Trip memancing di muara Weston bukanlah asing bagi diriku. Sebelum ini, aku telah beberapa kali menduga beberapa muara sungai yang terdapat di estuary Weston dengan kaedah pancingan dasar dan mengilat. Bezanya kali ini, aku ditemani oleh dua orang kawan lama yang banyak berkongsi kenangan manis dan pahit. Keduanya aku kenali ketika aku mula bertugas sebagai guru sandaran di smk Membakut dalam tahun 1997. Ketika itu, banyak aktiviti memancing telah kami lakukan bersama. Oleh itu, trip ini penuh dengan imbauan silam yang telah mencetuskan suasana gelak ketawa dan perasaan sedih. Gelak ketawa timbul apabila peristiwa-peristiwa silam yang lucu diungkit kembali manakala perasaan terasa sayu apabila bercerita tentang teman memancing yang akrab dalam setiap trip kami telah pergi selamanya beberapa tahun lepas.
Aku memulakan perjalanan seawal 5:05 am dan menuju ke Membakut untuk berkumpul dengan Faizal dan Kamal @ baung-baungan yang menetap di Taman Emas Takapan. Ketika aku sedang asyik memandu, aku tidak menyedari bahawa aku telah terlepas simpang Taman tersebut. Oleh itu, aku berhenti dan mengundurkan kereta ke sebuah simpang kecil.
Malang tidak berbau apabila sebuah lagi kereta yang datang dengan agak laju mendesak aku berundur dengan kelam kabut. Akibatnya, keretaku terjatuh ke dalam longkang lama yang agak Lumpur dan basah.
Tayar keretaku mula terbenam ke dalam Lumpur dan berterusan memaksanya bergerak akan menyebabkannya semkin tenggelam. Tidak berapa lama kemudian, Faizal dan Kamal mulai datang untuk memberi bantuan. Oleh kerana masih terlalu awal, pemilik kenderaan on tow, masih belum bangun dari tidur, begitu juga dengan rakan-rakan yang lain.
Kira-kira pukul 6:15 am, rakan lama iaitu Albert datang bersama Toyotanya. Aksi tarik menarik berkekuatan ribuan Lb berlaku dan akhirnya keretaku berjaya diheret keluar dari kubangnya. Rasa terimakasih yang tak terhingga dirakamkan kepada Albert atas budinya. Pukul 6:40 am, kami mula bertolak ke Weston dengan menaiki Avanza Baung-baungan.
Lebih kurang pukul 7:30 am, kami singgah di pekan untuk membeli kuih muih. Malangnya, karipap berinti Lokan tidak dijual pada hari itu. Kami tiba di rumah Kamal dan mula memuatkan bot dengan peralatan pancing. Nasib baik, air masih pasang ketika itu. Jika tidak, sudah pasti kami akan menolak bot hingga ke gigi air.
Baung-baungan meringankan tangan mengutip udang hidup sebagai umpan. Memang beliau ani agresif
Udang hidup diletakkan dibahagian hadapan bot yang dimuatkan dengan air. Air tersebut perlu sentiasa ditukar untuk mengekalkan bekalan oksigen semulajadi dan suhu air.
Cuaca cantik pada pagi itu dan destinasi pertama kami sudah tentu mnedapatkan umpan udang hidup dari pemukat yang beroperasi pada pagi itu.
Sebahagian udang akan disimpan didalam raga dan akan direndam didalam air sepanjang masa memancing. Beberapa ekor udang akan dikeluarkan dan diletak dibahagian hadapan yang mempunyai air. Penjagaan rapi ini berjaya mengekalkan hayat udang sehingga trip berakhir. Tahniah kepada Faizal yang cekap menjaga udang namun tewas ketika memancing.hehehehe
Bot di pacu laju ke lokasi pertama iaitu muara Bangkuduan. Labuhan pertama hanya menyaksikan kemunculan anak ikan tanda dan anak ikan yang suka menggutis umpan. Bot dialihkan ke seberang muara dalam radius yang sama. Lokasi pertemuan arus sungai dan laut ini hanya berkedalaman 9 meter.
Mangsa pertama iaitu Daun baru aka Sapiee berminat dengan umpan udang hidup Baung-baungan
Di sini, pancing kami mula dilayan satu-persatu. Pelbagai spesis ikan berjaya didaratkan seperti Ikan Daun baru aka Sapiee, tanda aka jubakna gerut dan lain-lain lagi.
