TIP 3: Gunakanlah tali yang berdiameter kecil.
Tali
sulam menjadi pilihan kerana diameternya yang lebih halus/nipis berbanding tali
mono. Tali yang kecil diameternya ini mempunyai kelebihan dari segi kurang
rintangan air jika dibanding dengan tali mono yang mempunyai diameter tebal.
Anda juga boleh mengawal jatuhan jig ketika arus bergerak laju. Ianya juga lebih sensitif dan cukup sesuai untuk sebarang spesis yang sensitif. Oleh kerana tali sulam tiada memori seperti tali mono, sudah tentu
tali ini akan putus meletup jika jig anda disergap oleh ‘monster’, tetapi penggunaan
tali yang lebih halus pasti membantu jig anda sampai ke takat yang dipenuhi
ikan. Namun jika anda cukup sabar, kejadian putus boleh dielakkan dengan kawalan drag yang betul serta mendapat
sokongan/bantuan dari rakan-rakan jigging anda. Penggunaan tali yang tebal menyebabkan
jig anda mudah diheret oleh arus keluar dari takat yang dipenuhi ikan. Oleh
itu, untuk meninggikan peluang strike, kecilkanlah size tali utama dan perambut
anda sekali. Kena berani bro, baru laa ada 'thrill' dan debaran jigging!Ingat bro...jigging adalah sport fishing.
Rekod Peribadi. Tali utama braided 20 lb dan perambut 100% fluorocarbon buatan jepun 25 lb , berjaya mendaratkan Tenggiri berat lebih 16 kg di takat bukit Teluk Usukan |
TIP 4: Perambut Fluorocarbon
Perambut
Fluorocarbon mempunyai banyak kelebihan berbanding tali perambut biasa. Perambut ini
mempunyai kadar biasan yang sangat rendah menyebabkannya menjadi hampir
‘halimunan’ di dalam air. Saya mula menggunakan perambut biasa ketika casting di
sungai sejak tahun 2003 dan ianya masih berjaya mendapat strike..ye laa..ikan-ikan
pada masa itu pun masih baru mengenali gewang. Sejak beberapa tahun lepas,
perambut fluorocarbon menjadi pilihan kepada kaki casting dan kaki unjun. Namun,
bukan semua perambut fluorocarbon tu memiliki kualiti yang sama. Ada yang hanya 80% dan sebaiknya, dapatkan 100% fluorocarbon. Fluorocarbon yang berkualiti juga
perlu tahan geseran, kuat dan lebih lembut. Kualiti dan saiz fluorocarbon
berbeza mengikut pengeluar masing-masing (walaupun poundage sama, diameter tali
mungkin tidak akan sama). Oleh itu, Jika hendak membelinya, pastikan ia 100%
fluorocarbon, panjang sama ada 50 hingga 100 meter (lebih murah) dengan diameter
yang lebih kecil. Memang puas memilih kerana terlalu banyak jenama sekarang dipasaran berbanding 10 tahun lepas. Penggunaannya
juga adalah wajib memandangkan ikan juga amat sensitif terhadap sesuatu yang
nampak asing. Sesuaikan
poundage fluorocarbon anda dengan tali utama, set jigging dan jenis ikan yang
diburu. Penggunaan perambut fluorocarbon yang terlalu kasar untuk light jigging
amat tidak sesuai kerana ia akan mengganggu pergerakkan jig ringan anda. Bayangkan,
jig seberat 30 gram disambung dengan perambut fluorocarbon bersaiz 80-100
lb!!Memadailah dengan hanya menggunakan perambut bersaiz 20 lb hingga 35lb.
Itu pun bergantung kepada jenama juga. Penggunaan
fluorocarbon juga bergantung kepada ikan sasaran sama ada di dasar ataupun di pertengahan
air. Pilihlah perambut yang tahan lasak sekurang-kurangnya bersaiz 30-35 lb
jika bermain di dasar bertakat yang biasa dihuni oleh ikan kerapu dan sebarang
jenis snappers.
TIP 5: Sesuaikan penampilan jig dengan makanan ikan buruan
Adalah
satu kelebihan apabila anda mengetahui jenis makanan yang digemari oleh ikan
yang diburu di lokasi. Kebiasaanya, ikan-ikan buruan mempunyai sumber makanan tersendiri di
lokasi ia sedang berburu. Oleh itu, sila pastikan profil jig anda jika tidak
menyerupai pun, hampir serupa dengan makanan ikan buruan pun memadai.
Contohnya spesis pelagik yang gemar memburu dengan renangan 'rempit', selalu
menyasarkan ikan-ikan seperti basung, tamban, temenung, bilis dan lain-lain
lagi. Sebaiknya, pilih jig yang hampir menyerupai ikan-ikan tadi dari segi
warna dan saiznya. Jig yang hampir menyerupai anak-anak ikan buruan tadi mempunyai peluang tinggi untuk dibelasah pemburunya.
Bersambung lagi bro...hehehe
kalau panjang leader utk jiging biasanya brapa panjang yg sesuai sipo?
BalasPadam