Khamis, 1 Julai 2010

perkongsian laut dalam 6:Braided atau mono

Braided atau Mono?
Tali mono atau tangsi sememangnya telah lama mendominasi dunia pancingan. Aku sememangnya bermula dengan tali mono untuk pancingan sungai, muara dan perairan cetek. Hanya itu yang pilihan yang ku mampu pada masa itu. Banyak kelebihan dan kelemahannya. Antara kelebihannya adalah, harga lebih murah dan tahan lasak terhadap gesekkan batu karang ataupun tiram.Ianya juga mempunyai memori dan amat sesuai untuk berentap dengan ikan bersaiz bagak yang mempunyai kuasa menyerap yang kuat.

Namun sifatnya yang bermemori dan elastik juga ada kelemahan iaitu mengurangkan kepekaan terhadap getuan ikan. Ya bro!,Nelayan memang pakai tangsi!tapi tengok saiz tangsinya laaaa..besar, keras dan sudah tentu kurang memori. Ianya juga mudah rosak sama ada oleh faktor luaran mahupun faktor semulajadi. Kadang-kadang, kerosakkannya sukar dikesan dengan mata kasar. Melalukan tangsi di bibir adalah cara terbaik untuk mengesan kerosakkan tangsi.Jangka hayatnya hanya bertahan di antara 4 hingga 5 tahun sahaja.Itu pun jika tidak calar balar oleh struktur tajam sama ada dalam air atau cincin joran anda yang rosak. Pemakaian tali tangsi untuk kekili pancingan laut dalam anda kurang digalakkan. Ianya mempunyai daya apung yang tinggi dan kurang keupayaan memotong air. Akibatnya, ia akan hanyut jauh dari lubuk yang berkedalaman melebihi 60 meter. Bertambah malang lagi, ia akan menganggu tali pancing rakan anda.

Seperkara lagi, getaran yang dihasilkan oleh tali tangsi ketika bertembung dengan arus adalah amat tinggi dan ia boleh menyebabkan ikan menjauhi diri. Atas sebab ini, tali tangsi tidak sepopular tali sulam dewasa ini.
Tali sulam
Tali sulam juga selesa disebut sebagai braided adalah komponen penting yang menghubungkan ikan dengan joran dan kekili anda.Jangka hayatnya juga boleh mencapai sehingga 7 tahun bergantung kepada material dan jenamanya. Oleh itu, jangan cuai dalam memilih braided untuk kekili kesayangan anda. Sebaik-baiknya pilihlah tali sulam berkekuatan 50 lb hingga 80 lb.

Pemilihan tali sulam yang betul untuk kekili anda adalah satu advantage yang sering dipandang ringan. Di awal pembabitanku dalam dunia pancingan laut dalam, tidak banyak pilihan braided yang ada di pasaran. Berkley Whiplash adalah braided pertama yang ku miliki.

Bersaiz 80 lb, beli 2 ratus meter dapat percuma satu ratus meter…hehehe. Memang agak kiasu…tapi, dulu..mana lah tau kan. Saiznya semakin mengecil setelah aku mengenali braided lain yang lebih baru dan berinovasi di pasaran seperti Powerpro, spiderwire, stren dan lain-lain lagi.

Kini, aku selesa menggunakan braided dari jenama Stren bersaiz 50 lb untuk kekili Daiwa Saltist. Aku dapati, braided Stren berkelebihan dari segi pengekalan warna berbanding jenama lain terutamanya Powerpro dan spiderwire yang lebih cepat pudar warnanya.(bukannya iklan ni bro..aku tak dibayar pun..Cuma ini untuk berkongsi pengalaman). Aku memilih saiz 50 lb untuk meninggikan kadar sensitivitinya terhadap getuan di dalam air.

Ia nya bulat dan halus serta berkeupayaan tinggi memotong air. Dengan sedikit kawalan, batu ladung anda akan terus menuju ke lubuk tanpa hanyutan yang keterlaluan. Jangan takut hanya kerana ia bersaiz 50 lb kerana aku menyaksikan Pak Wong dalam DVD siripnya memaksa dog tooth Tuna berat puluhan Kilo secara paksaan dengan hanya menggunakan braided bersaiz 50 lb.So, apa sangatlah dengan ikan seberat belasan kilo…hehehehe..tak putuslah kecuali tali anda sudah ‘luka’ atau ‘cedera’.

Tali sulam juga tiada memori. Oleh itu, getuan halus ikan segera dipindahkan ke tangan anda walaupun dilubuk sedalam 200 meter. Namun anda tetap perlu berhati-hati kerana jika drag kekili anda terlalu ketat, ikan besar mampu merosakkan sistem gear kekili ataupun perambut putus. Oleh itu, set drag kekili anda terlebih dahulu semasa menggunakan tali sulam. Oleh kerana diameter braided yang jauh lebih kecil, getarannya semasa berada di dalam air juga
amat minima dan ini membenarkan ikan menghampiri umpan.
Bagaimana dengan warna tali sulam?Sebenarnya, apa warna pun boleh kerana ikan lebih melihat umpan berbanding warna tali sulam. Namun, warna merah dikatakan lebih invicible dalam air yang berkedalaman melebihi 50 meter.

Selain itu, wana hijau, biru, kuning dan putih juga adalah pilihan baik berbanding warna hitam yang menyerap cahaya di dalam air.

Mengendalikan tali sulam perlulah berhati-hati. Ketika pancing anda sangkut di dasar, jangan sesekali menariknya dengan tangan kosong.Jangan belitkan tali di tangan anda dan menyentaknya. Jika keadaan beralun, ombak akan mengangkat kapal ke atas dan mengakibatkan tali sulam yang membelit tangan anda akan mengetat. Akibatnya, sama ada anda terhumban ke laut ataupun tali sulam menembusi kulit tangan anda. Sebaik-baiknya, ambilah koyan yang berisi tangsi. Gulung sedikit tali sulam dan tariklah dengan menggunakan gelendung itu. Lebih selamat. Seperkara lagi, bawalah tali sulam ‘spare’ untuk kekili anda. Ini hanya untuk persediaan jika tali sulam anda di potong oleh Titir, Lingkuh mahupun Tenggiri yang selalu berlegar di pertengahan air. Jika ianya berlaku, tali sulam anda bertambah pendek. Lagipun, tali sulam tidak dijual di kapal dan meminjam kekili rakan adalah pilihan yang agak menyegankan untuk seorang pemancing laut dalam. Oleh itu, tali sulam ‘spare’ bolehlah digunakan untuk menyelamatkan anda dalam trip memancing.

1 ulasan:

  1. sy xpernah pkai multiplier....baru nk try pkai multiplier..xpernah jugak guna braided......utk permulaan...braided ap yg tuan cadangkan?..dan cara2 penggunaan supaya x backslash?...

    BalasPadam