Seeekor lagi Sapiee bersaiz juvenil menjadi penghuni tong ais Baung-baungan
Lawaknya, anak ikan gerunggung juga didaratkan dilokasi ini dengan menggunakan appolo..hehehe. Kami mendengar khabar bahawa ikan gerunggung tengah menggila di tanker, sebab itu sebahagiannya tersesat hingga ke muara sungai.
Kami berpindah masuk ke dalam sistem sungai apabila getuan ikan semakin kurang. Lubuk persinggahan kami sedalam 23 meter sebelum ini menjadi lokasi Baung-baungan mengalami acara taruk makan taruk makan ikan putih. Namun, pada hari itu, ikan sunyi tanpa berita. Kami berpindah lagi ke sungai Mata Belanak. Di lokasi baru ini, kami dilayan oleh Jubakna dan Kerapu.
Inilah ikan Jubakna iaitu ikan tanda. Senyuman hambar dari Faizal menggambarkan penderitaan batinnya akibat terlepas satu sambaran kasar yang disyakinya perbuatan ikan Putih.
Anak GT yang telah memerahkan mata Faizal....hehehehehe
Apabila suasana mulai sepi, lagu keroncong dari perut kami perlu dilayan terlebih dahulu. Kira-kira pukul 1: 20 pm, kami berpindah ke tanjung untuk melayan Jubakna. Selepas itu, kami berpindah lagi ke sungai Balingkatak. Di sini, aku berjaya menaikkan seekor Languran aka GT. Disamping itu, Gelama dan Jubakna bersaiz juvenil mejadi ikan selingan.
Pari di Balingkatak yang pada mulanya dianggap ikan trofi.Cemas seketika baung-baungan apabila Pari ini melakukan larian kencang.
Hujan mulai turun ketika itu dan selepas beberapa lubuk tidak mendapat sambutan, kami kembali ke Bangkuduan untuk persinggahan terakhir. Selepas beberapa ketika, joranku tiba-tiba melendut ditekan oleh ikan. Dengan tenang dengan sedikit gemuruh, ikan dilayan dengan teknik softly softly. Tidak lama kemudian seekor Umpak aka Tebal Pipi menjadi habuanku. Saiz sebesar ini memberikan perlawanan yang cukup mngujakan.
Tolonglaaaa orang susah...akhirnya doaku dimakbulkan apabila Umpak aka Tebal Pipi yang didamba sejak awal pagi, memunculkan diri di pelabuhan terakhir beberapa minit sebelum berkemas pulang.
Terimakasih kepada Faizal kerana sudi menyaukkan Umpak ku...hehehehe..makin merah matanya.hehehe
Trip diakhiri kira-kira pukul 5:30 pm keadaan hari yang semakin gelap dengan suasana mendung.
Kesimpulannya, kami berpendapat, kekeruhan air sungai yang berpunca dari sungai Padas menjejaskan selera ikan untuk memagut umpan. Hujan yang turun berterusan di pedalaman Tenom menyebabkan Sungai Padas menjadi pembekal utama air keruh ke kawasan muara dan laut. Air keruh ini akan dibawa kembali ke dalam sungai-sungai sejauh berkilometer oleh air laut ketika pasang. Oleh itu, kejernihan air di lubuk-lubuk kegemaran terjejas dan ia juga mengurangkan keaktifan ikan.
Syukurlah dengan rezeki yang ada.Ada lagi masa lain bah!
Walaupun trip ini kurang berjaya dari segi tangkapan, namun ianya telah berjaya dalam mengeratkan tali silaturrahim dikalangan kami yang sudah terlalu lama tidak memancing bersama. Aku pernah menegaskan dahulu, hasil bukanlah sasaran utama dalam aktiviti pancingan, tetapi suasana yang boleh menggembirakan jiwaraga. Suasana yang tenang, nyaman dan meriah dengan gelak ketawa adalah ‘hasil tangkapan yang terbaik’ dalam satu sesi pancingan. Apapun, terimakasih tidak terhingga diucapkan kepada Baung-Baungan dan Faizal, Kita cari lagi tarikh untuk “Apil” muara-muara Estuari Weston. Salam dan Tq
Selasa, 20 Julai 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan