Selasa, 15 Ogos 2017

10 TIPS JIGGING SUKSES:Tips 10 (finale)


TIP 10: NEVER GIVE UP!

Aku selalu sangat melihat jiggers yang mudah 'give up' apabila ikan tidak menyambar jig miliknya. Tidak sampai 30 minit jigging, keluhan mulai terdengar..tiada ikan laa, ikan tiada selera, ikan bercuti raya dan bermacam lagi.  Jangan mudah berputus asa bro. Jigging seharian tanpa sebarang strike juga mendatangkan kebaikan kepada anda. Sihat tubuh badan bah.hehehe..tetapi, lagi best jika strike kerap berlaku. Kadang-kadang, jigging dari pagi sampai petang, hanya satu strike pun sudah memberi kepuasan dan menghilangkan jerit perih jigging anda. Kesabaran dan ketabahan anda berjigging pasti akan membuahkan hasil. Seorang jigger kental (seperti suhairi) tetap akan menurunkan jig dan rajin menukar jig dari pagi santak ke petang walaupun agak kemarau 'strike'. Arus cantik, laut teduh, skrin sonar menunjukkan kumpulan ikan yang padat tetapi jig belum dihambat lagi. Turun besi naik pun besi. Bersabar ya bro, rezeki pasti ada sama ada cepat ataupun lambat. Sekurang-kurangnya anda masih dapat menikmati setiap henjutan jig anda. Keep on jigging bro!
Kesabaran jigging pasti akan membuahkan hasil 'double hooked-up'.

Sumber rujukan dari fishonmag.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan