Ahad, 13 Ogos 2017

10 TIPS JIGGING SUKSES: Tips 1 dan 2

Peralatan jigging anda semakin canggih dengan joran jigging aksi ringan yang memiliki lenturan menggiurkan, dipasangkan dengan kekili ‘high end’ berjenama yang mempunyai 12 biji bearing. Beg atau kotak pancing anda juga sarat dengan pelbagai jenama jig bernilai ratusan ringgit dan telah terbukti keberkesanannya oleh para pro-jigger (biasanya jiggers dari jepun dan tempatan). Kesemuanya ‘tip-top’ dengan penampilan anda yang amat bergaya. Tetapi, anda masih lagi ‘kumpau’ sama ada kumpau tahap Gaban ataupun kumpau berjemaah dalam trip jigging anda. Apabila anda menonton video-video Youtube para jigger professional, senang-senang pula diorang dapat strike!Apa masalahnya ni bro? Takkan lah asyik membeli jig saja tapi habuk pun tarak?. Silap sikit, boleh lelong jig dan set ni.

Sabar bro, di sini bolehlah dikongsi serba sedikit beberapa tips yang mungkin boleh membantu melakar senyuman untuk anda dan rakan sesama jigging. Jika boleh membantu, praktikkan dan jika tidak, abaikan saja. Free saja..hehehe

Ehsan dari Deelagu Fishing Boat: Hasil jigging yang amat lumayan sentiasa menjadi idaman para jiggers.
TIP 1: Jangan bawa set pancingan dasar dan umpan dalam trip jigging anda.
Jika anda membawa set pancingan dasar dan umpannya sekali dengan tujuan sebagai PERSEDIAAN JIKA IKAN ENGGAN MENJAMAH JIG, memang anda tetap akan menggunakannya juga. Fikiran anda pasti akan terganggu apabila jig langsung tidak dijamah oleh ikan menyebabkan anda segera menurunkan set bottom anda. Sememangnya pelan 'back up' begini akan menganggu dan membantutkan usaha jigging anda. Apatah lagi jika ada rakan trip anda awal-awal lagi menghulur umpan ke dasar laut dan berjaya mendaratkan ikan. Pastikan anda hanya membawa jig dan bertekad untuk jigging semata-mata. Anda tidak punya pilihan lain selain dari menggunakan jig sepanjang trip jigging anda. Sebaiknya, tegaskan kepada rakan-rakan yang menyertai, trip anda hanya khas untuk jigging sahaja. Secara statistik, semakin lama jig anda dimainkan di dalam air, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat strike. Oleh itu, tetapkan ‘kutub’ anda hanya untuk jigging semata-mata.

TIP 2: Sentiasa memerhatikan skrin ‘fish finder’
Alat ini amat perlu kerana ia boleh membekalkan maklumat berguna seperti kedalaman dasar, keadaan struktur di dasar dan kehadiran ikan di zon yang berbeza. Anda boleh menurunkan jig di kedalaman yang tepat dimana ikan sedang berkumpul. Cara ini boleh memaksimakan peluang kehadiran jig anda disedari dan sedang diperhati oleh sang ikan. Contohnya, jig boleh diturunkan hingga ke pertengahan air kerana Tenggiri, Talang dan aya budak biasa memburu di zon ini. Anda juga boleh menggunakan  jig dengan berat yang sesuai dengan kedalaman lokasi. Jika kedalaman tidak sampai 10 meter, tidak berbaloi menurunkan jig seberat 80 gm.hehehe. Struktur dasar yang rimbun dengan batu karang memaksa anda menggunakan set yang agak berat untuk memaksa Kerapu keluar dari sarang. Penting alat ni bro.

bersambung...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan