkan pancingan. Kaedah pancingan appolo menjadi pilihan kerana target ikan pun hanya untuk dikualikan.Memang syok ketika mengekang larian-larian ikan dengan set ringan.
Kau tutup muka pun boleh dikenal bah bro..hehehe

Hirisan isi ikan bersaiz jari kelingking akan dipasang di tiga matakail bahagian bawah appolo bersaiz 12. Teknik sesekali menghenjut-henjut appolo memang cepat menarik perhatian ikan putih. Namun, sesekali terkena juga dengan ikan berkualiti seperti anak Tenggiri dan Kelapa-kelapa.Berdesup juga lariannya.
Juan dengan anak Tenggiri yang menjadi jackpotnya.Senyum sampai ke telinga mamat nih.

Trip memancing di bagang sememangnya tidak berlanjutan hingga ke petang. Selalunya, trip akan berakhir di antara jam 11.30 hingga 12.30 pm, bergantung kepada sambutan penghuni bagang. Biasanya, ikan akan mula galak ketika menghampiri tengahari dimana permukaan laut mula berombak. Jika tiada sambutan, tak payah tunggu. Ada baiknya kembali ke muara untuk berehat.Ombak yang semakin kuat merisikokan keselamatan pemancing dan bot ketika memasuki muara. Muara sungai Bongawan sekarang amat sukar kerana ianya selari dengan pantai. Oleh itu, kemahiran amat perlu untuk memasuki aluh dari tepi. Jika silap, bot mungkin akan terbalik dihempas oleh ombak.
Hasil tangkapan saya sendiri diasingkan mengikut grade..hehehe..ikan putih aja 21 ekor termasuk Berumbai.

Ikan putih bersaiz hidangan mendominasi jumlah tangkapan dalam trip ini. Bruce lee langsung tidak tunjuk muka. Kerisi juga banyak didaratkan dan tambah syok lagi, banyak yang bersaiz tegap.

Tangkapan Juan yang pelbagai. Ikan Surui tidak banyak kali ini kerana angin laut yang turun terlalu awal.Pandai makan ikan Surui?mau tau bagaimana ianya dipancing?akan datang k.Tangkapan Tay pula tak dapat di uploadkan kerana aku dah secara tak sengaja terpadam gambarnya dalam kamera..hehehe..sori bro.
Boleh tahan Nai!!

Sebahagiannya mau digoreng dan sebahagiannya hendak diampap...hehehhe..ikan baru memang segar dan sedap.

Tay yang berpuas hati dengan prestasi tangkapannya kali ini mengesahkan, dia sukar hendak tidur malam kerana asyik terkenangkan sambutan penghuni bagang terhadap joran ringannya.Kalau cuti sekolah, boleh selang 2 hari turun ngail ke bagang nih.hehehe..memang sah terkena keracunan bagang.Lagipun, keadaan keruh sungai sekarang tidak mengizinkan sebarang aktiviti casting.So, daripada melangut aja, lebih baik layan siku di bagang...betul tak bro?hehehe

1 ulasan:

  1. tahniah man, jadi jua kau ke bagang ingatkan ke matabawan

    BalasPadam