TIP 6:
Memahami pergerakan aksi jig
Untuk menjerat ebek, jig hanya perlu dimainkan secara perlahan tidak lebih dari lima kaki dari permukaan dasar laut. |
TIP 7:
Pelbagaikan aksi jigging anda
Tumpuan pergerakan jig di dasar berstruktur selalu mengundang terkaman spesis dasar seperti Kerapu. |
Kumpulan Ebek yang banyak menyebabkan ia lebih agresif mengejar jig sehingga ke pertengahan air. |
TIP 8:
Posisi terbaik jigging di dalam bot
Rahsia besar
ini terpaksalah dikongsikan untuk kebaikan sesama jiggers. Sebenarnya, posisi kita di
dalam bot juga boleh membantu kejayaan kita mendapat strike. Selalunya kita sering menyaksikan kapten dan co-kapten bot yang kita sewa, yang juga kaki
jigging suka beraksi di bahagaian buritan (stern). Ong sifu dan Kapten Dee (Deelagu
fishing Boat) memang arif benar dengan hal ini..hehehe. Posisi ini adalah yang
terbaik ketika bot jigging berhanyut dimana anda boleh melontar jig jauh ke atas
arus dan mula berjigging sebaik sahaja jig menyentuh dasar laut sebelum hanyutan bot tiba di atas jig anda. Kelebihannya adalah, jig anda akan berada lebih lama
di dalam air berbanding jigger yang mengambil posisi di tengah. Disamping itu,
radius sasaran jig anda juga lebih luas berbanding posisi di tengah. Oleh itu,
rebutlah posisi di bahagian hadapan bot sebabnya bahagian buritan sudah di geran
oleh tekong dan pembantunya! Tapi janganlah sampai bergaduh atau bermasam muka
sesama sendiri. Jika mahu lebih adil, cabut undi ya bro. Jangan risau, rezeki
sudah ditentukan olehNYA. Biar bocor rahsia ni bro..yang penting strike!
ketika jig menyentuh dasar laut, jig yang dijatuhkan secara vertical(Y) akan segera berada di bawah arus berbanding jigger yang lebih awal menghantar jig jauh ke atas arus(X). |
Praktikal adalah lebih afdhal untuk memahami peranan posisi di dalam bot. Dalam trip saya ke karang-karang bersama captain Obit, saya telah mengambil posisi di hadapan(bow) bot catamarannya. Saya telah mendapat banyak strike, cuma tidak tahan berjemur seharian bro..perghh panas!
TIP
9: Mengetahui keadaan arus dan cuaca yang sesuai.
Keadaan
pergerakan arus adalah berbeza di setiap lokasi. Sebaiknya, dapatkanlah
informasi tempatan yang berguna dari tekong bot yang anda sewa. Tanya tekong bot tersebut
bila keadaan arus yang terbaik untuk team anda datang beraksi. Kalau anda beraksi di
lokasi baru yang langsung anda tiada maklumat, sebaiknya anda perlu menyediakan
buku catatan untuk merekodkan keadaan bulan dan masa pasang surut yang memberikan
keputusan jigging yang memuaskan ketika itu. Anda boleh menggunakan maklumat
yang anda catat untuk trip di lokasi sama di masa hadapan. Terkini, terdapat
banyak apps percuma yang sesuai untuk android dan IOS yang menyedia dan
mencadang tarikh-tarikh ideal untuk keluar memancing berdasarkan teori kalendar
bulan. Menurut pendapat otai-otai nelayan di kampung saya, tarikh 1-6 dan 21-26
kalendar hijrah adalah tarikh-tarikh terbaik untuk mereka keluar memancing.
Sebelum itu, dapatkan maklumat keadaan cuaca dari jabatan meterologi Sabah. Jika tidak, anda hanya akan mampu 'berjigging' di jeti bot sambil makan kacang dan minum kopi yang disediakan oleh Kapten Deelagu apabila ketibaan team anda disambut oleh langit yang gelap, angin kencang dan permukaan laut yang memutih. Jangan sekalipun memaksa tekong untuk meneruskan trip. Nanti, bazir duit rakyat untuk SAR saja. Keselamatan diutamakan bro!..aargghhhhh..tensionnya!
Bersambung...betul-betul last ye bro..hehehe
Sebelum itu, dapatkan maklumat keadaan cuaca dari jabatan meterologi Sabah. Jika tidak, anda hanya akan mampu 'berjigging' di jeti bot sambil makan kacang dan minum kopi yang disediakan oleh Kapten Deelagu apabila ketibaan team anda disambut oleh langit yang gelap, angin kencang dan permukaan laut yang memutih. Jangan sekalipun memaksa tekong untuk meneruskan trip. Nanti, bazir duit rakyat untuk SAR saja. Keselamatan diutamakan bro!..aargghhhhh..tensionnya!
Bersambung...betul-betul last ye bro..hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan