Khamis, 22 Julai 2010
perkongsian laut dalam 8:Matakail
Aku lebih suka membawa bersama matakail bersaiz 1/0, 3/0 dan 5/0 dan sedikit 6/0 dalam setiap trip laut dalam. Kesemua saiz ini memang aku perlukan jika beraksi di laut dalam sesuai dengan teknik pancingan yang akan didedahkan nanti. Kebiasaanku, matakail saiz 1/0 adalah untuk ikan Sulit aka Merah Soman dan lain-lain yang bermulut kecil. Bagiku, jenama matakail amat penting untuk meningkatkan keyakinan pancingan. Untuk itu, jenama berdaya harap seperti Owner dan Gamakatsu merupakan pilihan utamaku. Kedua-duanya mementingkan kekuatan dan ketajaman yang ekstrem. Tidak rugi memilikinya.
Ada banyak lagi jenama baru yang boleh dicuba, namun harganya yang terlalu mahal membantutkan seleraku.Diperingkat awal pembabitanku, aku banyak menggunakan matakail dari jenama Daiichi dan matakail steel dari jenama protech dan surecatch serta matakail kotak. Kali pertama aku melihat matakail jenis steel ini berjaya diluruskan oleh ikan merah bersaiz bagak menyebabkannya aku tidak menggunakannya sehingga kini.
Ketika itu, ikan merah anggaran 4 hingga 7 kg sedang frenzy di lubuk Sajali, banyak matakail yang terbuka malahan ada yag lurus akibat kekuatannya. Matakail kotak, jangan cerita lah.Oleh itu, aksi berputih mata berlaku dalam tempoh sejam.
Pengendalian matakail perlu berada di tahap tertinggi aspek berhati-hati. Ketajamannya bila-bila masa akan menembusi tangan anda dan menganggu trip pancingan anda. Tangan dan jari selalu terdedah kepada ancaman ini ketika mengikat matakail ke perambut. Lebih malang lagi, bibir juga boleh menjadi mangsa.Jangan sesekali cuba membuka perambut anda yang bersimpul dan matakail yang masih terikat dengan tali pancing rakan anda ketika umpannya masih tergantung di dalam air. Sambaran dari ikan bagak dari dalam air akan menyentap dan menyebabkan matakail anda sendiri menembusi tapak tangan. Bayangkan, matakail berkekuatan 4 X atau 5 X yang tidak dapat dipotong dengan player biasa menembusi tapak tangan anda. Tentu ngeri bukan?Oleh itu, sebaiknya, potong dulu perambut anda dan leraikan lah kekusutan tali anda. Dan juga, sentiasa berhati-hati ketika mengendalikannya dan bertanyalah kepada orang yang lebih arif.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan