05/08?2017 (sabtu): Seawal jam 4:15 aku bertolak ke Kampung
Lingkungan Laut untuk jigging bersama “Lingkungan Group”. Trip yang sekian lama
dinantikan ini menjadi kenyataan kerana hanya tarikh ini saja yang aku ada buat
masa ini. Aku perlu bertolak awal kerana group ini akan bergerak seawal jam
5:30 am. Memang menjadi kebiasaan, aku lebih suka menunggu daripada ditunggu.
Amat tidak manis untuk ditunggu memandangkan aku hanya sebagai jemputan. Risau
pula akan diketepikan dalam trip akan datang.hehehe
Hari masih gelap ketika bot menyusuri sungai sempit menuju muara |
Aku bertemu dangan Fadly di simpang masuk ke kampung
Lingkungan Laut, rakan yang bertangungjawab memperkenalkan aku dengan group ini.
Hari masih gelap apabila kami tiba di stesen yang mereka gelar sebagai
Pangkalan. Aku tabik hormat dengan group ini kerana pergerakan mereka amat
organise.
Suasana subuh yang nyaman dan indah. Berkumpul di weston sebelum menuju ke laut |
Tidak lama kemudian, ahli-ahli Lingkungan Group mulai tiba
seorang demi seorang. Kesemuanya tidak membuang masa dengan segera memunggah
peralatan masing-masing ke dalam bot. Trip ini akan menggunakan kaedah ‘jigging’
atau mengujun dan trolling (menunda) sepenuh masa. Acara 'bottom' tidak diberi perhatian dalam trip ini.
Tekong (bro Remi dan Fadly) dengan jersi yang bergaya |
Kaedah jigging masih amat baru untuk group ini. Meskipun
begitu, mereka semua amat bersemangat walaupun peralatan yang digunakan masih dalam proses percubaan (aku percaya, tidak lama lagi masing-masing akan upgrade). Namun begitu, setelah percubaan mengaplikasikan kaedah jigging membuahkan hasil, kesemuanya amat yakin bahawa kaedah ini juga
mampu memberikan keseronokkan memancing dan tangkapan yang memuaskan.
cuaca cantik dan permukaan laut yang tenang sentiasa menjadi idaman para pemancing |
Para jigger dalam trip ini terdiri daripada Abg Remi,
Fadly, Lempayun, Gayour, Zul, Rahman, Palan, Lagus, Gawis, Olan dan Awie. Kami menghilir sungai yang agak sempit sebelum berkumpul di
muara sungai besar. Di muara ini, kesemua bot bertolak serentak menuju ke
lokasi. Aku merasa amat teruja apabila melihat setiap ahli group memakai jersi
Lingkungan Group.
Besi timbul yang akan diuji dasarnya dengan besi tenggelam. Ianya juga seolah-olah Pulau Timbul yang menjadi tempat para pemancing berteduh jika dilanda ribut. |
Lokasi jigging adalah berhampiran kapal-kapal bersaiz mega
yang telah berlabuh di teluk Padas sejak sekian lama. Malahan, ada yang telah
berlabuh sejak 7 hingga 8 tahun yang lepas. Labuhan yang amat lama telah
menjadikan kapal-kapal ini sebagai perumah kepada satu sistem ekologi marin.
Bahagian kemudi dan propeller telah ditumbuhi oleh ‘kapang’, malahan ada yang
dihinggapi oleh karang hidup. Perumah ini menjadi stesen yang amat subur dengan
hidupan dan menjadi tarikan kepada anak-anak ikan. Kepada para jiggers, ada
anak ikan, tentu ada ikan besar yang sedang mengendap!..hehehehe.
Mangsa pertama setelah rabut berhampiran kemudi kapal. Jigging menghimpit dinding kapal memang agak mendebarkan |
Spesis yang menghuni dasar tepian kapal-kapal ini terdiri daripada
ikan pelagik seperti Tenggiri, Lingkuh, travelly, Bekalang, Layaran, Titir dan
bermacam-macam lagi. Manakala di dasar pula sudah tentu ikan Kerapu dan para
ikan lutjanidae..paling istimewa Tambong bro!!!spesis idaman.
Bekalang lesen oleh tekong setelah jenuh berjigging sejak awal pagi. Strike ini menyebabkannya tersenyum buat pertama kali.hehehe.. |
Sebelum jam 6:30 am, kami telahpun rancak jigging berhanyut menghimpit di sepanjang badan kapal. Kapal yang berlabuh memang mega dengan dinding besinya setinggi
bangunan lebih 10 tingkat. Kelebihan aksi menghimpit badan kapal ini adalah, ia boleh
dijadikan tempat berlindung dari tiupan angin kencang dan masih boleh berjigging. Terdapat
lebih dari 20 buah kapal-kapal besar yang boleh menjadi pilihan kepada para
jigger untuk mencuba nasib.
strike ke dua selang 10 minit juga ikan Bekalang mengesahkan 'keracunan jigging' kepada tekong. |
Rajin berpindah spot akan memberi peluang yang tinggi kepada
jigger untuk beroleh ‘strike’. Apatah lagi jika spot tersebut belum disentuh
lagi..hehehe..buktinya, jig yang aku hulur tidak sempat sampai ke dasar apabila
disambar oleh Bekalang. Selepas itu, berlaku beberapa kali strike yang rabut dan
‘missed call’ dari para penghuni sapal. Memang bikin panas!
Sejujurnya, aku betul-betul tabik ‘spring’ dengan group ini yang telah
menunjukkan semangat setiakawan yang tinggi seperti kerjasama, saling menjaga dan sentiasa
memastikan keselamatan para ahli. Sikap 'concern' mereka ini bertambah mudah sejak group
ini dilengkapi dengan alat ‘walki-talkie’. Melalui medium komunikasi ini, perkembangan
terkini sessi jigging dan lokasi masing-masing dapat dikongsi bersama.
Jigging memang menyeronokkan. Hati sentiasa berdebar menantikan ikan apa yang akan strike nanti. Perghhhh..memang lain 'feel'nya.menggilakan! |
Sepertimana di awal sessi, bergerak bersama dan kembali ke
pangkalan pun pasti bersama. Ini dapat memastikan keselamatan setiap
ahli dalam sesebuah trip sentiasa diambil berat. Tahniah kepada Lingkungan Group. Tuan-tuan memang
TERBAIK!!!..jangan segan untuk ajak aku lagi dalam trip yang akan datang..hehehe.
'Strike of the day'. Pemilik sebenar 2 ekor ikan Tambong ini..hehehe..Tahniah bro Zul, strike ini memang 'rare' di siang hari. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan