Rabu, 2 Ogos 2017

Hikmah kegagalan sebuah trip aka Kumpau Berjemaah

28/07/17(jumaat): trip memancing yang dijangka bermula seawal jam 2 petang hanya bermula hampir pukul 5 petang. Ini disebabkan oleh masa yang amat banyak terbuang hanya untuk mengisi tangki bekalan air tawar. Kuala Penyu adalah sebuah pekan yang amat daif dari segi bekalan air tawar sejak dahulu lagi. Besar lagi air kencing bro!
Peh! semangat tu..Lama sangat tidak strike Kerisi Bali
Walaupun kapal pancing bergerak agak lewat, namun kami tetap positif memandangkan keadaan laut amat teduh dengan cuaca yang amat nyaman. Tidak sepertimana yang telah dilaporkan oleh jabatan metereologi yang mengatakan ramalan angin kencang berlaku sehingga hari jumaat.
Wajah-wajah yang penuh dengan harapan bakål bertembung dengan pemangsa-pemangsa bagak di Vernon Bank
Angin juga tidak kuat bertiup dan jauh di ufuk, permukaan laut lurus seperti benang. Memang cuaca dan keadaan laut sebegini menjanjikan saat-saat terbaik untuk sentapan ikan tanpa henti. Risiko untuk mabuk kepada para penancing juga dapat dihindari. Rasa tidak sabar untuk tiba ke lokasi Vernon Bank dan Laut Semarang. Rasanya, ikan di sana juga tidak sabar untuk bertemu dengan kami.
Senyuman pagi sabtu setelah semalaman bermain dengan Kerisi bagang.hehehe..Yang penting enjoy dan santai bersama rakan-rakan sekampung dan sepermainan
Kami agak gelisah apabila enjin mulai meragam sebelum melepasi muara sungai. Untuk seketika kedengaran ketukan-ketukan dari dalam bilik enjin, dan akhirnya kedengaran enjin berjaya dihidupkan semula. Perjalanan kapal diteruskan dengan kelajuan maksima sehingga 10 knot.

Rehat sambil menyaksikan rakan-rakan berjigging sementara menantikan ketibaan kapal 'towing'
Masa dalam perjalanan ini diisi dengan menyediakan peralatan pancing kerana, perjalanan ke Permatang Vernon akan mengambil masa lebih kurang 5 hingga 6 jam. Menurut kiraan jari, agaknya kami akan tiba kira-kira jam 9 atau 10 malam. Keadaan gelap pasti akan menyulitkan persediaan peralatan memancing. Sedia awal, malam karang tidak lah kelam kabut bro!
Mari belajar improved FG knot
Dalam trip ini, aku agak teruja kerana akan merasmikan kekili yang baru beberapa hari dibeli dari kedai pancing. Set untuk jigging juga disediakan bersama dengan set pancing dasar untuk malam. Siap sahaja, lepas ni boleh lah melelapkan mata. Tidur yang cukup boleh membantu untuk berjaga sepanjang malam memancing hingga ke subuh.
Motor sauh pula yang rosak..sudah jatuh ditimpa tangga lah pulak. Memang mantap dugaan kali ini
Ku sangka panas hingga ke petang, ketika kapal melepasi sedikit Pulau Tiga, asap berkepul-kepul keluar dari bilik enjin menyebabkan ia terhenti secara tiba-tiba. Tekong mendapati, 'belting' terputus dan menyebabkan enjin panas. Alahai, memang agak kecewa apabila Tekong memaklumkan kapal tidak dapat meneruskan perjalanan. Sauh segera diturunkan. Kami bermalam berhampiran Pulau Tiga menantikan bantuan 'towing' keesokkan harinya.
Penyelamat tiba
Aku hanya mengisi malam itu dengan tidur temata-mata. Keinginan untuk memancing juga berkubur disebabkan kapal berlabuh di kawasan pasir landai. Namun, ada juga rakan yang masih tegar memancing untuk mengubati gian masing-masing.hehehehe...sebelum matahari keluar, aku terjaga dari tidur yang nyenyak dibuai alun semalaman.
Di tunda kembali ke jeti Kuala Penyu
Masa yang diguna untuk menunggu kapal 'towing' diisi dengan aktiviti jigging dan memancing dasar ikan-ikan kerisi. Selain dari itu, kelas mengikat dan menyediakan assists hook juga diadakan. Kira-kira jam 10 lebih pagi, kami ditunda ke Kuala Penyu. Pukul 12:05 pm, kami tiba dan berkerjasama memunggah tong ais masing-masing yang amat ringan..hehehe..jangan serik bro. Pasti akan dicuba lagi.
Imam kapal yang selamat dari kumpulan Kumpau Berjemaah. Ebek bulat yang menyambar jig ketika kapal hanyut melepasi takat-takat berpasir
Selesai memunggah barang-barang ke dalam kenderaan masing-masing, kami mengisi perut yang sedang kebuluran di Sitompok Riverside sebelum bergerak pulang ke destinasi. Semoga bersama lagi di dalam trip yang akan datang.
Rumusan: Kami masih amat bersyukur kerana kapal mengalami kerosakkan berhampiran Pulau Tiga. Jika ditakdirkan ia rosak di Permatang Vernon, pasti hari isnin pagi, paskan polis, maritim dan penyelamat bergegas melakukan pencarian. Itu pun jika keadaan cuaca mengizinkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan