Jeti nelayan Pantai Manis Papar
Kami bertolak dari Pantai Manis Papar dengan menggunakan bot sepanjang 18 kaki dengan lebar 5 kaki dan dijana oleh Yamaha berkuasa kuda 40. Aku, AM, Afendi dan Tekong Suhaibun aka Cina Ke laut memulakan perjalanan kira-kira pukul 12:00 tengahari. Ketika itu laut agak teduh pada 0.5 meter dengan suhu yang agak panas.
Acara ber 'make up' untuk mengelakkan kulit hangus terbakar
Perjalanan mengambil masa hampir 40 minit untuk kami tiba di luar pesisir Pulau Kalampunian. Persinggahan pertama kami adalah lawa-lawa selambau untuk mencari lauk makan. Setelah agak puas melayan aksi Temanung, kami mula beralih ke sebelah atas Pulau Kalampunian untuk mencari takat. Namun, pencarian tanpa sebarang alat pengimbas tidak berjaya menemukan kami dengan takat yang dikehendaki. Hasilnya tohong.Kira-kira pukul 3:00 pm, kami bergerak ke Pulau Kalampunian untk berehat dan mengisi perut yang mula berkeroncong.
Pulau Kalampunian adalah sebuah pulau pasir yang kecil dan ditumbuhi oleh pokok ru serta, pelbagai pokok yang ditanam oleh para pemukat. Pulau kecil ini adalah tempat persinggahan bermalam para pemukat dari Pantai Manis. Keistimewaan pulau ini, tidak terdapat walau seekor agas mahupun nyamuk. Memang sungguh selesa untuk tidur bermalam di pulau ini.
Ketika malam melabuh tirai, hujan mula melanda. Mujurlah khemah telahpun sedia dipasang. Hujan lebat yang turun sekejap memberi peluang para pemukat menyediakan makan malam yang terdiri dari ikan bakulan dan temanung yang dibakar. Kira-kira pukul 10 malam, ketika perlawanan bolasepak di antara Argentina bertemu Jerman, kami semua duduk berhidang menghadap juadah fresh iaitu, ikan bakar. Memang sedap dan menyeronokkan apabila makan beramai-ramai. Tidak banyak acara berlangsung pada malam itu. Hanya cerita-cerita kosong dan lawak menjadi penghibur sehingga mata terlelap.
Ikan barat-barat yang sedap di bakar
Seawal 6 pagi, kami telah pun bangun dan mengemas khemah. Kami bertiga sepakat untuk memancing di lawa-lawa selambau. Di lokasi ini, aksi Temanung amat rancak mengejar appolo. Ketika ia berkurang, aku melabuhkan umpan dengan appolo bersaiz 12. Akibatnya, joran ku ditekan hebat. Walaupun, drag kekili ku berada pada tahap minimum, namun ikan masih berupaya melakukan sentapan pendek yang mengakibatkan perambut putus…alahaiii!.
Temanung yang menjadi penghibur dan lauk makan malam
Kami menyambung aktiviti pancingan di lampu hijau yang menandakan kawasan cetek. Disini, hanya kerisi dan ayam-ayam sahaja yang didaratkan. Selepas itu, kami mengambil keputusan untuk menamatkan trip. Perjalanan pulang diselitkan dengan persinggahan di beberapa lawa-lawa yang hanya menghasilkan ikan Titir dan buntal. Kedua-dua spesis ini telah banyak mengorbankan batu ladung kami. Kira-kira pukul 12:45 pm, kami tiba di Pantai Manis Papar.
Ikan ayam-ayam, Jebong, Babakkan ataupun trigger fish. Apapun namanya, ia adalah ikan pujaan untuk di bakar..hehehe
Kesimpulannya, trip tersebut hanya dianggap sebagai trip kenal mesra yang pastinya membawa kepada post mortem untuk merancang kejayaan trip akan datang. Beberapa perkara telahpun diambilkira untuk mencapai kejayaan dalam trip susulan akan datang yang belum ditentukan tarikhnya. Sesungguhnya, trip itu telah memberi kami ruang dan pengajaran tentang perkara-perkara yang perlu untuk trip susulan. Ketika itu, persediaan kami telahpun lengkap dengan perkara yang kurang dalam trip lepas. Good luck.
Rabu, 7 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cerita yang sangat menarik, bagaimana pun ada beberapa fakta yang perlu di fikirkan semula antaranya...
BalasPadam1. pulau kelampunian adalah kawasan taman-taman sabah, semua perkara perlu lah merujuk kepada enakmen taman sabah ( undang2 ).Aktiviti memancing juga harus mendapat kebenaran dari pihak taman sabah iaitu dengan berjumpa di pejabat pulau tiga untuk mengisi borang...
2. pulau kelampunian memang tempat persinggahan para pemukat@ nelayan, pokok yang ada di pulau kelampunian itu adalah di tanam oleh kakitangan taman sabah SENDIRI dan nelayan hanya tahu MEMUSNAHKANNYA SAHAJa. Contohnya Pokok KELAPA yang di tanam oleh kakitangan taman sabah ditebang oleh nelayan.
untuk pada masa akan datang adalah lebih baik sekiranya segala aktiviti di dalam kawasan taman negara @ taman sabah mendapat kebenaran dari mareka. Bukan susah pun, cuma isi borang dan mendapat permit, x bayaran di kenakan....