Joran juga memainkan peranan yang amat penting dan ia adalah satu komponen yang wajib dalam set mengail. Tidak pernah aku saksikan seorang pemancing yang menurunkan umpan terus dari kekili tanpa menggunakan joran. Kalau adapun, memang sungguh lawak dan berupaya membuatkan urat ketawaku tegang. Terdapat banyak pilihan joran yang sesuai di pasaran.
Masalahnya, apakah joran pilihan anda?Apa criteria joran yang dikehendaki?adakah pilihan joran bergantung kepada jenama dan harganya?semuanya masih bergantung kepada budget.Untuk keseronokkan pancingan dasar di laut dalam, joran yang sesuai mempunyai panjang tidak lebih dari 6 kaki dengan kekuatan tidak lebih dari 40 lb. Sebaik-baiknya adalah joran sepanjang 5 kaki 6 inci. Tujuannya adalah, penggunaan joran yang pendek lebih menjimatkan tenaga berbanding joran yang lebih panjang. Alasannya, daya angkatan joran lebih dekat dengan pemancing dan berat ikan boleh dipindahkan segera ke badan pemancing. Berbanding dengan joran yang melebihi 6 kaki, berat ikan berada jauh dari pemancing mengakibatkan pemancing terpaksa menggunakan tenaga lebih untuk mengekang daya angkat joran yang berada jauh dari badannya. Akibatnya, bahu, tangan dan pinggang akan cepat lenguh.Pilihan joran janganlah terlalu keras atau susah lentur kerana ketiadaan daya lentur akan menyebabkan joran beraksi secara mendatar dan statik. Tidak seronoklah bro…tak tengok lentur-lentur.
1 keratan atau 2 keratan?Kedua-duanya memang boleh digunapakai dan ada kelebihan masing-masing. Aku lebih suka joran 1 keratan untuk laut dalam kerana keyakinan tinggi dan tiada ruang untuk silap. Lagipun pilihan joranku juga kurang daripada 6 kaki.Joran satu keratan dapat menjamin sebaran beban yang sama rata di antara hujung dan pangkal joran. Selagi anda mengendalikan joran dengan cara yang betul, ia memang amat sukar untuk patah. Berbanding joran 2 keratan yang selalunya diaplikasikan untuk joran jigging, ia juga mampu menyebarkan beban dengan efektif seperti joran 1 keratan. CUMA, anda wajib pastikan sambungan joran pada keratannya adalah kemas dan kejap.Jika sambungan tidak kemas, atau longgar, bahagian tersebut adalah titik lemah kekuatan joran dan meletakkan risiko patah dan retak pada joran anda.Untuk pancingan dasar, joran ‘stand up’ adalah lebih sesuai. Biasanya joran ‘stand up’ mempunyai pangkal bawah yang pendek dimana kekili berada lebih dekat dengan pemancing. Manakala pangkal atasnya lebih panjang untuk membenarkan lengan memegang joran dengan kemas. Diawal pembabitanku, aku suka menggunakan joran ‘stand up’ dari jenama Lemax grand tournament berkekuatan 20 lb hingga 40 lb. Memang berkesan dan sesuai untuk dipadankan dengan kekili shimano TLD 20.Akibatnya, banyak ikan tumpas dengan mudah. Dalam tahun 2005, aku membeli joran loomis and franklin jenis ‘stand up’ sepanjang 5 kaki 6 inci untuk dipadankan dengan Shimano TLD 20. Hasilnya rekod peribadi amberjack tercipta.Kini, joran loomis hanya sebagai spare kerana aku lebih gemar menggunakan joran jigging PE 2-4 untuk pancingan dasar.
Joran jigging mempunyai pangkal yang lebih panjang dengan kekili lebih jauh dari badan pemancing. Pangkal yang panjang membolehkan ia dikepit di celah ketiak. Ia juga lebih ringan dan mempunyai daya angkat yang berkuasa. Cincin yang lebih banyak berupaya menyebarkan beban yang sama rata di setiap inci joran.Pilihan joran untuk pemancing baru, lebih banyak di pasaran. Jangan lah terlalu melihat jenama dan harganya. Memanglah joran yang berjenama lebih mahal, namun terdapat jenama tempatan yang boleh menyaingi keupayaan joran yang berjenama.
Contohnya joran jenama Lemax dari siri grand tournament, slim max dan siri-sirinya yang lain. Selain harganya yang berpatutan, materialnya juga berkualiti dan setanding dengan jenama luar.Percayalah, lemax adalah pilihan yang bagus untuk joran harga berpatutan. Namun jika anda berkemampuan, tidak salah untuk anda memiliki joran jenama Xzoga…hehehe..alih-alih pun, naik juga ikan Mentua (remong)
Khamis, 15 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan