Bibir nipis gewang Wilson biasanya akan retak atau pecah jika berlaga dengan benda lain yang lebih keras. Memang gewang ini berharga murah, tapi sayang hendak membuangnya kerana warna yang cantik dan renangannya yang bagus.
Lagipun gewang Wilson memang sudah terbukti keberkesanannya dengan tangkapan Selungsung dan Ungah baru-baru ini oleh Boy Angler . Tay juga pernah kehilangan selungsung di muara Membakut akibat lidahnya yang pecah apabila berlanggar dengan struktur kayu. Berikut adalah ilmu yang dikongsi bersama oleh Otaipurun kepada para pemilik gewang Wilson.
Gewang dibelakang sudah melalui baik pulih oleh Otaipurun manakala gewang dihadapan bakal dibaiki dan sekaligus menjadi miliknya.ok bah itu brooo..hehehe
Untuk Wilson yang menggunakan lidah original,dawai penyelamat wajib diikat pada lidah dan badan gewang.Jika pemangsa berjaya mematahkan lidah, masih ada dawai yang akan memegang pemangsa. Persediaan yang bijak!
Dawai diikat terus di bawah badan gewang.
Gewang yang diganti lidahnya oleh Otaipurun memang cantik dan berdaya tahan. Plastik polikarbonat yang digunakannya memang tahan dan kuat. Saiz lidah dipotong mengikut ukuran lidah sebenar.Lubang untuk cincin pula ditebuk menggunakan besi panas.
Hasilnya memang menarik.
Renangan gewang telah diuji dan ia tidak menunjukkan sebarang kecacatan. Kesimpulannya, baikpulih gewang oleh Otaipurun memang berjaya.Terimakasih Bro!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan