Pagi sabtu, semangat memancing mula berkobar-kobar dengan keadaan laut yang teduh. Perpindahan ke takat seterusnya memberikan hiburan-hiburan menarik. Lokasi pancingan kami hanya berkedalaman 70 meter ke bawah. Kadang kala kami juga berlabuh di kedalaman 80 meter. Aksi-aksi pancingan dimeriahkan dengan pelbagai jenis ikan seperti Pisang-pisang aka ikan mentua (remong), kerisi bali, pelbagai spesis ikan merah dan ikan putih, kerapu dan pelbagai lagi. Labuhan umpan pertamaku mendapat sambaran Cupak atau Matak aka bigeyes. Boleh tahan ganas lariannya.Jenis ini biasanya meminati jig luminous kecil pada waktu malam.
Cupak yang menyambar umpan hirisan basung di awal pagi
Selanjutnya, untuk pagi itu aku berjaya mendaratkan dua ekor sekaligus iaitu Kerisi Bali dan Ikan Merah. Teknik paternoster benar-benar menguntungkan ketika itu berbanding teknik spreader atau tanduk yang dikenali di sini sebagai sendakau.
Kerisi Bali yang hooked di perambut paling bawah sesuai dengan sifatnya suka merayap di dasar.
Merah yang menyambar umpan di perambut kedua dari bawah.
Menjelang tengahari, keadaan arus yang mati turut mematikan selera ikan. Masa diluangkan dengan borak-borak kosong, minum kopi sambil mata tetap mengawasi hujung joran.
Abang Zakaria dengan Pepasir saiz besar. Boleh tahan juga kudrat beliau ni. Kami duduk bersebelahan sejak trip yang lepas dan menambahkan lagi kemesraan.
Junaili dengan Kerisi Bali terbesarnya dalam trip ini. Pemancing ini memang tabah dan sabar menanti ragutan ikan.
Perpindahan lubuk berlaku dengan kerap mengikut keadaan sambutan penghuni setiap lubuk. Aku respek dengan tekong muda ini. Jika langsung tiada ikan didaratkan oleh semua pemancing, beliau akan mengesyorkan untuk berpindah.Keadaan ini berlaku sehingga malam dalam usaha mencari ikan.
Senja yang indah dengan keadaan laut yang teduh. Masa ni, aku tengah menghirup kopi panas sambil menyaksikan keindahan ciptaan Ilahi...aduhai syahdunya
Akhirnya, kapal berlabuh di takat berkedalaman 60 meter untuk mencari Tenggiri dan melakukan labuhan terakhir di takat berkedalaman 80 meter. Malam itu, acara Tenggiri berlangsung dengan rekod tangkapan seberat 11 kg oleh Ag Hasbullah. Manakala KOB mendapat Baracuda seberat 13 kg. Apapun, kemenangan malam itu diraih oleh keadaan cuaca dan laut yang teduh..hehehehe..syukur.
Gunung Kinabalu yang jelas kelihatan dari takat 350. Dekat saja bah!
Awal pagi ahad, kapal berpindah lagi ke lubuk berkedalaman 62 meter. Jeritan umpan siapa turun dahulu akan bersambut menjadi kenyataan apabila joranku ditekan hebat.
Ikan merah yang berjaya memerahkan mata Ampulur...hehehehe..jan mareee..hehehehe.keduanya terpedaya dengan umpan hirisan Titir di perambut tengah dan atas.
Tali sulam berdecit-decit keluar dari kekili dan joran tersengguk-sengguk menahan asakan. Ketenangan dipergunakan sebaiknya untuk melemahkan kekuatan ikan. Banyak masa digunakan untuk bertahan dan sedikit karauan tali masuk dapat dilakukan. Selepas beberapa ketika, ikan berjaya dipujuk dan akhirnya mudah dikarau naik. Disangkakan ikan bagak rupanya dua ekor merah yang menyebabkan senyuman bertambah lebar.hehehee.
Junaili dengan ikan Merah tunggalnya
Sambutan di lubuk-lubuk seterusnya terdiri dari spesis pisang-pisang dan Kerapu yang mendominasi takat-takat. Sebaiknya pancingan diteruskan kerana ikan-ikan ini sedap dimakan dan untuk dijadikan tambahan spesis ikan yang hendak diberi kepada ahli keluarga.
Awak-awak yang mendaratkan ikan Merah sejurus aku menewaskan ikan merah double trouble ku. Ikan ini biasanya lepak dalam kumpulan kecil 3 hingga 6 ekor di satu-satu takat.
Pukul 11:00 am, kami mengakhiri trip memancing di takat sedalam 40 meter. Hanya seekor ikan berjaya di daratkan di takat ini. Walaupun hati masih mau memancing tetapi Sessi pancingan terpaksa ditamatkan lebih awal, kerana risau keadaan air surut akan menyebabkan kesukaran mendaratkan kapal di jeti KK. Kami pun tidak rela meredah Lumpur untuk naik ke jeti.
Abang Ya tengah menikmati juadah tengahari.
Din caster 707 tengah khusyuk menikmati basung goreng.Jangan serik bro!!
Memang si Tamparan ni insan yang paling berselera makan di kapal.hehehe
Kesimpulannya, sesungguhnya trip ini amat menyeronokkan dengan purata kedalaman lubuk adalah 40 meter hingga 80 meter.
Tangkapan terbesar kali ini. Tenggiri 11 kg dan Baracuda 13 kg.
Kelebihannya, tidak banyak tenaga terbuang berbanding memancing di kedalaman melebihi 100 meter. Lagipun, ikan-ikan yang dipancing pun bersesuaian untuk hidangan (table size) dan tidak kurang kualitinya. Kedudukkan takat-takat yang berhampiran juga menjimatkan banyak masa dari terbuang. Kerajinan tekong berpindah takat, memang membantu kepada hasil tangkapan yang lebih menarik. Malangnya, ketika kami memancing terdapat sebuah lagi kapal yang berkedudukkan 1 km dari kami melakukan aktiviti haram iaitu mengebom ikan. Bunyi letupan jelas kedengaran bergema. Alahai, habislah takat-takat ni musnah. Jika dah musnah semuanya, ke mana lagi pemancing mau pergi?.Perbuatan sebegini bangsat perlu mendapat perhatian dari pihak berkuasa yang entah dimana dan buat apa ketika itu…hehehe. Rajin-rajin la pegi round kapal-kapal tu bro.Tengok apa mereka bawa. Kalau boleh periksa ikan yang mereka tangkap.Kalau ada tanda-tanda ikan bom, tangkap penjenayah tu, karamkan kapal mereka jadi tukun untuk menggantikan takat yang dimusnahkan. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri….kalau lah kita ngail di Maldives..hehehehe…di sana, sebarang jenis pukat pun diharamkan apalagi bom.Bila la 1 Malaysiaku ni mau mengikut contoh negara kerdil cam Maldives tu.alahai.....hehehe.Sekian dan jumpa lagi di lain trip.
Selasa, 13 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan