Sabtu, 10 April 2010

Lesen Mantabawan

10.04.2010. Mesej yang diterima semalam dari Otaipurun benar-benar membakar urat sarafku. “Bro..Selungsung tengah mengamuk di Mantabawan..semalam ia melontarkan semula gewangku ke darat!”..hehehe..memang mantap punya racun sehinggakan rancangan untuk ke bagang terpaksa ditunda kerana kerinduan tangan ini dengan sergapan selungsung amat menebal.
Mantap! Selungsung seberat 3.50 kg

Seawal 5:30 am, aku bertolak seorang diri ke Mantabawan. Sebelum pukul 6:00 am, aku tiba dan Otaipurun telahpun casting.Beliau awal lagi sudah terpacak di lokasi untuk mengelakkan port cantik ini diambil orang. Tanpa membuang masa, aku mengklipkan gewang lagenda Rapala Shad Rap deep Gold Fish yang ditapau beberapa minggu lepas di Geofish.
Rod Abu Garcia ultracast memberikan perlawanan yang dikuasai oleh pengilat.

Air mulai naik pasang perlahan dan seperti biasa, hamburan pemangsa mengerjakan Ulu-Ulu kelihatan rancak hampir di setiap sudut sungai. Kira-kira pukul 6:30 am, gewangku disambar padu hanya 10 kaki dari tempat ku berdiri. Gewang terus dilarikan ke tengah sungai. Terasa berat di tangan, drag ku ketatkan sedikit. Kali ini, tali tetap keluar dengan pecutan yang melintangi arus sungai. Aku mulai suspek perbuatan ini adalah Raja Muara. Hanya satu kilasan di permukaan air yang menampakkan sirip, mengesahkan identitinya sebagai Selungsung. Hati berdebar dan perasaan mulai cuak apabila ia masih berkuat dengan larian-larian ke tengah. Memang gagah sungguh!
Bila la aku mau tengok senyum mu ini bro..hehehe..Tq bro kerana berjaya menyiutkan Selungsung ini.


Mujurlah aku membawa siut (ntah mengapa aku membawanya. Sebelum ini aku tidak pernah membawanya..agaknya..inilah naluri). Percubaan ketiga Otaipurun berjaya menyauk kepala Selungsung dan terus mengangkatnya ke darat.Akhirnya, lesen pertamaku di Mantabawan berjaya diperolehi. Ikan seberat 3.5 kg yang ditimbang dirumah ini memang cantik dan sihat. Tidak hairanlah daya juangnya amat mengujakan.

Close-up Gewang Lagenda Rapala Shad Rap deep Gold Fish.


Otaipurun berpindah ke hulu sedikit untuk mengejar kawann pemangsa yang tengah rancak membelasah Ulu-Ulu. Seperti yang dijangka, gewangnya mendapat sambaran padu namun rabut. Apabila diperiksa, gewang mengalami luka yang teruk dibahagian belakang. Kira-kira pukul 8:20 am, Otai Purun bergerak pulang untuk menunaikan ibadah di gereja berdekatan.
Nasib baik ada siut. Kalau tidak, perlawanan terpaksa dipanjangkan untuk meletihkan Selungsung agar mudah diangkat dengan tangan kosong.

Gewang lagenda berganding dengan Rapala Tail Dancer hot tiger 9 cm.

Kapal jurut nelayan Binsulok yang baru berlepas ke laut.

Selungsung semestinya ditambat untuk memanjangkan hayat dan mengekalkan kesegarannya. Aku rasa, jika dilepaskan pun hayatnya belum tentu panjang kerana lokasi ini adalah kegemaran pukat-pukat nelayan yang mencari makan.

set mengilat baru dari Otaipurun. Kelmarin, set ini hampir mendapat lesen apabila Selungsung yang melakukan lompatan berjaya melontarkan gewangnya ke darat.

Aku mencuba selama setengah jam lagi untuk casting memandangkan keadaan air yang cantik dan menjanjikan. Namun, keadaan panas yang semakin terik dan mengigit menyebabkan aku berkemas pulang. Aku langsung tidak menyangka,ungkapan kata-kataku dalam majalah Kembara Kail bulan februari bertajuk si Sombong Mantabawan, yang aku akan kembali untuk menewaskannya akhirnya menjadi realiti...hehehe.sekian dari Lempayun.

2 ulasan:

  1. Cantik....akupun tidak sabar2 mau pi sana lagi. Waktu sama otai purun dulu tiada nasib....saiz SP tu pun menarik

    BalasPadam
  2. salam raymond.memang gitulah, nasib baik, ngam ia ada sana dan gewang limpas depan matanya, memang ada harapan utk dingapnya.apapun, jgn putus asa bro.rajin-rajin turun, pasti kena tu.

    BalasPadam